28.07.2014 Views

Kata Pengantar

Kata Pengantar

Kata Pengantar

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kata Pengantar

Dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Muzik

merupakan mata pelajaran di baw ah bidang perkembangan diri individu. Di samping

memperkembang unsur kesenian pada diri murid, sebagai satu mata pelajaran,

Pendidikan Muzik memberi ilmu pengetahuan dan membina kemahiran yang berkaitan

dengan estetik bunyi. Setelah mengikuti program pembelajaran, murid seharusnya

mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep dan terminologi yang

berkaitan dengan muzik. Di samping itu, murid harus berpeluang membina kemahiran

menyanyi dan ber main alat muzik supaya unsur seni dalam jiw a mereka dapat

berkembang.

Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hendaklah

menekankan pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran di samping

penerapan nilai-nilai murni. Untuk memastikan perkara ini berlaku, pengajaran dan

pelaksanaan kurikulum Pendidikan Muzik KBSR memerlukan guru-guru yang

berkeyakinan melaksanakan tugas mereka. Sebagai usaha untuk membantu guru

melaksanakan tugas dengan yakin, Pusat Perkembangan Kurikulum menghasilkan

Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR.

Adalah diharapkan buku sumber ini dimanfaatkan oleh guru-guru Pendidikan Muzik

KBSR, terutama sekali guru-guru bukan opsyen yang diber i tanggung jaw ab mengajar

mata pelajaran ini. Kandungan buku ini terdiri daripada fakta tentang elemen muzik,

teknik vokal dan instrumental, contoh rancangan mengajar dan skor-skor lagu untuk

latihan mur id. Semoga perkara-perkara tersebut dapat membantu guru melaksanakan

tugas dengan lebih ber kesan serta menjadi titik per mulaan untuk guru meneroka dan

meningkatkan lagi pengetahuan dan ketrampilan mereka dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Muzik.

Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran dalam usaha

menyempurnakan buku ini. Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ter ima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Dr. SHA RIFA H MAIMUNA H SYED ZI N

Pengarah

Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!