01.07.2014 Views

Melupuskan Peranti Mudah Alih Anda dengan Selamat

Melupuskan Peranti Mudah Alih Anda dengan Selamat

Melupuskan Peranti Mudah Alih Anda dengan Selamat

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

OUCH! | May 2012

DALAM ISU KALI INI

• Kandungan yang Tersimpan

• Menghapuskan Kandungan

• Kad SIM / Kad SD

• Pilihan Lain SelainPelupusan

Melupuskan Peranti Mudah Alih Anda dengan

Selamat

EDITOR JEMPUTAN

Pasukan Ouch! mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Joshua Wright sebagai editor jemputan. Wright merupakan

seorang jurulatih kanan di SANS, dan merupakan

pengarang SANS wireless security course SEC617 dan

mobile device security course SEC575. Anda boleh

mengikuti perkembangan beliau di Twitter @joswr1ght atau

laman sesawang www.willhackforsushi.com.

PENGENALAN

Peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet terus

meningkat maju dan mengalami pembaharuan pada kadar

yang pantas. Oleh sebab itu, kebanyakan pengguna

menggantikan peranti mudah alih sekerap setiap 18 bulan.

Persoalannya, ‘Apakah yang anda lakukan dengan peranti

lama anda?’ Kebanyakan pengguna melupuskan peranti

mudah alih mereka sewenang-wenangnya tanpa berfikir

panjang terhadap semua data peribadi yang telah

terkumpul. Bagaimanapun, terdapat banyak data peribadi

yang terkandung di dalam peranti lama ini. Jika data dalam

peranti anda tidak dihapuskan dengan sempurna sebelum

pelupusan, informasi ini dapat diperolehi dengan mudah,

lantas mendedahkan organisasi dan diri anda kepada risiko

yang besar.

KANDUNGAN YANG TERSIMPAN

Peranti mudah alih menyimpan kandungan sensitif lebih

daripada yang anda sangkakan, mungkin juga lebih dari

komputer peribadi anda. Apabila anda melupuskan peranti,

anda mungkin mendedahkan maklumat seperti:

• Butiran kesemua yang ada dalam senarai alamat,

termasuk keluarga, teman dan rakan sekerja.

• Sejarah panggilan termasuk panggilan masuk,

keluar dan panggilan tidak dijawab.

• Pesanan teks atau log sesi bualan.

• Sejarah lokasi berdasarkan koordinat GPS atau

sejarah menara komunikasi.

• Sejarah pelayaran laman sesawang, cookies dan

cached pages.

• Gambar, video, rakaman audio dan emel peribadi.

• Kata laluan yang disimpan dan capaian ke akaun

peribadi, seperti akaun mel suara anda.

MENGHAPUSKAN KANDUNGAN

Sebelum anda mula memadam peranti mudah alih anda

dengan sempurna, pertimbangkan jika ada data yang ingin

anda buat salinan, seperti gambar, video atau maklumatmaklumat

lain. Anda tidak akan mendapat kembali

sebarang data setelah melakukan langkah di bawah.

Sebagai tambahan, jika ada sebarang peranti yang

dipinjamkan kepada anda oleh majikan, atau ada sebarang

maklumat organisasi anda di dalamnya, pastikan anda

menyemak dengan penyelia anda cara yang betul sebelum

memulakan langkah di bawah.

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

OUCH! | May 2012

Melupuskan Peranti Mudah Alih Anda dengan Selamat

Tindakan anda dengan hanya memadam data adalah tidak

cukup dan maklumat tersebut masih boleh didapati. Kami

menyarankan anda menggunakan fungsi ‘factory reset’

untuk memadam kesemua data di dalam peranti kepada

keadaan asal seperti anda mula-mula membelinya. Kami

mendapati fungsi factory reset merupakan cara terbaik

untuk memadam data dari peranti mudah alih anda. Lokasi

fungsi factory reset berlainan mengikut peranti; senarai di

bawah adalah langkah-langkah untuk beberapa peranti

popular.

• Peranti Apple iOS: Settings | General | Reset |

Erase All Content and Settings

• Peranti Android Devices: Settings | Privacy |

Factory Data Reset

• Telefon Windows: Settings | About | Reset Your

Phone

• Telefon BlackBerry: Options | Security Options |

Security Wipe

Jika anda masih tidak pasti bagaimana cara untuk

membuat factory reset, semak buku panduan atau laman

sesawang pengeluar. Satu lagi cara adalah dengan

membawa peranti mudah alih anda ke kedai di mana anda

membelinya dan mendapatkan bantuan daripada juruteknik

terlatih. Ingat, dengan hanya memadam data adalah tidak

cukup dan masih boleh didapati.

KAD SIM

Selain data yang tersimpan di dalam peranti, anda juga

perlu mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan dengan

kad SIM (Subscriber Identity Module) anda. Kebanyakan

peranti mudah alih mengguna pakai kad SIM untuk

mengenali anda dan maklumat akaun anda apabila anda

membuat dan menerima panggilan menggunakan

rangkaian mudah alih. Apabila anda melakukan factory

reset kepada peranti anda, kad SIM masih menyimpan

maklumat akaun anda. Jika anda menggunakan nombor

yang sama di dalam peranti yang baru, maklumkan kepada

jurujual untuk menukarkan kad SIM anda ke telefon baru

anda. Sebagai contoh jika peranti baru anda menggunakan

kad SIM yang berlainan saiz, simpan kad SIM lama anda

dan musnahkannya secara fizikal untuk mengelakkannya

daripada digunakan semula oleh orang lain.

KAD STORAN LUARAN

Sesetengah peranti mudah alih menggunakan kad storan

luaran SD(Secure Digital) untuk penyimpanan data

tambahan. Kad penyimpanan ini kebiasaannya

mengandungi gambar, aplikasi telefon pintar, dan

kandungan sensitif yang lain. Pastikan anda mengeluarkan

sebarang kad penyimpanan tambahan anda daripada

peranti mudah alih sebelum dilupuskan (untuk sesetengah

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

z

OUCH! | May 2012

Melupuskan Peranti Mudah Alih Anda dengan Selamat

peranti, kad SD mungkin tersembunyi di dalam ruang bateri

peranti anda). Kad ini selalunya boleh digunakan semula di

dalam peranti mudah alih yang baru, atau boleh digunakan

sebagai penyimpanan tambahan dengan komputer peribadi

anda dengan penyesuai USB. Jika anda tidak boleh

menggunakan semula kad SD anda, seperti kad SIM, kami

mengesyoran supaya anda memusnahkannya.

PILIHAN LAIN SELAIN PELUPUSAN

Selain daripada melupuskan peranti mudah alih anda, anda

patut mempertimbangkan untuk mengguna semula peranti

tersebut. Kebanyakan penyedia perkhidmatan menawarkan

diskaun untuk pembelian baru anda apabila anda mengitar

semula. Satu lagi cara adalah dengan mendermakan

peranti mudah alih kepada badan kebajikan pilihan anda.

Di bawah adalah beberapa tempat untuk anda kitar semula

atau menderma peranti mudah alih anda.

Kempen Kitar Semula Telefon, Jabatan Alam Sekitar

Malaysia

http://www.doe.gov.my/portal/my/education-awareness-onenvironment–public-and-industry/recycling-campaignmobile-phone-english-ver/

CRC –Community Recycle for Charity

http://www.crcbox.com.my/items-for-recycle.html

Nokia Recycling Malaysia

http://www.nokia.com/my-en/about-nokia/people-andplanet/sustainable-devices/recycling/recycling/

SUMBER

Sebahagian daripada pautan di bawah telah dipendekkan

supaya lebih mudah dibaca menggunakan servis TinyURL.

Bagi mengurangkan isu-isu keselamatan, Ouch! sentiasa

menggunakan ciri pratonton TinyURL, yang menunjukkan

anda destinasi pautan dan meminta kebenaran anda

sebelum meneruskan pelayaran.

Common Security Terms:

http://preview.tinyurl.com/6wkpae5

SANS Security Tip of the Day:

http://preview.tinyurl.com/6s2wrkp

MAKLUMAT LANJUT

Langgani Surat Berita Bulanan berkenaan Keselamatan

OUCH!, capai arkib OUCH! dan dapatkan maklumat terkini

tentang penyelesaian Kesedaran Keselamatan SANS

dengan melawat kami di http://www.securingthehuman.org.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Penterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network

Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan

matlamat menjamin keselamatan maklumat,

kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di Malaysia.

Laman Web: http://www.skmm.gov.my/cybersecurity.

Mei 2011s

OUCH! diterbitkan oleh program "SANS Securing The Human" dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-­‐NC-­‐ND 3.0 license.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini selagi anda menyatakan sumber rujukan, tiada perubahan kepada

kandungan pengedaran dan tidak digunakan untuk tujuan komersil. Untuk penterjemahan atau maklumat lanjut, sila hubungi

ouch@securingthehuman.org.

Editor: Bill Wyman, Scrivens Walt, Hoffman Phil, Spitzner Lance

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!