31.08.2014 Views

Menyelami Erti Kemerdekaan - Jabatan Perdana Menteri

Menyelami Erti Kemerdekaan - Jabatan Perdana Menteri

Menyelami Erti Kemerdekaan - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAKAN PEMBIMBING

JABATAN PERDANA MENTERI

BULETIN PEMBIMBING ANDA

ISU KELUARAN

Buletin 28 / OGOS 2005

Dari Meja Kaunselor...

2 KEMULIAAN

KESEDEHANAAN

3 PENERAPAN

NILAI-NILAI

MURNI

4 HUBUNGI

RAKAN

PEMBIMBING

ANDA

5 INFO

KESIHATAN-

PENYAKIT

ASMA

MENYELAMI ERTI

MERDEKA

BULAN Ogos datang lagi dan tarikh

keramat 31 hari bulan ini bakal kita sambut dengan

penuh kesyukuran. Bersyukur kerana kita

masih lagi bernafas di bumi bertuah yang

tercinta ini. Ya, sewajarnya kita mensyukuri nikmat

yang dikurniakan Tuhan kepada seluruh

warga Malaysia atas kemakmuran dan ke sejahteraan

yang kita nikmati selama ini.

Bagi generasi dewasa ini barangkali

nikmat kemerdekaan tidak begitu dirasai kerana

kita dilahirkan di dalam sebuah negara yang

aman dan sentosa. Kita membesar, bersekolah,

belajar dan bekerja tanpa menghadapi rintangan

yang sukar berbanding generasi datuk dan

moyang kita dahulu. Kita mewarisi kemerdekaan

yang telah dirintis oleh datuk nenek kita

d a r i p a d a t a n g a n p e n j a j a h .

Justeru, menjadi tanggungjawab kita,

generasi muda hari ini untuk mengekalkan dan

mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki

hari ini. Bagaimana caranya? Cukupkah sekadar

kita mengibarkan bendera, melaungkan

“Merdeka, Merdeka, Merdeka”, atau berbaris

menyertai perarakan sempena sambutan hari

kebangsaan? Itu hanyalah sebagai salah satu

cara kita meraikan kemerdekaan negara kita.

Sebenarnya tanggungjawab untuk

mempertahankan dan mengisi kemerdekaan

jauh lebih sukar daripada tugas untuk mencapai

kemerdekaan. Kemerdekaan, jika tidak diisi dan

dipertahankan,

tidak mustahil akan terlepas daripada

genggaman. Penjajahan bentuk baru semakin

menular dan dapat kita lihat di

mana-mana sahaja sama ada kita sedari

a t a u p u n t i d a k .

Lihat sahaja bagaimana mudahnya

kita terpengaruh dengan segala budaya

yang diimport dari Barat. Daripada

makanan, hiburan, cara berpakaian, tingkah

laku dan pemikiran kita juga beransur-ansur

diresapi budaya Barat. Inilah

yang dikatakan penjajahan bentuk baru,

iaitu penjajahan tanpa menggunakan

senjata atau perang tetapi ideologi atau

pengaruhnya cukup untuk mengikis jati

diri dan ‘kemerdekaan’ kita.

Namun, kajian dan pendedahan perlu

dilakukan supaya setiap individu perlu

mempunyai semangat kemerdekaan

yang mapan. Agar kemerdekaan tidak

tinggal sebagai sejarah lapuk, ia perlu

disegarkan dalam ingatan kita dan generasi

seterusnya.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan

ke-48.

BU LETIN 28 / OG OS 2 00 5 Mukasurat 2

‘ The Dignity of simplicity’

Keserderhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan

sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan,

perbelanjaan dan sebagainya. Keserderhanaan

menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa dan

harmoni. Sesuatu yang keterlaluan,umpamanya hiasan

yang berlebihan tidak menyenangkan mata memandang.

Begitu juga orang yang suka menggunakan perkataan-perkataan

yang bombastic tidak begitu di

senangi. Dalam tugas sehari-hari, sikap sederhana

dalam percakapan, mengeluarkan arahan, bergaul, berpakaian

yang sopan dan lain-lain adalah sangat penting

bagi meningkatkan kecekapan sesuatu organisasi. Perbuatan

seperti melambatkan kerja, ponteng kerja dan

melanggar disiplin tidak boleh dibiarkan kerana ini bukan

dianggap sederhana lagi.

“only those who have the patience to do simple

things perfectly ever acquire the skill to do difficult

things easily,” jelas Johann C. Schiller

AMALAN POSITIF

Berjimat cermat

Berlaku adil dalam semua tindakan

Bermaruah dan berhemah tinggi

Bersikap pemaaf dalam pergaulan

Bijaksana dalam membuat pertimbangan

Boleh menerima teguran

Cermat dalam kata-kata

Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan

percakapan

Jujur dan ikhlas

Menepati janji

Merendah diri

Mesra dalam pergaulan

Sedia menerima cadangan dan nasihat

Senang didampingi oleh semua pihak

Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat

Tidak memperagakan kemewahan

Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan

CONTOH

KEMULIAAN KESEDERHANAAN

1. Sesuatu kerja yang dibuat hendaklah mudah difahami,

tidak berbelit-belit, tidak terlalu tebal dan

tidak mengandungi terlalu banyak rajah atau jadual

yang tidak bersesuaian. Cadangan dalam kertas itu

hendaklah mudah dilaksanakan.

2. Dari segi peribadi, orang yang sederhana tidak

meninggi diri, boleh ditegur, sedia menerima kritikan,

sedia menerima cadangan yang membina,

merendah diri, jujur dan bijaksana.

3. Sifat jujur adalah perilaku yang terpuji dan hendaklah

ada pada setiap pegawai mahupun kakitangan.

Pihak pegawai secara jujur hendaklah memberitahu

kakitangannya secara berseorangan tentang apa

yang diharapkan dari kerjanya, menegur

kelemahannya dan memberi cadangan untuk

membaikinya.

AMALAN NEGATIF YANG DILARANG

Bercakap dengan menggunakan perkataan

bombastic

Berkelakuan mengada-ngada

Berlebih-lebihan menarik perhatian ketua

Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua

hal.

Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi

keperluan organisasi

Kerap menghias diri di pejabat

Memperbesar-besarkan perkara kecil

Memperagakan kemewahan dan kedudukan

Membazir dan merosakkan harta kerajaan

Menyukarkan persoalan yang mudah

Sombong dan meninggi diri

CONTOH

1. Kesederhanaan tidak beerti sambil lewa dalam

penghasilan kerja. Kalau ini dilakukan, maka sikap

demikian timbul kerana kemalasan dan tanpa

disiplin serta tiada rasa tanggungjawab terhadap

kualiti pekerjaan.

2. Ketua yang senang diampu adalah contoh peribadi

yang rendah dan kurang disiplin dalam kepimpinan.

Ketua yang tegas dan adil dapat mengurangkan

sifat suka mengampu ini.

3. Memperbesar-besarkan perkara kecil ialah

penipuan dan menunjukkan sifat yang tidak jujur,

lebih-lebih lagi jika kesalahan kecil diperbesarkan

supaya orang yang bersalah itu akan dikenakan

denda atau hukuman yang lebih berat.

BU LETIN 28 / OG OS 2 00 5 Mukasurat 3

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM USAHA PEN-

INGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM

Nilai ditakrifkan sebagai

kepercayaaan atau tanggapan yang mendorong individu

atau organisasi bertindak mengikut prinsip berasaskan

pegangan utama masyarakatnya.

Nilai yang wujud dalam diri seseorang atau sesebuah

organisasi itu dipengaruhi secara langsung oleh agama

dan kepercayaan, budaya dan world-view masyarakat

Nilai murni merujuk kepada

Nilai kemanusiaan yang diterima oleh masyarakat secara

sejagat sebagai nilai yang baik untuk melahirkan individu,

organisasi, masyarakat dan negara yang cemerlang

dan dihormati.

Tiga ciri orang munafik ialah:

a. Apabila ia bercakap ia berbohong;

b. Apabila ia diberi amanah ia mengkhianatnya;

c. Apabila ia berjanji ia memungkirinya.

NILAI-NILAI MURNI DALAM KONTEKS PERKHIDMATAN

AWAM

Himpunan nilai murni yang dianggap komprehensif dan menyeluruh

dibahagikan kepada dua iaitu:

A) Nilai, Norma dan Etika Asas yang mengandungi 4

nilai iaitu:

- Iman dan Takwa

- Amanah dan Maruah

- Ikhlas; dan

- Berilmu

B) Nilai, Norma dan Etika Pengembangan yang

mengandungi 25 nilai iaitu:

- Adil - Daya kreatif

- Berani - Hormat menghormati

- Berbakti - Kasih sayang

- Berdedikasi - Kerajinan

- Berdisiplin - Kesabaran

- Berjimat cermat - Kesederhanaan

- Bekerjasama - Penguasaan ilmu

- Bersih - Sopan santun

- Bertanggungjawab - Syukur

- Berterima kasih - Taat setia

- Bertimbang rasa - tegas

- Cekap - tertib

- cergas

USAHA-USAHA PENINGKATAN KUALITI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM DALAM KONTEKS PENERAPAN

NILAI– NILAI MURNI

Usaha-usaha peningkatan kualiti Perkhidmatan Awam

dalam konteks penerapan nilai-nilai murni telah dilaksanakan

sejak zaman awal merdeka lagi.

Bagi maksud wacana ini, ia menggariskan tiga pendekatan

yang diambil oleh Kerajaan dalam inisiatif tersebut

iaitu:

a. Penubuhan institusi,

b. Penerapan nilai dan

c. Pendekatan pentadbiran.

A. PENUBUHAN INSTITUSI

Tujuan– melahirkan penjawat awam yang terlatih dan profesional.

Contoh– INTAN dalam misi untuk membangun sumber

manusia sektor awam melalui latihan yang berkualiti.

B. PENDEKATAN PENERAPAN

Pelbagai dasar dan program diperkenalkan seperti:

- Kod Etika Kerja (1981)

- Dasar Pandang ke Timur (1982)

- Penerapan Nilai Islam (1985)

- Budaya Kerja Cemerlang (1989)

- Dasar Pensyarikatan Malaysia (1991)

C. PENDEKATAN PENTADBIRAN

Merujuk kepada arahan dan garis panduan yang dikeluarkan

melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

Peranan PKPA– menerangkan dasar dan proram pembaharuan

Kerajaan.

KESIMPULAN

- memberi panduan bagi memudahcara perlaksanaannya

di semua peringkat pentadbiran

secara seragam.

Pembudayaan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam

perlu sentiasa ditingkatkan dalam segala aspek pengurusannya.

Kerajaan sebenarnya telah berada di landasan yang

betul dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni melalui

pembaharuan pentadbiran yang telah dimulai sejak merdeka

lagi. Walaupun tidak dilabelkan sebagai gagasan memperkasakan

nilai-nilai murni, falsafah tersebut sebenarnya telah

terpancar dalam setiap usaha-usaha pemahaman yang dilaksanakan.

Namun cabaran masa depan dengan segala kerecamannya

menuntut peningkatan berterusan dalam penghayatan

kualiti dan nilai-nilai murni. Ini kerana dalam analisis

akhir, nilai-nilai tersebutlah yang akan membezakan antara

yang terbilang atau terbuang.

Disesuaikan untuk pembaca dari www.ikim.gov.my

BU LETIN 28 / OG OS 2 00 5 Mukasurat 4

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BPH)

latif@bph.jpm.my

Zakaria bin Abdul Rahman (JAKIM)

Azali bin Bachok (BPPSM)

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhanms_77@yahoo.com

Siti Khadijah bt Omar (SPP)

siti@spp.jpm.my

Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE)

rahimah@epu.jpm.my

Muhamad bin Sheikh Abdullah (BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuj2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

arbaiyah@bkn.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM) Shiharudin bin Abdul Razak (JAKIM) Norazlin bt. Alias (JPA)

Mohamad Mahil bin Ahmad (ICU, Perak)

mahil@icu.gov.my

Noor Ainun bt Ahmad (BPPSM)

kakenn@bpk.jpm.my

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

junaidah@stats.gov.my

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Abdul Wahab bin Abd. Aziz (BPR, Pahang)

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Sharifah Nora Al-Idrus (ICU JPM)

shnora@icu.gov.my

Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (Kabinet)

kabkpsuh@kabinet.jpm.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cmorly@bph.jpm.my

Robiah bt Abdullah (BPH)

badar53@hotmail.com.

Rogayah bt Kadari (BPA, W.P.KL)

rogayah@bpa.jpm.my

Ab. Rahman bin Mahamud (BPA)

rahman@bpa.jpm.my

Mazlina bt Hj. Hussain (Mah. Syariah)

mazlina@esyariah.gov.my

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

jadestones2001@yahoo.com

Maznan b. Hj. Tamah ( JIM)

maznanhjtamah@yahoo.com

Azmi Ibrahim (BBG, Perak) Siti bt Bahuddin (KPKK, Melaka) Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Bujang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (Peguam Negara)

kalibaskaran@agc.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Norizah bt. Abd. Ghani

norizah@audit.gov.my

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Mohamed Noordeen bin Mukri (JKSM)

noordeen@jksm.gov.my

Kasim bin Mohamad (BPPSM)

kasim@bpk.jpm.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Shaharudin bin Abdul Wahab (Pej.SUP Sarawak)

shaha.super@yahoo.com

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (Cuti Belajar)

mohd_gunawan@yahoo.com

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah WP)

zulfikri@esyariah.gov.my

Nab @ Sabariah bt Haji Hassan (Perangkaan)

sabariah@stats.gov.my

Miskam bin Jemari (IDHL)

miskam@idhl.gov.my

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainon@jpa.gov.my

Md. Tahir bin Md. Yusoff (Istana Negara) Yaacob bin Shafie (JIM, Kedah) Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA)

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon

JPM atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM) Sharifah Sharizad (Pembantu Kaunselor)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bpk.jpm.my sharizad@bpk.jpm.my

Mukasurat 5

BU LETIN 28 / OG OS 2 00 5 Mukasurat 5

INFO KESIHATAN

Asma adalah sejenis penyakit kronik yang

diakibatkan oleh radang saluran pernafasan

iaitu keadaan di mana saluran pernafasan

menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan

kesukaran bernafas. Ini adalah kerana

saluran pernafasan tersebut amat sensitif

kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain .

Antara faktor-faktor penyebab ialah :

http://moodpro.tripod.com/inyakit/asma_pg1.htm

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!