01.07.2014 Views

Mengemaskini Perisian Anda - Securing the Human

Mengemaskini Perisian Anda - Securing the Human

Mengemaskini Perisian Anda - Securing the Human

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

OUCH! | Ogos 2011

DALAM ISU KALI INI

• Pengenalan

• Sistem Operasi

• Aplikasi

• Pelayar Web Plugin

Mengemaskini Perisian Anda

EDITOR JEMPUTAN

Mike Poor ialah editor jemputan untuk edisi OUCH! kali ini.

Beliau adalah penganalisa keselamatan bagi firma

perundingan InGuardians Inc. (www.inguardians.com).

Mike juga adalah tenaga pengajar kanan di SANS Institute,

dan merupakan peneraju bagi salah satu kursus yang

utama di SANS iaitu: SEC503 Pengesanan Pencerobohan.

PENGENALAN

Bulan ini kita akan melihat mengapa pengemaskinian

sistem operasi, aplikasi, dan pelayar plug-in adalah penting

untuk mengekalkan privasi dan keselamatan anda. Kami

juga akan membantu anda mengenalpasti perisian aplikasi

dan teknik yang boleh membantu anda memastikan

perisian anda dikemaskini dan selamat. Kelemahan dalam

sistem komputer berlaku apabila sistem operasi atau

perisian anda mampu dieksploitasikan oleh penyerang

siber dan malangnya hampir setiap hari ada sahaja

kelemahan baru yang ditemui. Pembekal perisian, seperti

Microsoft dan Apple, sentiasa mengemaskini isu (atau

patch) secara tetap untuk memperbaiki kelemahankelemahan

ini. Hasilnya, mengemas kini sistem operasi dan

perisian anda adalah langkah utama untuk melindungi diri

anda.

SISTEM OPERASI

Komputer dan peranti mudah alih mempunyai sistem

operasi, yang merupakan perisian yang membolehkan

anda berinteraksi dengan sistem anda. Contoh sistem

operasi untuk komputer termasuk Microsoft Windows dan

Mac OS X. Sistem Operasi untuk peranti mudah alih

termasuk Apple IOS dan Android OS. Microsoft Windows,

yang merupakan sasaran paling utama dan paling diminati

oleh penyerang, telah memasukkan satu utiliti di dalam

sistemnya yang boleh berfungsi untuk menyemak dan

mengemas kini sistem anda secara automatik. Microsoft

Update, perisian yang wujud dalam semua sistem operasi

daripada Microsoft, meliputi bukan hanya setakat Windows

sahaja, tetapi juga perisian aplikasi Microsoft yang lain,

seperti Microsoft Office dan Internet Explorer. Mac OS X

daripada Apple juga mempunyai ciri pengemaskinian

automatik yang sama untuk OS X dan semua aplikasi

Apple.

Perlu diingatkan bahawa jika anda mempunyai perisian

yang membolehkan sistem operasi anda mengemaskini

aplikasinya secara automatik, komputer anda perlulah

berupaya untuk memuat turun dan mengemaskini secara

automatik, dan sesetengah pengemaskinian

memerlukannya untuk mematikan dan menghidupkan

semula sistem anda. Proses ini perlu untuk memastikan

pengemaskinian yang dilakukan berkesan ketika sistem

dihidupkan semula. Untuk pengemaskinian automatik yang

berkesan, kami cadangkan anda supaya menetapkan

sistem anda untuk menyemak pengemaskinian setiap hari.

Pilih masa dan hari yang sesuai untuk sistem anda

dihidupkan dan mempunyai sambungan kepada Internet

(bagi tujuan memuatturun pengemaskinian yang terbaru).

Sekiranya perlu, hidupkan semula komputer serta merta

bagi membolehkan pengemaskinian dijalankan. Anda juga

boleh menggunakan pengemaskinian dalam Microsoft

Windows dan Apple OS X untuk memeriksa dan

memasang kemas kini secara manual sekiranya teknik ini

lebih sesuai untuk anda.

iOS, iaitu sistem operasi untuk peranti mudah alih seperti

iPhone dan iPad, tidak mempunyai perisian

pengemaskinian automatik. Pengguna perlu menyemak

dan menggunakan pengemaskinian secara manual

menggunakan iTunes. Android 2.x mempunyai satu

© The SANS Institute 2011 http://www.securingthehuman.org

OUCH! | Ogos 2011

Mengemaskini Perisian Anda!

perisian pengemaskinian automatik yang meliputi keduadua

sistem operasi dan aplikasi yang dipasang. Ia

memerlukan anda untuk mengesahkan pengemaskinian

apabila ianya bersedia untuk mengemaskini.

PERISIAN APLIKASI

Aplikasi yang wujud dalam komputer atau peranti mudah

alih adalah aplikasi yang anda perolehi dengan memuat

turun atau pemasangan yang anda lakukan ketika

menggunakan sistem operasi anda. Kunci utama dalam

penjagaan komputer dan peranti mudah alih, adalah

dengan mengetahui aplikasi yang terdapat di dalam sistem

operasi anda, dan juga mengambil kira samada setiap

aplikasi itu mempunyai keupayaan untuk pengemaskinian

secara automatik atau tidak. Perlu diingatkan bahawa

semakin banyak aplikasi yang ada di dalam komputer

anda, lebih besar risiko bagi komputer anda mempunyai

lebih banyak kelemahan dari aplikasi-aplikasi yang

terdedah kepada bahaya. Setiap aplikasi yang tidak

dikemaskini, akan mempunyai kelemahan yang boleh

dieksploitasikan dan menyebabkan komputer anda

terdedah kepada bahaya. Jadi, ini merupakan alasan yang

sangat kukuh, untuk anda hanya memasang atau memuat

turun aplikasi yang perlu dan digunakan sahaja. Aplikasi

yang tidak digunakan perlulah di buang. Selain

mengurangkan risiko bahaya, ia juga mengurangkan

penggunaan ruang di dalam komputer anda.

Beberapa aplikasi yang kerap kita digunakan, seperti

Microsost Office, Adobe Acrobat Reader, dan Java

(selalunya digunakan dalam pelayar web) mempunyai

pengemaskinian secara automatik, tetapi kebanyakan

aplikasi lain adalah sebaliknya. Sekiranya berasa raguragu,

periksa laman web perisian yang anda gunakan untuk

menentukan apa yang anda perlu lakukan untuk

memastikan applikasi anda sentiasa dikemaskini.

Bagi memastikan semua aplikasi komputer sentiasa di

kemaskini boleh menjadi satu tugasan yang mencabar,

apatah lagi bila kita mempunyai kekangan masa dalam

kehidupan harian. Namun, ada cara untuk memastikan

anda tidak terlalu terikat dalam tugasan yang penting ini.

Salah satu perisian yang dapat membantu anda untuk

mencari kelemahan di dalam komputer anda ialah

“Personal Software Inspector” (PSI) dari Secunia. PSI

mampu untuk mengimbas komputer anda, mengenalpasti

aplikasi yang digunakan, memeriksa pengemaskinian yang

Memastikan sistem operasi,

aplikasi dan plugin pelayar web

sentiasa dikemaskini adalah

antara cara terbaik untuk kekal

selamat.

ada untuk aplikasi tersebut dan menyediakan pautan

kepada anda supaya anda boleh mengemaskini aplikasi

yang ada di dalam komputer anda bila perlu. Bagi sistem

operasi Apple OS X, tiada aplikasi yang wujud seperti PSI

ketika artikel ini ditulis.

Pengemaskinian secara automatik bagi aplikasi iOS seperti

iPad dan iPhone masih tidak ditawarkan buat masa ini.

Jadi, ianya menjadi tanggungjawab pengguna sendiri untuk

memuat turun pengemaskinian bagi sistem operasinya

secara manual melalui iTunes.

PELAYAR WEB PLUGIN

Akhir sekali, terdapat juga Plugin (biasanya juga dikenali

sebagai Add-on) untuk pelayar web seperti Internet

© The SANS Institute 2011 http://www.securingthehuman.org

z

OUCH! | Ogos 2011

Mengemaskini Perisian Anda

Explorer ataupun Firefox. Ini adalah aplikasi perisian kecil

yang meningkatkan fungsi pelayar web, seperti Adobe

Flash Player, Apple QuickTime dan Microsoft Silverlight.

Sejajar dengan perkembangan plugin sebagai satu aplikasi

yang semakin popular dalam aplikasi pelayar web, ianya

juga telah menjadi sasaran yang makin meningkat

popularitinya dikalangan penyerang siber kerana plugin

adalah sukar untuk dipastikan pengemaskiniannya.

Sekali lagi, kunci utama untuk melindungi diri anda adalah

dengan mengetahui jenis-jenis plugin yang anda muat

turun dan pengemaskiniannya. Kebanyakan pelayar web

memberikan anda keupayaan untuk melihat apa yang anda

muat turun dan versi semasa mereka. Beberapa plugin

yang popular juga mempunyai pengemaskinian secara

automatik.

Bagi memastikan plugin anda sentiasa dikemaskini, ianya

boleh mengambil masa yang agak lama dan memerlukan

anda untuk sentiasa memeriksa versi plugin. “Browser

Check”, aplikasi yang ditawarkan oleh Qualys adalah satu

perisian yang mudah digunakan, berasaskan perisian web

yang membantu anda untuk memeriksa plug-in yang telah

dipasang dan memastikan ianya sentiasa terkini.

Di samping itu, pelayar web yang popular seperti berikut

mempunyai perisian yang mampu untuk menyemak dan

mengemas kini plugin di dalam pelayar itu sendiri:

Mozilla menyediakan perisian yang berasaskan

web untuk pelayarnya, Firefox bagi mengesan plugin dan

menyediakan pautan pada aplikasi pengemaskinian.

http://preview.tinyurl.com/ylhbg7v

Chrome tidak mengaktifkan pengemaskinian plugin

secara automatik. Dengan mengklik Update plug-in di

pelayar Chrome, ia akan memuat turun plug in terus

daripada laman webnya supaya anda mendapat versi yang

terkini.

http://preview.tinyurl.com/444vc59

Safari menyediakan pengemaskinian plugin secara

automatik, tetapi ianya tidak diaktifkan secara terus. Untuk

mengaktifkannya, klik pada Preferences dan pilih

Extensions . Kemudian pilih Updates link pada

senarai yang ada dan pastikan anda klik pada kotak “Install

Updates Automatically”.

http://preview.tinyurl.com/3bou9z6

SUMBER

Pautan di dalam Surat Berita Bulanan ini telah dipendekkan

dengan menggunakan perkhidmatan TinyURL. Bagi

mengurangkan isu-isu keselamatan, OUCH! menggunakan

TinyURL yang membolehkan anda untuk melihat dahulu

kandungan laman web dan meminta kebenaran anda

sebelum melayarinya.

Windows Updating: http://preview.tinyurl.com/26glz4q

OS X Updating: http://preview.tinyurl.com/4qmuqs

iOS Updating: http://preview.tinyurl.com/55freg

Android Updating: http://preview.tinyurl.com/3ycw2zr

Secunia’s Personal Software Inspector (PSI):

http://preview.tinyurl.com/5wu6xo

Qualys’s Browser Check:

http://preview.tinyurl.com/3m9gjr5

MAKLUMAT LANJUT

Langgani Surat Berita Bulanan berkenaan Keselamatan

OUCH!, capai arkib OUCH! dan dapatkan maklumat terkini

tentang penyelesaian Kesedaran Keselamatan SANS

dengan melawat kami di http://www.securingthehuman.org.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Perterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network

Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan

matlamat menjamin keselamatan maklumat,

kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di Malaysia.

Laman Web: http://www.skmm.gov.my/cybersecurity.

OUCH! diterbitkan oleh program "SANS Securing The Human" dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-­‐NC-­‐ND 3.0 license.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini selagi anda menyatakan sumber rujukan, tiada perubahan kepada

kandungan pengedaran dantidak digunakan untuk tujuan Mei komersil. 2011 Untuk penterjemahan atau maklumatlanjut, sila hubungi

ouch@securingthehuman.org.

Editor: Bill Wyman, Scrivens Walt, Hoffman Phil, Spitzner Lance, CarmenRuyle Hardy

© The SANS Institute 2011 http://www.securingthehuman.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!