31.08.2014 Views

Perancangan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Perancangan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Perancangan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAKAN PEMBIMBING

JABATAN PERDANA MENTERI

BULETIN PEMBIMBING ANDA

ISU KELUARAN

Buletin 33 / JANUARI 2006

Dari Meja Kaunselor...

2. Tekanan mental

dan pekerjaan

3. 10 Cara

membina motivasi

diri

4. Menghubungi

Rakan

Pembimbing Anda

5. Kesihatan Anda

Masalah kencing

malam

Perancangan kewangan

yang baik dan sempurna

dapat membantu membebaskan

diri daripada bebanan

hutang yang mendatangkan

kesusahan. B e b e r a p a

perkara berikut sangat

penting diberi perhatian di

dalam merancang kewangan

agar risiko beban kewangan

yang ditanggung dapat diatasi

atau dikurangkan.

1. Wang simpanan

Simpanan peribadi penting

sekiranya berlaku kecemasan

ataupun memudahkan bagi

merancang masa masa

hadapan seperti melanjutkan

pelajaran, menganjurkan

majlis perkahwinan, melancong

dan lain-lain. Ia juga penting

untuk kegunaan di hari tua

kelak.

2. Penyata peribadi

Setiap in di vidu mesti

mempunyai catatan dan

penyata kewangan peribadi

bagi memudahkan pelarasan

antara pendapatan dan

perbelanjaan. Supaya dapat

meninjau arah perbelanjaan

d a n m e n g e l a k k a n

p e rb e l an j a an m e l e b i h i

pendapatan, setiap wang yang

dibelanjakan tidak kira banyak

atau sedikit perlu direkodkan.

Dengan mencatat penyata

peribadi, bahagikan kepada

beberapa pecahan seperti

perpelanjaan harian, mingguan,

bulanan dan tahunan. Cara ini

m e m u d a h k a n p e g i ra a n

kewangan individu dan

keluarga serta membantu

meningkatkan perancangan

kewangan yang teratur dan

berkesan.

3. Menilai keperluan

Bezakan antara keperluan dan

kehendak. Utamakan barang

keperluan dalam membuat

bajet dan membelanjakan

wang anda, jika masih

terdapat lebihan baki barulah

penuhi kehendak anda.

Sewaktu membeli barangan

kehendak, tanya pada diri

sendiri sama ada ia benarbenar

berfaedah ataupun

mendatangkan kesan pada diri

sendiri dan sebagainya.

4. Kurangkan hutang

Jangan mengambil risiko

dengan membeli barang secara

berhutang. Walaupun polisi

perniagaan membenarkannya,

jangan biarkan diri anda

terbiasa membuat hutang.

Lazimnya barangan yang dibeli

secara hutang akan dikenakan

harga yang lebih tinggi.

Sikap suka berhutang, jika

terleka akan memusnahkan

diri sendiri. Beban hutang

yang bertimbun ini memberi

risiko yang berbahaya seperti

semua aset dirampas, diugut

dan diisytiharkan muflis.

Justeru, jauhkan sikap suka

bermegah-megah dan berlumba-lumba

sehingga dilanda

masalah kewangan.

5. Elakkan kos tambahan

Anda perlu elakkan daripada dikenakan

bayaran wang tambahan

yang tidak diduga seperti

‘interest’ yang tinggi, saman, penalty

yang disebabkan bayaran terlewat

dan surat dari guaman seperi’

Letter of Demand’. Ini semua

hanya akan menambahkan kos tambahan

dalam kehidupan harian

anda.

6. Tetapkan sasaran

Tentukan sasaran hidup anda.

Apakah ingin anda miliki 5 tahun

dari sekarang? Dimana anda akan

b e r a d a 1 0 t a h u n d a r i

sekarang?.Sasaran ini membuatkan

anda lebih berwawasan, gigih

bekerja dan bijak mengawal kewangan

agar segala impian boleh di

capai

Sikap berjimat cermat

adalah suatu amalan yang baik dan

membazir pula adalah tabiat syaitan

yang akan membinasakan kita.

Kebijaksanaan menguruskan keluarga

mencerminkan kematangan

seorang suami menerajui keluarga

dan kemahiran isteri untuk menjadi

pentadbir berkebolehan.

BU LETIN 33 / JAN UARI 2 00 6 Mukasurat 2

TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN

Tekanan kerja

Setiap daripada kita mempunyai tekanan

kerja. Suasana tempat kerja yang

selesa dan selamat meningkatkan kecekapan

mutu kerja dan keseronokan bekerja.

Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan

boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu

untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika

tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh

memberi kesan negatif. Masalah peribadi

dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan

mental pekerja.

Punca-punca tekanan mental

di tempat kerja

• Jenis pekerjaan

Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang

berpanjangan dan perubahan cara pengendalian

kerja.

• Peranan dan fungsi pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubahubah

secara kerap atau pekerjaan yang

merbahaya.

• Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.

• Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan,

kecewa terhadap suasana kerja, diturunkan

pangkat dan hilang pekerjaan.

• Perubahan dalam organisasi

Perubahan dalan stuktur pengurusan organisasi

secara mendadak meningkat kekeliruan

dan tekanan kepada pekerja.

7 langkah menangani tekanan

mental

Bersikap realistik terhadap pekerjaan

• Akui kekuatan dan kelemahan dalam

diri.

• Bersikap positif semasa melakukan

kerja.

• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan

• Merasa seronok bekerja.

Rancang kerja anda

• Beri keutamaan pada kerja yang

penting.

• Elakkan membawa sebarang tugas

balik ke rumah.

• Jangan bertangguh.

• Kendali masa dengan bijak.

• Mengagihkan kerja dengan baik .

Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah

• Lihat masalah dengan rasional dan rancang

penyelesaian secara sistematik.

• Senaraikan masalah-masalah mengikut

keutamaan serta langkah-langkah

menangganinya.

• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah

penyelesaian.

• Ambil tindakan secara wajar.

Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan

dalam kerja

• Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur

dan realistik terhadap apa jua perubahan

yang berlaku.

• Rancang perubahan secara teratur.

Amalkan komunikasi berkesan di tempat

kerja

• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan

garang (aggressive).

• Luahkan pendapat anda secara sopan,

tegas dan jelas.

• Hormat pandangan rakan sekerja.

Tingkatkan sokongan sosial di tempat

kerja

• Wujudkan ikatan persahabatan sesama

rakan sekerja.

• Senaraikan individu dan organisasi yang

dapat membantu dalam menangani sebarang

masalah.

• Berkongsi masalah dengan mereka yang

sedia mendengar.

• Luangkan masa untuk membantu rakan

yang bermasalah.

Amalkan cara hidup sihat

• Luangkan masa untuk beribadah.

• Dapat tidur yang mencukupi.

• Bersenam selalu.

• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.

• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.

• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang

teguh pada ajaran agama.

Tanda-tanda tekanan mental

• Bersikap ganas (panas baran).

• Gelisah.

• Gangguan selera makan.

• Gangguan tidur.

• Hilang tumpuan dan motivasi.

• Kemurungan.

• Kerisauan yang berlebihan.

• Kelesuan.

• Mabuk arak.

• Mudah meradang.

www.google.com

“Orang yang mengalami perasaan malu

bukan sahaja tidak dapat mengawal dan

mententeramkan fikirannya, tetapi juga

tidak dapat mengawal tingkah laku termasuk

juga tingkah laku tanpa lisan. Malah

mereka akan bertindak ganas dan liar yang

membahayakan diri sendiri serta orang lain”

(Buhler Hetzer, Harlock dan Suden)

Tip Ringkas

Anda mengalami masalah sakit

kepala?Tahukah anda warna

mampu menghapuskan masalah

tersebut:

Hilangkan Masalah Sakit Kepala

Warna: Merah

Kajian mendapati bahawa warna merah

dapat membantu untuk mengurangkan

rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya,

letakkan tuala lembab berwarna

merah di atas mata anda. Ia mampu

meningkatkan peredaran dan melonjakkan

adrenalin.

BU LETIN 33 / JAN UARI 2 00 6 Mukasurat 3

10 cara meningkatkan motivasi diri

Tiba-tiba anda berasa tidak bermaya sekali dan kurang yakin

ke tempat kerja. Pelbagai masalah dan tugas yang bertimbun-timbun

menjadikan anda bosan bekerja. Nyata anda telah kehilangan motivasi

diri. Apa yang harus anda lakukan?

Curahkan di atas kertas

• Curahkan semua yang merungsingkan anda ke atas sehelai kertas.

Kemudian bakar atau hanyutkan ke sungai. Pasti anda akan

merasa lega.

Perbaiki imej diri

• Tukar imej kusam kepada imej kemas, elegan dan aktif.

• Pilih pakaian yang berwarna ceria ke pejabat.

Bersedia untuk berubah

• Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati

kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh kebelakang

Lakukan senaman ringan

• Tubuh yang lemah, lembik dan lembab boleh dipulihkan dengan

melakukan sedikit gerakan tubuh.

• Lakukan senaman pada minda dengan membaca atau mencuba

sesuatu yang berhalangan. Bermain permainan komputer mungkin

salah satu caranya tetapi untuk lebih santai juga senamkan minda

lagi. Lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya

nanti.

• Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan

pula bermula dari hati yang bulat dan tekat yang padu.

Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar-benar ada kesediaan

untuk melakukan perubahan. Semuanya saling berkait

rapat dan bertimbal-balik

dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta ’

akulan.

Cari kegemaran baru

Senyum

• Senyum boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang kurang

baik, memang agak sukar melakukannya, tapi ingat, jika anda

senyum pulangan yang diperolehi juga amat menyenangkan.

Hadiahkan senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat

• Apabila anda mula berasakan hidup mulai kosong carilah kegemaran

–kegemaran baru. Tidak salah bermain permainan tertentu

untuk melihat apakah minat anda boleh dikembangkan. Misalnya

tidak salah jika anda memelihara ikan hiasan untuk melihat

apakah hobi baru ini boleh memberi ketenagan kepada diri

sendiri.

senyumannya kembali.

Bertegaslah

Berfikiran positif

• Berfikiran positif membolehkan minda mengeluarkan arus alpha iaitu

arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga

membuatkan pekara yang sukar menjadi mudah, masalah bertukar

menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan rezeki pun

akan menjadi lebih luas.

• Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan.

Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi satu

pengharapan yang amat besar kita kepada Tuhan.

• Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea-idea positif

• Bertegaslah dengan diri sendiri, apabila mengambil sebarang

keputusan. Berpegang teguh pada keputusan dengan meletakkan

sepenuh kepercayaan. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri

untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun

kadangkala perasaan anda seperti dibuai-buai untuk mengatakan

anda sedang bad mood sekarang.

• Bertegas pada diri sendiri bukan bererti anda tidak boleh memanjakan

diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana

anda melayan tetamu. Pergi makan di tempat-tempat mewah

dan berikan hadiah untuk diri sendiri. Itu juga salah satu cara

menghargai diri sendiri dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT

iaitu Hormat Diri Tinggi.

akan melahirkan tindakan-tindakan yang positif juga. Tindakantindakan

positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

Dapat tidur yang cukup

• Rungsing dan marah kadang-kadang disebabkan keletihan akibat

tidak mendapat rehat yang cukup. Berehatlah secukupnya dan dapatkan

tidur yang berkualiti.

• Tidur yang tidak berkualiti akan mencetuskan arus Theta atau arus

Delta iaitu dua arus kemunduran.

Nur (Edisi Khas Kerjaya)

BU LETIN 33 / JAN UARI 2 00 6 Mukasurat 4

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BPH)

latif@bph.jpm.my

Zakaria bin Abdul Rahman (JAKIM)

zakaria@islam.gov.my

Azali bin Bachok (BPPSM)

azali@bpk.jpm.my

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhanms_77@yahoo.com

Muhamad bin Sheikh Abdullah (BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE)

rahimah@epu.jpm.my

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainons@jpa.gov.my

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuj2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

arbaiyah@bkn.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM) Yaacob bin Shafie (JIM, Kota Bharu, Kelantan) Norazlin bt. Alias (JPA)

Mohamad Mahil bin Ahmad (ICU, Perak)

mahil@icu.gov.my

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Abdul Wahab bin Abd. Aziz (BPR, Pahang)

wahab@bpr.gov.my

Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (Kabinet)

kabkpsuh@kabinet.jpm.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cmorly@bph.jpm.my

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Robiah bt Abdullah (SPP)

robiahabdullah@spp.jpm.my

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (Perangkaan)

gunawan@stats.gov.my

Norizah bt. Abd. Ghani

norizah@audit.gov.my

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor)

zulfikri@esyariah.gov.my

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

junaidah@stats.gov.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Sharifah Nora Al-Idrus (ICU JPM)

shnora@icu.gov.my

Mazlina bt Hj. Hussain (Mah. Syariah)

mazlina1@esyariah.gov.my

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

jadestones2001@yahoo.com

Maznan b. Hj. Tamah ( JIM)

maznan@bheuu.gov.my

Azmi Ibrahim (BBG, Perak) Siti bt Bahuddin (KPKK, Melaka) Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Bujang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (Peguam Negara)

kalibaskaran@agc.gov.my

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA)

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon JPM

atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM) Sharifah Sharizad Syed Sagap (Pembantu Kaunselor)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bpk.jpm.my sharizad@bpk.jpm.my

BU LETIN 33 / JAN UARI 2 00 6

Mukasurat 5 5

KESIHATAN ANDA

Masalah kencing malam

Masalah kencing malam atau nama perubatannya Nocturnal Enuresis sering dialami

kanak-kanak. Kencing malam ialah kencing ketika tidur tidak kira sama ada siang ataupun

malam. Pada kebiasannya kanak-kanak berkenaan tidak sedar mereka terkencing kecuali

sebaik saja mereka bangun daripada tidur atau terjaga malam disebabkan rasa basah

Faktor

Keturunan.

Kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing.

Kurang penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.

Pembelajaran tidak langsung

Kesan

Kencing malam akan memberikan kesan negatif terhadap tingkah laku dan psikologikal kanak-kanak antaranya:

Berada dalam keadaan serba salah.

Berasa rendah diri.

Hilang keyakinan diri.

Tidak mahu menyertai program di sekolah kerana malu dan bimbang masalah yang dihadapi diketahui orang lain.

Panduan mengatasi masalah kencing malam

Pastikan anak anda membuang air kecil terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

Jika anda membawanya kebilik air pada waktu malam, pastikan anak dalam keadaan jaga.

Letak lapisan plastik ditempat tidurnya untuk memudahkan anda. Gunakan pelapik cadar yang mudah dibasuh dan dikeringkan.

Beri anak anda minum tujuh gelas air pada siang hari dan tetapi elakkan memberi air teh atau kopi sebelum masuk tidur.

Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.

Utusan Malaysia, 5 Jan 2006

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!