31.08.2014 Views

Pengurusan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Pengurusan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Pengurusan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

http : // www.bpk.jpm.my

Rakan Pembimbing (AKRAM)

Jabatan Perdana Menteri

EDISI 62 / JUN 2008

KANDUNGAN

2 Yang Anda Tidak

Tahu

3 Anda Pernah Lakukan

Kesalahan Ini di

Tempat Kerja ?

4 Rakan Pembimbing

Anda

6 Personaliti Dari Kiraan

Tarikh Lahir

8 10 Tip Kembalikan

Kekuatan Diri

Pengurusan kewangan adalah amat penting di dalam situasi negara

yang sedang bertarung dengan kenaikan petrol di peringkat global ini.

Rakyat sudah pasti tidak terlepas dari menjadi mangsa kepada perma

salahan dunia ini. Jika dibangkitkan berkenaan dengan isu kewangan,

gaji yang kita perolehi tidak pernah cukup apatah lagi risiko hidup di

kota yang memerlukan kos hidup yang tinggi dan ianya sudah pasti

memberi tekanan kepada setiap individu terutamanya yang sudah

berkeluarga. Tambahan pula isu sekarang mencabar rakyat hidup ber

jimat-cermat dan besederhana. Samada mahu atau tidak, hidup mesti

diteruskan dan cara terbaik bagi mengatasi permasalahan ini adalah

dengan merancang perbelanjaan dengan bijak.

Tidak salah berbelanja kerana kita berhak ke atas hasil penat lelah kita

bekerja tetapi sebaiknya cuba mengelak dari membelanjakanya ke

atas perkara-perkara yang tidak penting. Berbelanja secara berdisiplin

dilakukan berdasarkan perencanaan. Kita harus akui bahawa kita ber

belanja kadangkala bukan kerana kita memerlukan barang tersebut

namun hanya kerana terdorong oleh nafsu diri kita sendiri. Wang yang

banyak terasa tidak pernah cukup kerana nafsu berbelanja lebih besar

daripada pendapatan.

Setiap kedai memang berlumba-lumba menawarkan harga murah samada kedai perabot, kedai kenderaan

atau sebagainya tapi semua itu terpulang kepada diri kita sendiri untuk memilih sama ada wang itu ditabung

atau dibelanjakan. Namun sebelum itu keperluan asas mesti diutamakan terlebih dahulu seperti

keperluan dapur, insurans kereta, bil elektrik, bil telefon, bil air dan sebagainya. Pembiayaan persekolahan

anak-anak juga perlu diambil kira dan mengutamakan prioriti masa depan persekolahan anak-anak kita

nanti. Selain memikirkan keperluan yang perlu dikeluarkan tidak salah kiranya wang selebihnya disimpan

untuk keperluan di saat kecemasan dan jaminan masa depan. Begitu juga jika kita merancang dengan

membeli polisi insurans sama ada memilih pelan simpanan dan pelan perlindungan bagi perancangan hari

tua kelak.

Jika kita fikirkan sejenak, sebenarnya kita adalah mangsa dan hamba kepada diri kita sendiri kerana menurut

kata hati yang inginkan kemewahan walaupun pada hakikatnya kita tidak mampu. Bak kata orang tua ,

ukur baju di badan sendiri, berbelanjalah dengan bijak dan tepuk dada tanya selera. Apa yang terbaik

berada dalam situasi genting sekarang ini adalah setiap antara kita mengubah paradigma hidup kita. Jika

kita beranggapan hidup hanya pada hari ini hendaklah kita segera ganti menjadi seolah-olah kita hidup

1000 tahun lagi dan pengurusan kewangan yang bijak adalah jaminan masa depan yang gemilang.

Dengan menerapkan prinsip persepsi iaitu berfikir secara kreatif

mampu menjadikan seseorang itu melihat pelbagai potensi yang ada

pada dirinya. Namun sebelum minda kita mampu berfikir secara kreatif

seseorang itu terlebih dahulu perlu menguasai tiga perkara iaitu :

• Perlu mengenal diri sendiri

• Menaruh kepercayaan kepada diri sendiri

• Berpengalaman luas sehingga mampu berusaha terus menghadapi

rintangan.

Karisma boleh diperolehi, dimiliki dan boleh hilang. Karisma

mempunyai tiga unsur iaitu :

• Ilmu dan kepakaran iaitu tahu apa yang diperkatakan

• Ketulusan iaitu tidak munafik dengan kata-katanya

• Imej iaitu penampilan dan tutur katanya yang boleh

meyakinkan orang lain.

Kajian menunjukkan individu yang karismatik memiliki wajah

tenang, lembut dan manis serta mempunyai gaya pembawaan

diri yang selesa walau berada dalam apa jua keadaan.

Masalah sering kali disamakan dengan keburukan padahal ia adalah

sebaliknya. Sesuatu masalah itu mungkin mengandungi kebaikan

kerana di mana ada masalah di situ ada kebaikan. Kejayaan tidak

mungkin dicapai dengan lari daripada menghadapi masalah. Syarat

kejayaan yang utama ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Bercakaplah

dengan diri sendiri menggunakan kata-kata yang

mengandungi :

• Harapan

• Keyakinan

• Kejayaan

Apabila masalah melanda diri anda cuba untuk gunakan kata-kata

tersebut dan pasti ada kebaikan di sebaliknya.

Buletin 62 / Jun 2008 : 2

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, sementelah lagi melibatkan situasi kerja. Namun jangan

jadikan ianya alasan untuk anda terus melakukan kesalahan, tanpa membaiki kelemahan diri. Perhatikan beberapa

kesalahan berikut yang boleh menjejaskan reputasi kerja anda jika terus melakukannya:

1 Membantah kritikan majikan : Lumrah

seseorang majikan akan mengkritik atau terlalu

cerewet dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

Namun jangan cepat melatah atau berkecil hati,

kerana secara positifnya ia bertujuan membaiki

kelemahan diri anda. Terima kritikan dengan lebih

terbuka. Sekiranya majikan terlalu cerewet dan

sering mencari kesalahan anda, ambil peluang

untuk bersemuka bagi meluahkan perasaan anda

dan berbincang cara baik untuk menyelesaikannya.

2 Datang lambat : Kerap datang lambat ke

pejabat anda adalah seorang pekerja yang bermasalah

serta tidak berdisiplin. Ini pasti menimbulkan

keraguan bos anda dan mereka beranggapan

anda tidak minat untuk bekerja. Seeloknya,

tepatilah masa kerja semakin awal anda datang

bekerja semakin banyak tugasan yang dapat disiapkan

di samping mendapat kepercayaan dari

majikan.

3 Gosip dengan rakan sekerja : Bergaul

sesama rakan sepejabat digalakkan, namun jangan

sampai kerap bergosip atau bersembang sehingga

mengabaikan tugasan yang diberikan.

Ketahui bahawa lama-kelamaan gosip-gosip buruk

ini akan sampai juga ke telinga majikan atau

rakan sekerja anda.

5 Buang masa di internet : Sambil menyelam

minum air, begitulah agaknya gaya sesetengah

pekerja yang gemar menghabiskan masa melayari

internet. Jika kerana tugasan tidak mengapa

tetapi kebanyakan di kalangan anda adalah berchatting,

membalas email dan macam-macam lagi

yang tidak berfaedah sehingga mengabaikan tugasan.

4 Berlagak pandai : Bersikap bodoh sombong

atau berlagak pandai dengan melakukan tugas-tugas

tanpa bantuan orang lain, hanyalah merugikan

diri sendiri. Daripada anda bermatimatian

membuat tugasan keseorangan, lebih baik

minta bantuan dari rakan sekerja lain, terutamanya

yang lebih senior. Lebih merugikan jika sikap

berlagak pandai anda itu hanya akan ditolak oleh

pihak atasan kelak. Hal ini pasti merugikan masa

anda sahaja.

6 Bersikap miang atau menggoda : Jika

anda seorang yang peramah tidak mengapa. Namun

jangan terlalu ramah sehingga anda boleh

dilabelkan ’miang’ atau ’menggoda’. Bagi

pekerja wanita, jagalah perlakuan anda. Jangan

terlalu ramah sehingga semua lelaki menempel

pada diri anda.

Buletin 62 / Jun 2008 : 3

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BHEUU)

abdullatif@bheuu.gov.my

Mohamad Zahri bin Samigon

(MAKSAK)

mzahri70@yahoo.com

Mimi Suhali Salme binti Haini

mimi@bppsm.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM)

Nurul Akmalina binti Shamsuddin (Jab.

Perpaduan & Integrasi Nasinal)

nurul@jpnin.gov.my

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhan_msum@yahoo.com

Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi

(BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Kamariah binti Sapie (PICC)

Sapie_kamariah@yahoo.com

Yaacob bin Shafie (BBG, Kota Bharu, Kelantan)

yaacob @bheuu.gov.my

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainons@jpa.gov.my

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuk2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

arbaiyah@bkn.jpm.my

Huzairi bin Zainal Abidin

huzairi@pmo.gov.my

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

Junaidah_m@bppsm.jpm.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Habibah binti Mohamed Yusof (BBG,

Phg)

habibah@bheuu.gov.my

Mohamed Noor bin Mohamed Alias

(Insolvensi)

Robiah bt Abdullah (SPP)

robiahabdullah@spp.jpm.my

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (JWZH )

gunawan@jwzh.jpm.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Mazlina bt Hj. Hussain (Mah. Syariah)

mazlina1@esyariah.gov.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cnorly@stats.gov.my

Azmi Ibrahim (BBG, Perak)

Hauriah bt. Panjang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (MAMPU)

kalibaskaran@mampu.gov.my

Norizah bt. Abd. Ghani (AUDIT)

norizah@audit.gov.my

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor)

zulfikri@esyariah.gov.my

Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA)

zakariamr@biupa.jpm.my

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

zubaidah@audit.gov.my

Abdul Wahab bin Abdul Aziz (BPR)

Fauziyah binti Awang (ICU)

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Siti bt Bahuddin (KPKK)

siti_b@cgso.jpm.my

Sulaiman bin Ameed (BPR)

Ahmad Faiz bin Sulaiman (BPR)

faiz@bpr.gov.my

Mohd Bahari bin Mohd Hanapiah

(JAKIM)

Abang Saifulhadi bin Abg. Hj. Ibrahim

(Perangkaan)

sahadi72@stats.gov.my

Rohana binti Yacob

rohana@istanabudaya.gov.my

Fredah binti Nusi (Bhgn. Keselamatan Negara) Hafizah binti Abdul Razak

(Mahkamah,Selangor)

Hafizah_ijut@yahoo.com

Khairolnizam bin Hassan (Perangkaan, Kedah)

khairulnizam@stats.gov.my

Ong Wee Ching (Mahkamah Sesyen &

Majistret, KL)

ongweeching@kehakiman.com.my

Buletin 62 / Jun 2008 : 4

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Rozita binti Abdullah (JIM)

rozita@bheuu.gov.my

Ruzita binti Ramli (Mahkamah Syariah, WPKL)

ruzita_ramli@yahoo.com

Rosle bin Hj. Puteh (BPPSM)

rosle@bheuu.gov.my

Azizah binti Sandiman (BPPSM)

zizah@bppsm.jpm.my

Zaleha binti Mohamed (BPA)

zaleha@bpa.jpm.my

Siti Zaleha binti Ismail (Bhgn. Keselamatan

Negara)

zaleha_i@mkn.gov.my

Zainab binti Abdul Aziz (BPPSM)

zainab@bpk.jpm.my

Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd

Najuri (PERANGKAAN, KL)

wmshahrul@stats.gov.my

Mohd Fauzi bin Mahmud (ICU)

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon JPM

atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Pegawai Psikologi JPM) Zarina Binti Mohamed (Pembantu)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bppsm.jpm.my

zarina@bppsm.jpm.my

Buletin 62 / Jun 2008 : 5

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan dan kekurangan kita serta menunjukkan apakah yang

harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh menambahkan

nombor-nombor yag ada di dalam tarikh lahir sehingga menjadi satu nombor tunggal.

Contoh : 12 April 1974 12 + 4 + 1 9 7 4 = 1 9 9 0

1 + 9 + 9 + 0 = 1 9

1 + 9 = 1 0

1 + 0 = 1

Nombor Kelahiran = 1

Keterangan Nombor Kelahiran

1 HADIR DENGAN IDEA BARU

- memperolehi sesuatu dengan cara tersendiri

- merupakan golongan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi

- suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik

- idea atau pendapat yang lain mungkin lebih baik

- harus lebih berfikiran terbuka

2 PENDAMAI

- dilahirkan sebagai diplomat

- selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil

kira diri sendiri

- secara semulajadi, sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati

- tidak suka bersendirian

- persahabatan adalah penting buat mereka

- berupaya mendorong mereka untuk berjaya dalam hidup

- sangat pemalu

- patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri

- belajar meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung

3 CERIA

- sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding

- suka memulakan sesuatu tapi jarang dapat menghabiskannya

- suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya

- sangat popular dan idealistik

4 KONSERVATIF

- sangat peka dan tradisional

- sukakan arahan dan sesuatu yang rutin

- hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya

- melakukan sesuatu kerja secara bersendirian

- mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar

- berupaya untuk bersabar, tekun dan adakalanya dianggap degil

- harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri

Buletin 62 / Jun 2008 : 6

5 PERINTIS

- secara semulajadi mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat

bersemangat

- perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat

- dunia adalah sekolah mereka

- memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang

ditempuhi

- persoalan yang bermain di fikiran mereka tidak pernah terhenti

- dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua faktor yang diperlukan

sebelum membuat sesuatu kesimpulan

6 ROMANTIK

- golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sebab untuk berasa gembira

- hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka

- perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka

- sangat suka membantu dan menjaga seseorang

- sangat setia dan boleh menjadi guru yang baik

- suka seni muzik

- menjadi teman setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius

- harus belajar apakah yang boleh diubah dan sebaliknya

7 INTELEKTUAL

- golongan ini adalah golongan pencari

- selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka sukar menerima sesuatu perkara

dengan mudah

- suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling mereka tapi mereka tidak suka dipersoalkan

- gemarkan perkara yang bersifat teknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam

menyelesaikan sesuatu perkara

- sangat suka berahsia

- hidup dalam dunia mereka sendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar

8 PENYELESAIAN

- adalah golongan penyelesai masalah

- mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas

- selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik

- sangat suka mengendalikan manusia dan melihat manusia secara objektif

- mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka sendiri bahawa mereka adalah ketua

- perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan

orang lain.

9 PELAKON

- mempunyai kebolehan untuk memberitahu orang lain

- sangat penyayang dan pemurah

- dengan daya tarikan yang ada mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja

pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka

- mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami mereka

- mempunyai nasib yang sangat baik tetapi boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan

perasaan

- untuk berjaya, golongan ini perlu membina landasan kasih sayang

1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dianugerahkanNya walaupun ia sesuatu yang pahit. Pasti ada hikmah

di sebalik apa yang telah berlaku.

2. Jadikan anak-anak sebagai tempat untuk menumpang kasih. Berikan kasih sayang sebagai ibu dan ayah

kepada mereka tanpa berbelah bagi.

3. Berkongsilah kedukaan anda bersama keluarga tercinta. Mintalah bantuan mereka jika memerlukan tetapi

anda tidak boleh bergantung kepada mereka 100 peratus sebaliknya perlu berdikari.

4. Di saat bersedih begini cari rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk anda luahkan perasaan. Ambil katakata

dan nasihat mereka sebagai satu motivasi untuk anda terus melawan perasaan.

5. Jika arwah mempunyai ramai kawan, teruskan berkawan dengan mereka walaupun tanpa arwah di sisi.

6. Jika anda tidak bekerja, berusahalah mencari pekerjaan agar kehidupan anda dan anak-anak tidak merem

pat. Lebih penting, pastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

7. Bagi menghilangkan rasa rindu, ziarah kuburnya setiap hari Jumaat dan jangan lupa sedekahkan ayat-ayat

Al-Quran.

8. Lakukan tahlil bersama anak-anak setiap malam Jumaat.

9. Lakukan sembahyang sunat Hadiah.

10. Sibukkan diri dengan menyertai aktiviti-aktiviti komuniti agar masa anda lebih terisi.

Buletin 62 / Jun 2008 : 8

Buletin 62 / Jun 2008 : 9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!