31.08.2014 Views

Gangguan seksual - Jabatan Perdana Menteri

Gangguan seksual - Jabatan Perdana Menteri

Gangguan seksual - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAKAN PEMBIMBING

JABATAN PERDANA MENTERI

ISU KELUARAN

Dari Meja Kaunselor...

BULETIN PEMBIMBING

BULETIN 54/ OKTOBER 2007

BULETIN 54/ OKTOBER 2007

2. 6 Pembaziran

Tanpa Sedar…?

/Air Kosong

Penawar Pelbagai

Penyakit

Anda mungkin mengalami gangguan seksual sekiranya anda berhadapan dengan sebarang

ungkapan atau perbuatan berunsur seksual yang tidak dikehendaki sama ada perkara

yang didengar, dirasai, dilihat atau yang berunsurkan psikologi.

Gangguan seksual di tempat kerja menyukarkan dan menekan hidup mangsa. Ia menyababkan mangsa

berasa gelisah dan terhina. Gangguan seksual bukanlah perkara baru atau luarbiasa. Menurut kajian,

seramai 70% daripada pekerja pernah mengalami gangguan seksual dan kebanyakannya adalah

golongan wanita selebihnya adalah lelaki. Ia bukan perkara kecil kerana ia merendahkan harga diri serta

maruah anda. Oleh yang demikian, JPA telah pun mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22/2005

“ Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam”

Anda harus tahu hak anda.

3. Berapakah Usia

Anda…?

4 & 5. Menghubungi

Rakan Pembimbing

Anda

6. Latih Anak Berkomunikasi

Dengan

Allah…

7. Berhenti Merokok?

ANDA BOLEH JIKA

MAHU!!

8. Aktiviti RP...

JIKA ANDA MENGALAMI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA ANDA MUNGKIN...

Mahu ia berhenti serta merta dan pengganggu menerima hukuman yang setimpal

Mahu majikan bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Perlu merekodkan kesemua butir-butir kejadian termasuk bila, di mana dan bagaimanakejadian

tersebut berlaku.

Laporkan peristiwa tersebut kepada majikan atau pihak pengurusan. Jika majikan tidak mengambil

sebarang tindakan atau beliau sendiri yang mengganggu, minta bantuan pihak yang lain. Anda

boleh:

- Buat aduan kepada Jabatan Buruh

- Buat laporan Polis

- Ambil tindakan mahkamah terhadap pengganggu/ majikan

Sebenarnya Jabatan Buruh tidak memaksa majikan mengambil sebarang tindakan Polis boleh

mendakwa pengganggu tetapi kes gangguan seksual amat sukar dibuktikan. Tindakan guaman

secara persendirian terhadap pengganggu berkemungkinan besar akan melibatkan kos tinggi dan

memakan masa yang panjang.

Hubungi Pegawai Kaunselor @

Rakan Pembimbing jika anda

mahu maklumat lanjut mengenai

perkara ini!!!

Menurut Rang Undang-Undang Cadangan ini;

Majikan bertanggungjawab memastikan tempat

kerja yang selamat dan bebas dari gangguan

seksual

Majikan dikehendaki menjalankan siasatan

atas aduan yang diterimanya

Majikan akan bertanggungjawab jika tidak

mengambil apa-apa tindakan menghentikan

gangguan seksual di tempat kerja

Suatu perbadanan yang bebas akan ditubuhkan

untuk menerima dan menyiasat

aduan

Tindakan yang lebih cepat akan mudah diambil

untuk menyelesaikan gangguan yang diadukan

Bayangkan kalau setiap kali berbelanja di pasar raya anda makan di luar satu keluarga. Kalau empat ahli keluarga mungkin

mencecah RM 50. Kalau sebulan dua kali belanja sudah RM 100. Kalau setahun ia sudah akan menjadi RM 1,200.

AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical

Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit

badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang

dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua

jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan

kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari

2. Gastrik - 10 hari

3. Diabetes – 30 hari

4. Sembelit – 10 hari

5. Kanser – 180 hari

6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan

kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

6 PEMBAZIRAN TANPA SEDAR...

Merokok

Bayangkan kalau anda membelanjakan wang untuk rokok sebanyak RM20 sehari. Dikalikan dengan sebulan ia sudah menjadi

RM600. Kemudian anda darabkan lagi dengan 12 bulan ia akhirnya menjadi RM 7,200. Kalaulah duit ini digunakan untuk menyimpan,

alangkah baiknya daripada ia dibiarkan bertukar menjadi asap yang akhirnya lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada

kesihatan.

Makan Luar

Kalau sehari kita makan tiga kali sehari dengan purata sebanyak RM10 sehari, kalau seminggu sudah RM60, kalau sebulan sudah

RM240. Kalau setahun ia menjadi RM2,880. Banyak bukan? Hanya untuk makan di tempat kerja, belum lagi makan malam.

Jadi kalau anda bawa bekal mungkin lauk yang sedikit sahaja sudah memadai dan sedap rasanya. Air pula sediakan dari rumah.

Saya percaya kita akan dapat jimat separuh dari jumlah yang disebut tadi. Bayangkan kalau dibahagi dua, ia menjadi RM1,440. Dan

jumlah ini anda simpan di bank. Bagaimana?

Cuci Kereta

Mencuci kereta menjadi kewajipan terutamanya bagi yang berkereta dan mementingkan kebersihan. Pengusaha tempat cuci kereta

mengenakan bayaran RM8 sekali cuci. Kalau anda mencucinya setiap minggu, ini bermakna anda mengeluarkan RM32 sebulan.

Setahun anda telah berbelanja sebanyak RM384 hanya untuk cuci kereta sahaja.

Bayangkan kalau anda mencucinya sendiri di hujung minggu. Anda boleh jimat ratusan ringgit untuk dijadikan tabungan. Anggap

sahaja mencuci kereta itu satu riadah. Atau anda boleh melakukan aktiviti mencuci kereta sebagai aktiviti riadah bersama anak-anak

di rumah.

Pembaziran api

Buatlah aktiviti mengosok baju dalam kuantiti yang banyak setiap kali menggosok. Padamkan lampu yang tidak perlu. Alat hawa

dingin juga dipasang hanya apabila keadaan benar-benar memerlukan anda berbuat demikian. Anda pasti akan dapat lihat

perbezaan bil elektrik anda telah menurun jika anda mengamalkan jimat-cermat ini.

Barangan dapur

Terlalu banyak belanja yang perlu dikeluarkan jika anda ke pasar raya membeli barangan dapur dengan membawa bersama ahli

keluarga. Pasti akan ada benda-benda lain yang terpaksa anda beli atau paling tidak anda pastinya makan di luar.

Jadi apabila hendak berbelanja barangan dapur belanja dengan jumlah yang cukup untuk sebulan, lakukan dengan cepat dan terus

pada tujuan. Buat senarai dan ikut senarai barangan yang perlu dibeli sahaja.

BULETIN 54/ OKTOBER 2007 Mukasurat 2

BERAPAKAH USIA ANDA?

Ini merupakan soalan yang relatif, nampak mudah tetapi mempunyai makna yang tersirat. Secara umumnya, usia seseorang

itu boleh dinilai dari aspek umur kalender, umur biologi, umur psikologi, dan umur minda/otak. Umur kalender adalah tetap dan

konsistan. Misalnya, seseorang yang dilahirkan dalam tahun 1955, umur kalendernya tetap 50 tahun pada tahun 2005. Persoalannya

adakah umur biologi, psikologi dan otak/mindanya juga 50 tahun?

Ada orang yang umur kalendernya sudah menunjukkan 60 tahun atau 70 tahun tetapi umur biologi, psikologi dan otak/

mindanya masih sihat seperti orang yang baru berumur 30 atau 40 tahun. Dia boleh berfikir dengan baik dan ingatannya tidak hilang.

Dia boleh bekerja dengan giat dan melakukan berbagai-bagai latihan fizikal (exercises). Sebaliknya, ada pula orang yang berumur

dalam lingkungan 40-an tetapi sudah kelihatan seperti orang tua, ingatannya sudah mula menurun dan sentiasa dalam pemerhatian

doktor.

Umur biologi, psikologi dan minda/otak boleh berubah bergantung kepada individu itu sendiri. Tidak ada dua orang manusia

yang sama dari segi umur biologi, psikologi dan minda/otak kerana tidak ada dua orang manusia yang mendapat pengalaman hidup

yang sama.

Umur biologi seseorang itu, misalnya boleh berubah sama ada lebih tua atau lebih muda bergantung kepada bagaimana dia

menjaganya. Mengikut kajian gerontologi (ahli sains mengenai penuaan) latihan fizikal (physical exercise) boleh mengundurkan

sepuluh tahun ke belakang umur biologi termasuk menjauhkan tekanan darah tinggi, lemak badan yang berlebihan dan

menyeimbangkan kandungan gula dalam badan.

Kajian itu juga menunjukkan orang tua yang menukarkan gaya hidupnya kepada yang lebih baik dan selesa boleh

meningkatkan usianya purata 10 tahun lagi.

Mengikut kajian ahli sains gerontologi ada banyak faktor negatif dan positif yang boleh mempercepatkan penuaan:-

Faktor Negatif

Kemurungan (depression)

Tidak boleh mengeluarkan emosi

Tidak ada kawan atau sahabat baik

Masalah suami isteri dan keluarga

Tiada kerja harian yang lazim dilakukan

Perasaan tidak puas hati terhadap pekerjaan

Putus harapan

Beban kewangan yang berat

Sumber kewangan tidak terjamin

Cepat marah dengan tidak tentu sebab

Selalu menyalahkan orang lain.

Tidak boleh dikritik

Tidak mengambil diet yang baik

Tidak tahu bagaimana menenangkan fikiran

Kurang melakukan aktiviti fizikal

Tidak sabar dan tidak bersyukur kepada Allah

S.W.T

Sentiasa dalam keadaan stres yang berterusan

Faktor Positif

Kebahagian hidup suami isteri

Perasaan puas hati dengan kerja

Berasa bahagia dalam kehidupan

Optimistil tentang masa akan datang

Ada wawasan dan perancangan hidup

Sumber kewangan yang stabil

Melakukan aktiviti fizikal yang berterusan

Tahu bagaimana menenangkan minda

Selalu bersyukur kepada Allah S.W.T

Tahu bagaimana memanfaatkan masa lapang

Menjaga dan mengambil diet yang baik

Mudah berkawan

Bersifat jujur dan amanah

Tahu bagaimana memanfaatkan stres

Melancong ke luar negara sekurang-kurangnya

satu minggu pada setiap tahun

Tujuh tabiat yang baik : Mengikut kajian Nadia Belloc dan Lester Breslow dari UCLA, USA, ada tujuh tabiat yang perlu dilakukan untuk

mengekalkan keremajaan. Ketujuh-tujuh tabiat itu adalah seperti berikut:-

i. Masa tidur yang cukup iaitu antara tujuh ke lapan jam pada setiap malam

Ii. Mengambil sarapan pagi setiap hari

Iii. Tidak makan apa-apa antara masa makan biasa

Iv. Menjaga berat badan iaitu tidak lebih daripada 5% kurang daripada berat biasa atau 10% ke-20% lebih daripada berat biasa

V. Lakukan aktiviti fizikal yang berterusan

Vi. Elakkan daripada minuman yang mengandungi alkohol

Vii. Tidak merokok.

BULETIN 54/ OKTOBER 2007

Mukasurat 3

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BHEUU)

Mohamad Zahri bin Samigon

(MAKSAK)

mzahri70@yahoo.com

Azali bin Bachok (BPPSM)

azali@bpk.jpm.my

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhan_msum@yahoo.com

Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi

(BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE)

rahimah@epu.jpm.my

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainons@jpa.gov.my

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuk2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

arbaiyah@bkn.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM)

Yaacob bin Shafie (BBG, Kota Bharu, Kelantan)

Huzairi bin Zainal Abidin

huzairi@pmo.gov.my

Nurul Akmalina binti Shamsuddin (Jab.

Perpaduan & Integrasi Nasinal)

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

junaidah@stats.gov.my

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Habibah binti Mohamed Yusof (BBG,

Phg)

Robiah bt Abdullah (SPP)

robiahabdullah@spp.jpm.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Mohamed Noor bin Mohamed Alias

(Insolvensi)

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (JWZH )

gunawan@jwzh.jpm.my

Mazlina bt Hj. Hussain (Mah. Syariah)

mazlina1@esyariah.gov.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Norizah bt. Abd. Ghani

norizah@audit.gov.my

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

zubaidah@audit.gov.my

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cmorly@bph.jpm.my

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor)

zulfikri@esyariah.gov.my

Maznan b. Hj. Tamah ( JIM)

maznan@bheuu.gov.my

Azmi Ibrahim (BBG, Perak) Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA) Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Panjang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (MAMPU)

kalibaskaran@mampu.gov.my

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Siti bt Bahuddin (KPKK)

siti_b@cgso.jpm.my

Sulaiman bin Ameed (BPR)

Abang Saifulhadi bin Abg. Hj. Ibrahim

(Perangkaan)

Abu Hassan bin Hj. Mohd Isa (KPKK)

Ahmad Faiz bin Sulaiman (BPR)

Fredah binti Nusi (Bhgn. Keselamatan Negara) Hafizah binti Abdul

Razak(Mahkamah,Selangor)

Mohd Bahari bin Mohd Hanapiah

(JAKIM)

Khairolnizam bin Hassan (Perangkaan, Kedah) Ong Wee Ching (Mahkamah Sesyen &

Majistret, KL)

BULETIN 54/ OKTOBER 200 7 Mukasurat 4

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Rozita binti Abdullah (JIM)

rozita@bheuu.gov.my

Ruzita binti Ramli (Mahkamah Syariah,

WPKL)

ruzita_ramli@yahoo.com

Rosli bin Hj. Puteh (BPPSM)

rosle@bppsm.jpm.my

Azizah binti Sandiman (BPPSM)

zizah@bppsm.jpm.my

Siti Zaleha binti Ismail (Bhgn. Keselamatan

Negara)

Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan

Mohd Najuri (PERANGKAAN, KL)

Zaleha binti Mohamed (BPA)

Zainab binti Abdul Aziz (BPPSM)

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon JPM

atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM)

Zarina Binti Mohamed (Pembantu Kaunselor)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bppsm.jpm.my zarina@bppsm.jpm.my

BULETIN 54/ OKTOBER 2007 Mukasurat 5

BULETIN 54/ OKTOBER 2007 Mukasurat 6

LATIH ANAK BERKOMUNIKASI DENGAN

ALLAH...

Hari ini ramai ibubapa mahupun golongan pendidik yang bingung untuk menerangkan pada anak-anak

pengertian untuk berdoa pada Yang Maha Pencipta. Kanak-kanak yang keliru biasanya menganggap semua doa

akan diperkenankan Allah tidak kira sama ada ianya berunsurkan kebaikan atau kejahatan.

Persoalannya, bagaimanakah untuk memudahkan anak memahami kepentingan berdoa serta apakah cara yang paling tepat

agar anak-anak tidak menyalah-gunakan doa kepada sesuatu hajat yang negatif?

Cuba pratikkan beberapa langkah yang mungkin boleh dijadikan anda sebagai ibubapa dan pendidik dalam menerapkan

pemikiran positif ke dalam minda anak-anak tentang kepentingan doa:

1. CARA SPONTAN

☺ Doronglah anak-anak untuk berdoa secara spontan, gunakan bahasa sebagaimana yang biasa digunakan sehari-hari. Doa yang

menggunakan kata-kata hafalan boleh mengekang atau menghambat anak dalam berdoa.

2. TANDA MEMUJI DAN BERTERIMA KASIH

☺ Ajar anak-anak untuk memuji kebesaran Allah SWT dan bersyukur atas apa yang dilimpahkan-Nya. Anak-anak perlu memahami

bahawa kita berdoa tidak hanya untuk meminta kepada Tuhan saja tetapi berdoa juga perlu sebagai jalan paling hampir untuk

mengagungkan dan berterima kasih pada Tuhan.

3. TUHAN MENDENGAR SEMUANYA

☺ Yakinkan anak-anak bahawa Tuhan pasti akan mendengarkan setiap apa sahaja permintaan yang baik. Anak-anak mungkin

berfikir bahawa sangat sulit untuk mendapatkan perhatian daripada ibubapa mereka yang sibuk, dan itu turut beranggapan yang

Tuhan juga seperti ibubapa mereka yang tidak mempunyai masa untuk mendengarkan setiap apa yang didoakan oleh mereka.

☺ Sebagai ibubapa anda juga sewajarnya memperuntukkan sedikit waktu dengan anak-anak bagi mendengarkan dan menjawab

semua keluhan, permintaan dan pertanyaan mereka dengan bijaksana. Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa hambanya

sebagainya firman-Nya yang bermaksud:

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang mengbilang

kesusahan”.

(QS. An-Naml:62)

4. MENGAKUI DOSA-DOSA LALU

☺ Bantulah anak-anak anda untuk mengakui dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Didiklah anak bahawa doa tidak semestinya

diucapkan dalam nada yang kuat agar didengari oleh Tuhan. Ajarkan tertib berdoa yang meluahkan segalanya pada Allah dalam

perasaan yang tenang dan insaf.

☺ Biarkan anak anda berdoa pada Allah bersendirian. Segelintir anak mungkin merasa benar-benar tenteram ketika berbicara

dengan Allah.

“Berdoalah kepada Rabbmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang

melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-

Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orangorang

yang berbuat baik”.

(QS.Al-Mukmin:55-56)

5. PASRAH DAN YAKIN

☺ Ajarkan anak-anak anda pasrah dan yakin dengan ketentuan Tuhan. Salah satu perkara yang agak sulit untuk dijelaskan pada

anak-anak adalah untuk memberikan kefahaman bahawa tidak semua doa akan diperkenankan Tuhan.

☺ Kita harus pupuk rasa yakin dan sabar dalam diri anak-anak dengan menjelaskan bahawa Allah Maha Mendengar dan sebagai

Tuhan Yang Maha Mengetahui, Dia pasti tahu apakah yang boleh diperkenankan atau tidak boleh diperkenankan bagi semua

makhluk ciptaan-Nya.

☺ Yakinkan anak-anak bahawa Tuhan selalu mendengarkan dan menjawab, tetapi ingatkan mereka juga bahawa jawapan-jawapan

itu mungkin tidak seperti apa yang mereka harapkan.

☺ Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang masih belum matang cara berfikirnya adalah perlu untuk anda

menerangkan pada mereka bahawa setiap apa yang ditakdirkan oleh Tuhan, pasti ada alasan dan hikmah

tersembunyi yang tidak terjangkau dek akal fikirab kita sebagai makhluk yang diciptakan-Nya.

☺ Ibubapa atau pendidik harus melatih mereka untuk memuji Tuhan, bersyukur kepada Tuhan, memohon hanya

kepada Tuhan, dan tidak terlalu mengikut kehendak mereka sebaliknya meletakkan keyakinan dan berserah

pada Allah untuk memberikan ganjaran atas usaha yang telahpun mereka lakukan.

BULETIN 54/ OKTOBER 2007 Mukasurat 7

Yoga

UNTUK MATA LELAH

AKIBAT KOMPUTER

Yoga dikenali sebagai ‘pengendali’ stress.

Yang menarik, wujud juga yoga untuk mata

keletihan akibat banyak menghabiskan

waktu berjam-jam di depan komputer. Kasihan

juga jika pancaindera paling istimewa ini

dibiarkan kepenatan.

Caranya ialah ambil posisi tegak sambil bersandar

Pada kerusi. Kerdipkan mata dengan

cepat sebanyak50 kali. Lakukanlah setiap

jam, dan usahakan kerdipan anda meningkat

menjadi 100 kali. Akhiri latihan dengan

menutup mata, sambil tarik nafas dalam.

Ia cukup mudah. Anda memerlukan masa tidak

sampai 5 minit untuk melakukannya. Setelah itu

anda boleh kembali bekerja dan mata anda pun

tetap terjaga kesihatan dan kecantikannya.

Anda Mesti Cuba!!!

Hubungi Pegawai Kaunselor @

Rakan Pembimbing Untuk Mendapat

Maklumat Lanjut...

BERHENTI MEROKOK?

ANDA BOLEH JIKA MAHU!!

Bukan sesuatu yang mudah untuk menghentikan tabiat merokok.

Tambah lagi jika seseorang itu memang tegar merokok.

Katakan kepadanya bahawa merokok adalah merbahaya.

Pastinya beliau akan mula menghisap sebatang lagi dengan

tersenyum sambil melepaskan asap rokok berbentuk bulat ala

cowboy Texas, atau katakan sahaja ia sebagai amalan yang

membazir duit.

Anda pasti menerima usikan yang poket anda tentu dah sendat

kerana dapat mengumpul duit kerana tidak merokok. Bagaimana

pula jika anda memajukan fatwa bahawa merokok itu

haram. Jangan terkejut kalau anda disanggah bahawa mati

lain-lain dan kubor pun lain-lain!!

Jarang yang menyedari apa punca seseorang itu begitu sukar

sekali untuk menghentikan tabiat merokoknya. Di bawah ini

diperturunkan penyebab utama kenapa seseorang itu sukar

untuk berhenti merokok:

1. Terpaksa melakukan pengorbanan. Sahabat

“kecil” yang menjadi sumber inspirasi, bahan

sokongan atau bahan keseronokan terpaksa

di ketepikan;

2. Cetusan gabungan mengenai persoalan - kita

tidak merokok untuk sebab-sebab kita patut

berhenti dengan mengelakkan kita daripada

bertanya kepada diri sendiri, sebab sebenar

kita hendak atau ingin merokok.

3. Mencari ketenangan yang sama seperti yang

dilalui bukan perokok sambil tidak mengalami

apa-apa kerugian.

Sebenarnya diantara

punca ketagihan merokok

yang tidak disedari oleh

perokok ialah:

1. Ketagihan; dan

2. “Brain-washing”

sambung Buletin Bulan Depan “6 Langkah Untuk Berhenti Merokok..”

BULETIN 54/ OKTOBER 2007 Mukasurat 8

2. Rakan Pembimbing JPM telah mengadakan

Konvensyen Rakan Pembimbing bagi tahun

2007 yang bertemakan ‘Peranan Rakan Pembimbing

Dalam Perlaksanaan Sistem Pengurusan

Berasaskan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan

Awam’ pada 4 September 2007 di Auditorium

Kompleks JPM.

Konvensyen ini bertujuan untuk memberikan

pendedahan kepada seluruh warga kerja di

bawah JPM yang terlibat dalam pengurusan

sumber manusia, pegawai-pegawai yang mengaplikasikan

kaunseling dan psikologi di tempat

kerja dengan berteraskan objektif tertentu.

Seramai 150 peserta telah menyertai Konvensyen

ini yang turut disertai oleh beberapa ahli

RP, Ahli AKRAM dan Pegawai Sumber Manusia

JPM.

OBJEKTIF KONVENSYEN

Memberi pendedahan mengenai scenario sebenar,

halangan dan cabaran serta kaedah

mengaplikasikan nilai-nilai positif dalam organisasi.

Mengenal pasti kaedah keberkesanan serta

pemahaman audit nilai dalam organisasi serta

kaedah pengukuran kejayaannya.

Memberi kemahiran dalam mengendalikan isuisu

berkaitan dengan nilai-nilai murni menggunakan

kaedah psikologi dan kaunseling.

Urusetia dan para peserta sibuk untuk mendaftar

diri.

Majlis Perasmian dirasmikan oleh En. Mohamed

Bin Murad selaku Penasihat Utama RP

JPM

Konvensyen berjalan dengan lancar dan dijayakan

oleh Rakan Pembimbing Sendiri

Para peserta memberi tumpuan penuh minat

mendengar penceramah memberi ucapan

Para peserta dan penceramah menjamu

selera setelah beberapa jam di dalam dewan

Para peserta tidak menjangka Y. Bhg. Dato’

Mustafa Maarof dijemput untuk menjayakan

Konvensyen ini

Majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah

Para peserta dan penceramah mengambil

gambar untuk dijadikan kenangan..Majlis dengan

ini berakhir dengan jayanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!