01.07.2014 Views

Melindungi Kata laluan anda - Securing the Human

Melindungi Kata laluan anda - Securing the Human

Melindungi Kata laluan anda - Securing the Human

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

OUCH! | Mei 2011

DALAM ISU KALI INI

• Kata laluan yang tegar tetapi mudah diingati

• Jangan kongsi kata laluan anda

• Menggunakan kata laluan dengan selamat

Melindungi Kata laluan anda

EDITOR JEMPUTAN

Eric Cole ialah editor jemputan untuk edisi Mei OUCH! kali

ini. Dr Cole ialah pengasas Secure Anchor Consulting,

telah menjadi Ketua Pegawai Teknologi untuk beberapa

organisasi besar dan merupakan felo kanan SANS Institute.

Dr Cole adalah seorang yang berminat dalam membantu

sesuatu organisasi dalam mengambil tindakan terbaik bagi

meningkatkan keselamatan organisasi mereka. Maklumat

lebih lanjut boleh di dapati di www.securityhaven.com.

PENGENALAN

Kata laluan adalah kunci untuk sebarang maklumat yang

anda miliki di dunia siber dan apabila digabungkan dengan

nama pengguna anda, ia menjadi satu kaedah yang paling

mudah bagi membuktikan identiti anda sama ada untuk

capaian masuk ke komputer anda, laman web atau

mengakses maklumat tersebut. Malangnya, kita selalu

mengambil sikap mudah dan sambil lewa dalam melindungi

kata laluan kita seperti menggunakan gabungan sederhana

seperti "123456", "password", "qwerty" atau "abc123".

Dalam sesetengah kes, penggunaan nama haiwan

kesayangan atau tarikh lahir juga popular, serta maklumat

yang mudah ditemui di internet, seperti Facebook. Jika

penggodam boleh mendapatkan akses kepada kata laluan

anda, mereka boleh mencuri identiti digital, mengakses

akaun bank, bahkan mengakses maklumat sulit organisasi

anda, yang boleh mendatangkan akibat yang besar. Satu

perkara penting yang perlu diingat, jika seseorang mencuri

kata laluan anda, anda bertanggung jawab terhadap apaapa

yang mereka lakukan! Bagi melindungi diri anda,

keluarga dan organisasi anda, mari kita belajar tentang

maklumat yang boleh digunakan untuk membina kata

laluan yang baik dan bagaimana menggunakannya dengan

selamat.

KATA LALUAN YANG TEGAR

Penjenayah siber telah membangunkan program-program

yang mampu untuk meneka atau mencuba berkali-kali kata

laluan secara automatik. Untuk melindungi diri, anda

memerlukan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh pihak

lain, tetapi pada masa yang sama mudah bagi anda untuk

mengingatinya.

Berikut adalah beberapa panduan yang kami syorkan untuk

membina kata laluan anda:-

• mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu

nombor.

• mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu

HURUF BESAR

• mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu simbol

Kami menyarankan kata laluan anda mestilah sekurangkurangnya

12 aksara panjangnya. Bagi laman web atau

maklumat yang sangat sulit, kami syorkan 15 aksara.

Semak dengan penyelia di organisasi anda untuk sebarang

polisi khusus yang mungkin telah ditetapkan oleh

organisasi berkenaan kata laluan.

Sepintas lalu, pendekatan ini mungkin dirasakan sangat

sulit. Namun, dengan menggunakan huruf pertama dari

setiap perkataan dalam sesuatu ayat, ia akan menjadi lebih

mudah untuk diingati.

© The SANS Institute 2011 http://www.securingthehuman.org

OUCH! | Mei 2011

Melindungi Kata Laluan anda

Misalnya, ayat di bawah ini mungkin sangat mudah untuk

diingati.

Anak ke 2 saya dilahirkan di Hospital Putrajaya pada

6.30 petang

Akan tetapi, kita boleh menggunakan ayat tersebut untuk

mencipta kata laluan seperti:

Kunci untuk melindungi kata

laluan anda adalah dengan

menggunakan kata laluan tegar

yang sukar diteka, jangan kongsi

dengan sesiapa dan berhati-hati

ketika anda menggunakannya.

Ak2sd@HP@6:30ptg

Apa yang kami lakukan hanyalah menggunakan huruf

pertama daripada setiap perkataan. Kami kemudian

menukarkan kepada beberapa HURUF BESAR. Selain itu

kami menukar kata "di" dengan simbol "@". Akhirnya kami

masukkan waktu di akhirannya. Ini adalah kata laluan yang

panjang, kompleks yang sangat sulit untuk diteka, tetapi

mudah diingat.

MELINDUNGI KATA LALUAN ANDA

Perlu diingatkan bahawa dengan memiliki kata laluan yang

tegar tidak mencukupi. Walaupun anda mempunyai kata

laluan yang paling kompleks di dunia, jika anda gagal untuk

mengambil langkah-langkah berikut juga boleh

menyebabkan kata laluan anda dicerobohi.

1. Jangan menjadi mangsa godam! Salah satu cara

yang paling biasa bagi penjenayah siber untuk mencuri

kata laluan anda adalah dengan menjangkiti komputer

anda dengan malware. Setelah dikompromi, penjenayah

akan memasang malware khusus pada komputer anda

yang merekodkan semua aktiviti pada papan kekunci,

termasuklah log masuk dan kata laluan untuk perbankan

internet. Apabila anda log masuk ke bank anda, maklumat

anda secara automatik akan dicuri, dan akan dihantar

kepada penjenayah siber. Seterusnya, mereka akan

mengakses akaun bank dengan menyamar seperti anda

dan mencuri semua wang yang anda miliki. Sebagai

langkah melindungi diri, pastikan komputer anda dilindungi

secara aktif, termasuk memastikan pengemaskinian antivirus

secara automatik dan terkini.

2. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang

berbeza untuk akaun yang berbeza. Sebagai contoh,

jangan sekali-kali menggunakan kata laluan yang sama

untuk akaun di tempat kerja atau bank dengan akaun

peribadi anda, seperti Facebook, YouTube atau Twitter.

Dengan cara ini jika salah satu kata laluan anda diceroboh,

akaun-akaun yang lain masih selamat.

3. Jangan berkongsi kata laluan anda dengan orang

lain, walaupun mereka ialah penyelia anda atau pegawai

© The SANS Institute 2011 http://www.securingthehuman.org

z

OUCH! | Mei 2011

Melindungi Kata Laluan anda

sokongan teknologi maklumat (IT). Ingatlah, kata laluan

adalah rahsia, jika orang lain mengetahui kata laluan anda,

ia tidak lagi selamat.

4. Jangan menggunakan komputer awam seperti di

hotel atau perpustakaan untuk log masuk ke akaun. Oleh

kerana sesiapa saja boleh menggunakan komputer ini dan

mereka mungkin dijangkiti atau sengaja menjangkiti

komputer tersebut dengan kod berbahaya yang merekod

semua penekanan butang di papan kekunci anda. Hanya

log masuk ke akaun kerja atau akaun peribadi di komputer

yang boleh dipercayai.

Anda boleh menggunakan komputer awam untuk

mendapatkan maklumat tidak sensitif seperti memeriksa

cuaca, status penerbangan anda, atau membaca berita.

Sekiranya anda tiada pilihan selain menggunakan

komputer awam untuk membuat transaksi atau menghantar

maklumat sensitif, anggaplah bahawa maklumat yang anda

masukkan telah dikompromi termasuk kata laluan anda.

Sentiasa pantau akaun-akaun yang telah diakses dan tukar

kata laluan sebaik sahaja anda mendapat capaian ke

komputer dan rangkaian yang boleh dipercayai.

5. Ada ketikanya, anda mempunyai terlalu banyak

kata laluan yang tidak mungkin anda dapat mengingati

semuanya, dan menyimpannya secara bertulis adalah satusatunya

pilihan yang ada. Jika anda menulisnya, pastikan

anda menyimpan semua kata laluan dalam simpanan yang

dikunci yang hanya anda dapat mengaksesnya, dan jangan

menyimpannya di pandangan umum. Pilihan lain adalah

dengan menyimpan kata laluan tersebut dalam aplikasi

yang boleh dienkripsi yang direka untuk menyimpan kata

laluan, seperti di telefon pintar anda atau komputer. Contoh

alat tersebut boleh didapati di,

http://preview.tinyurl.com/622v9m2 dan

http://preview.tinyurl.com/2p385o.

6. Berhati-hati terhadap laman web yang

menghendaki anda menjawab soalan-soalan peribadi.

Soalan-soalan ini selalunya akan digunakan jika anda lupa

kata laluan akaun anda dan perlu mencipta kata laluan

yang baru. Masalahnya adalah jawapan kepada

pertanyaan-pertanyaan tersebut selalunya mudah didapati

di Internet, seperti laman peribadi Facebook anda. Pastikan

bahawa jika anda menjawab soalan-soalan peribadi anda

hanya menggunakan maklumat yang tidak diketahui awam.

Jika laman web menyediakan pilihan reset kata laluan yang

lain, seperti mesej SMS ke telefon pintar, anda mungkin

ingin mempertimbangkan alternatif-alternatif ini.

7. Jika anda yakin kata laluan anda telah dicerobohi

atau mempunyai alasan untuk percaya bahawa ianya tidak

lagi rahsia, hubungi talian bantuan dan serta merta tukar

kata laluan menggunakan komputer yang anda percayai.

MAKLUMAT LANJUT

Langgani Surat Berita Bulanan berkenaan Keselamatan

OUCH!, capai arkib OUCH! dan dapatkan maklumat terkini

tentang penyelesaian Kesedaran Keselamatan SANS

dengan melawat kami di http://www.securingthehuman.org.

VERSI MALAYSIA

Perterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network

Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan

matlamat menjamin keselamatan maklumat,

kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di Malaysia.

Laman Web: http://www.skmm.gov.my/cybersecurity.

OUCH! diterbitkan oleh program "SANS Securing The Human" dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-­‐NC-­‐ND 3.0 license.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini selagi anda menyatakan sumber rujukan, tiada perubahan kepada

kandungan pengedaran dantidak digunakan untuk tujuan Mei komersil. 2011 Untuk penterjemahan atau maklumatlanjut, sila hubungi

ouch@securingthehuman.org.

Editor: Bill Wyman, Scrivens Walt, Hoffman Phil, Spitzner Lance, CarmenRuyle Hardy

© The SANS Institute 2011 http://www.securingthehuman.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!