31.08.2014 Views

Perancangan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Perancangan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Perancangan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BU LETIN 33 / JAN UARI 2 00 6 Mukasurat 2

TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN

Tekanan kerja

Setiap daripada kita mempunyai tekanan

kerja. Suasana tempat kerja yang

selesa dan selamat meningkatkan kecekapan

mutu kerja dan keseronokan bekerja.

Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan

boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu

untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika

tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh

memberi kesan negatif. Masalah peribadi

dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan

mental pekerja.

Punca-punca tekanan mental

di tempat kerja

• Jenis pekerjaan

Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang

berpanjangan dan perubahan cara pengendalian

kerja.

• Peranan dan fungsi pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubahubah

secara kerap atau pekerjaan yang

merbahaya.

• Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.

• Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan,

kecewa terhadap suasana kerja, diturunkan

pangkat dan hilang pekerjaan.

• Perubahan dalam organisasi

Perubahan dalan stuktur pengurusan organisasi

secara mendadak meningkat kekeliruan

dan tekanan kepada pekerja.

7 langkah menangani tekanan

mental

Bersikap realistik terhadap pekerjaan

• Akui kekuatan dan kelemahan dalam

diri.

• Bersikap positif semasa melakukan

kerja.

• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan

• Merasa seronok bekerja.

Rancang kerja anda

• Beri keutamaan pada kerja yang

penting.

• Elakkan membawa sebarang tugas

balik ke rumah.

• Jangan bertangguh.

• Kendali masa dengan bijak.

• Mengagihkan kerja dengan baik .

Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah

• Lihat masalah dengan rasional dan rancang

penyelesaian secara sistematik.

• Senaraikan masalah-masalah mengikut

keutamaan serta langkah-langkah

menangganinya.

• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah

penyelesaian.

• Ambil tindakan secara wajar.

Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan

dalam kerja

• Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur

dan realistik terhadap apa jua perubahan

yang berlaku.

• Rancang perubahan secara teratur.

Amalkan komunikasi berkesan di tempat

kerja

• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan

garang (aggressive).

• Luahkan pendapat anda secara sopan,

tegas dan jelas.

• Hormat pandangan rakan sekerja.

Tingkatkan sokongan sosial di tempat

kerja

• Wujudkan ikatan persahabatan sesama

rakan sekerja.

• Senaraikan individu dan organisasi yang

dapat membantu dalam menangani sebarang

masalah.

• Berkongsi masalah dengan mereka yang

sedia mendengar.

• Luangkan masa untuk membantu rakan

yang bermasalah.

Amalkan cara hidup sihat

• Luangkan masa untuk beribadah.

• Dapat tidur yang mencukupi.

• Bersenam selalu.

• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.

• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.

• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang

teguh pada ajaran agama.

Tanda-tanda tekanan mental

• Bersikap ganas (panas baran).

• Gelisah.

• Gangguan selera makan.

• Gangguan tidur.

• Hilang tumpuan dan motivasi.

• Kemurungan.

• Kerisauan yang berlebihan.

• Kelesuan.

• Mabuk arak.

• Mudah meradang.

www.google.com

“Orang yang mengalami perasaan malu

bukan sahaja tidak dapat mengawal dan

mententeramkan fikirannya, tetapi juga

tidak dapat mengawal tingkah laku termasuk

juga tingkah laku tanpa lisan. Malah

mereka akan bertindak ganas dan liar yang

membahayakan diri sendiri serta orang lain”

(Buhler Hetzer, Harlock dan Suden)

Tip Ringkas

Anda mengalami masalah sakit

kepala?Tahukah anda warna

mampu menghapuskan masalah

tersebut:

Hilangkan Masalah Sakit Kepala

Warna: Merah

Kajian mendapati bahawa warna merah

dapat membantu untuk mengurangkan

rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya,

letakkan tuala lembab berwarna

merah di atas mata anda. Ia mampu

meningkatkan peredaran dan melonjakkan

adrenalin.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!