31.08.2014 Views

Kempen Membaca Kebangsaan - Jabatan Perdana Menteri

Kempen Membaca Kebangsaan - Jabatan Perdana Menteri

Kempen Membaca Kebangsaan - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BU LETIN 27 / J ULAI 2 00 5 Mukasurat 2

BUDAYA ETIKA KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Budaya, bermakna nilai, sikap, tindakan (atau tindaktanduk)

ataupun tinkahlaku yang menjadi amalan seharian.

Dalam konteks bekerja atau bertugas, ia dikaitkan

dengan budaya kerja dalam sesebuah jabatan ataupun

organisasi yang menjadi faktor utama dalam menentukan

matlamat maju atau mundurnya sesebuah organisasi.

Etika, bermakna ‘ilmu’ atau dasar-dasar akhlak ataupun

moral ataupun boleh juga ditakrifkan sebagai sistem

akhlak atau tingkah laku di dalam sesuatu pekerjaan

yang kita lakukan.

Kerja cemerlang, bermakna seseorang pegawai ataupun

kakitangan kerajaaan yang telah menunjukkan prestasi

kerjanya yang sentiasa baik, ada peningkatan dari

setahun dan tidak pernah melakukan kesilapan atau

mendatangkan sebarang masalah di mana dia bertugas

ataupun bekerja.

Perkhidmatan Awam, bermakna jentera yang digunakan

oleh sesebuah negara dalam memberikan perkhidmatan

kepada seluruh rakyatnya dan sebagai alat dalam

menyusun perancangan ataupun program dan juga melaksanakan

rancangan-rancangan yang telah disusun,

termasuk mengenai struktur organisasi, perancangan

sumber manusia yang berhubung kait dengan ekonomi,

budaya dan sosial dan juga termasuk mengadakan ataupun

mengeluarkan undang-undang ataupun peraturanperaturan

kerja yang seharusnya diikuti oleh setiap pegawai

dan kakitangan awam dalam semua pangkat dan

peringkat.

BUDAYA KERJA CEMERLANG.

Budaya kerja cemerlang sebenarnya bukanlah dimiliki

oleh seseorang individu ataupun mana-mana perkumpulan

masyarakat, sebaliknya ia meliputi keseluruhan pegawai

dan kakitangan kerajaan dalam sesebuah organisasi

itu. Kesan daripada budaya kerja cemerlang ini akan melahirkan

atau menjadi sesebuah organisasi itu maju dan

berjaya kerana mempunyai pegawai dan kakitangan

yang mempunyai tahap atau pengalaman-pengalaman

yang tinggi.

TUJUAN ATAU MATLAMAT BEKERJA

Apa jua yang kita buat atau lakukan, ianya hendaklah

disertai dengan niat sama juga seperti kita menunaikan

sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam. Tanpa

niat, sudah pasti amalan kita tidak akan diterima. Tujuan

kita bekerja sebenarnya adalah untuk menyara diri

sendiri, keluarga dan seterusnya memberikan sumbangan

bakti kepada bangsa, negara dan agama. Oleh hal

yang demikian, jalankanlah tanggungjawab yang telah

diamanahkan kepada kita kerana semua ini akan mendapat

perkiraan di akhirat nanti.

FAKTOR HALANGAN KE ARAH BUDAYA KERJA

CEMERLANG

Lawan kepada Budaya Kerja Cemerlang ini sebenarnya

banyak. Antaranya ialah sikap malas,

kurang bersemangat untuk memajukan diri, terlalu

mementingkan diri sendiri, kurang pegangan agama,

bersikap pasif atau menerima apa sahaja arahan dari

pihak atasan atau ketua tanpa mahu berusaha sendiri

bagaimana untuk memajukan diri sendiri. Biasanya

mereka tergolong daripada jenis yang tersebut di atas

akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan

’seada-adanya’ sahaja. Ertinya ada arahan daripada

ketua, barulah bekerja, selepas itu kembali dudukduduk

sehingga sampai waktu balik bekerja atau rehat.

Pegawai dan kakitangan yang menghadapi sindrom

atau tabiat yang kurang baik ini, perlukan diberikan

kursus atau motivasi diri sebanyak mungkin dan memerlukan

pengawasan dan didikan agama secukupnya

terutama sekali mengenai dan memahami

pengertian halal haram dan hubungannya dengan

pemberian rezeki yang menjadi sumber kehidupan di

sepanjang perkhidmatan sama ada dengan pihak

kerajaan ataupun swasta.

Dan dalam hubungan ini juga, ada baiknya kita renungi

akan maksud Surah Al-Ashr (Masa) ayat 3 daripada

Surah 103, Al-Quran yang tafsirnya:-

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar

berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang

beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihatnasihat

menasihati supaya mentaati kebenaran dan

nasihat-menasihati suapya menepati kebanaran.”

Kesan dariapda sikap yang tidak bertanggungjawab

ini sudah tentu akan melibatkan banyak pihak termasuk

para pelanggan yang sentiasa berurusan dengan

mereka. Walhal, mereka telah sedia diberikan ganjaran

(gaji) dan segala macam kemudahankemudahan

yang bukan sedikit jumlahnya.

Akhir sekali, marilah kita renungkan pula apa kata

seorang negarawan Amerika, iaitu John F. Kennedy

yang berbunyi “Jangan ditanya apakah sumbangan

negara kepada kamu, tetapi tanyalah apa yang boleh

kamu sumbangkan kepada negara.”

Kata-kata hikmat dan padat ini harus menjadi pedoman

yang berguna jika kita ingin maju dan memberikan

sumbangan ke arah kecemerlangan bukan sahaja

kepada negara tetapi juga bagi diri sendiri, keluarga

dan masyarakat sekeliling.

www.brunet.bn/news/pelita/21april/rencana.htm

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!