01.07.2014 Views

Metadata - Securing the Human

Metadata - Securing the Human

Metadata - Securing the Human

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

OUCH! | April 2012

DALAM ISU KALI INI

• Apakah Metadata?

• Megenalpasti & Mengeluarkan Metadata

• Melindungi Diri Anda

Metadata

EDITOR JEMPUTAN

James Tarala adalah editor jemputan untuk isu ini. Beliau

merupakan seorang Pengajar Kanan dengan Institut SANS

dan Perunding Utama Enclave Security

(www.enclavesecurity.com). Beliau juga banyak mengarang

kursus latihan SANS, termasuk SANS Audit 566:

Implementing and Auditing the Twenty Critical Security

Controls dan SANS Audit 407: Foundations of Auditing

Information Systems.

PENGENALAN

Setiap hari pengguna komputer berkongsi foto, dokumen,

hamparan, pembentangan, klip audio, dan lain-lain jenis fail

digital dengan orang di seluruh dunia. Apa yang anda

mungkin tidak sedar bahawa fail-fail ini mungkin

mengandungi maklumat peribadi atau sensitif mengenai

anda atau organisasi anda, maklumat dalam bentuk

metadata. Untuk membantu anda mengekalkan kedua-dua

privasi dan keselamatan anda, kami akan menjelaskan apa

itu metadata, bagaimana anda boleh mencari dan

mengeluarkannya, dan beberapa langkah yang boleh

diambil untuk melindungi diri anda.

APAKAH METADATA?

Metadata adalah data yang mendefinisikan atau

menerangkan satu lagi data. Metadata dengan sendirinya

tidak jahat, tetapi ia mungkin mendedahkan lebih lanjut

mengenai anda, organisasi anda, atau peranti anda.

Banyak peranti seperti komputer, kamera, atau telefon

pintar secara automatik membenamkan metadata dalam

mana-mana fail digital yang dicipta. Di samping itu,

kebanyakan program perisian atau format fail memasukan

ruang letak atau standard bagi jenis metadata tertentu.

Satu contoh yang biasa ialah Microsoft Word, yang secara

lazim, memasukkan maklumat tentang penulis, tarikh bila

dokumen itu telah dicipta dan sebarang komen atau

semakan yang direkodkan. Beberapa contoh metadata

termasuk:

● Tarikh dan masa penciptaan fail

● Alamat atau lokasi geografi di mana fail telah dicipta

● Nama anda, nama organisasi anda, nama atau alamat IP

komputer anda

● Nama-nama penyumbang kepada dokumen itu atau

komen yang mereka telah masukkan

● Jenis kamera yang anda gunakan dan tetapan apabila

gambar diambil

● Jenis peranti rakaman audio atau video yang anda

gunakan dan tetapan apabila rakaman telah diambil

● Buatan, model dan penyedia perkhidmatan telefon pintar

anda

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

OUCH! | April 2012

Metadata

MENGENAL PASTI DAN

MENGELUARKAN METADATA

Malangnya, bagi kebanyakan peranti dan perisian, adalah

tidak mudah untuk membuang metadata dari fail yang telah

mereka cipta atau edit. Banyak kali metadata direkodkan di

tempat-tempat yang tidak mudah untuk dicapai oleh

pengguna komputer biasa. Satu cara yang lazim untuk

melihat dan memadam metadata pada komputer Windows

untuk mana-mana fail anda bekerja adalah dengan klik

kanan pada fail tersebut, dan kemudian melihat

‘Properties’. Dari situ, anda juga boleh mengeluarkan

metadata dengan memilih tab ‘Details’, kemudian klik pada

‘Remove Properties and Personal Information’. Satu lagi

cara untuk melihat metadata adalah dengan membuka fail

dalam aplikasi khas. Sebagai contoh, perisian Mac OS X

‘Preview’ boleh menunjukkan kepada anda metadata

sesuatu gambar yang anda buka.

Beberapa aplikasi memasukkan alat khas untuk membuang

metadata. Sebagai contoh Microsoft Office 2007 dan 2010

mempunyai dengan alatan dalaman yang dipanggil

‘Document Inspector’, yang akan mengenal pasti metadata

dalam dokumen Office dan memberikan anda pilihan untuk

mengeluarkan sebahagian atau semua metadata.

Bagaimanapun Microsoft Office untuk Mac tidak

mempunyai alatan ini, sebaliknya ia memberi anda

keupayaan untuk mengeluarkan metadata dari dokumen

Office dengan pergi ke Preferences/Security/Privacy dan

memilih ‘Remove personal information from this file on

save’. Akhir sekali, terdapat pelbagai sumber terbuka dan

aplikasi komersial yang direka untuk mengenal pasti,

meminda atau mengeluarkan metadata dalam fail.

MELINDUNGI DIRI ANDA

Kebanyakan metadata ini dengan sendirinya tidak boleh

membawa kerosakan. Malah dengan bebasnya anda boleh

Metadata tidak mempunyai unsur

jahat, tetapi ia mungkin

mendedahkan lebih daripada

yang anda rancangkan. Semak

sebelum berkongsi fail digital

anda.

merekodkan metadata, seperti menanam nama anda di

imej untuk tujuan hak cipta. Bagaimanapun, apabila

berurusan terutamanya dengan maklumat yang sensitif

atau sulit, anda harus sedar yang anda menunjukkan

metadata kepada orang lain. Apabila anda mencipta satu

fail yang mengandungi metadata, tidak dapat diketahui

dimana ianya akan ditemui suatu hari nanti. Oleh itu,

beberapa amalan terbaik untuk berurusan dengan

metadata termasuk:

1. Pertimbangkan untuk menyimpan fail dalam format yang

tidak menyimpan atau mempunyai metadata yang sangat

terhad. Sebagai contoh, daripada berkongsi dokumen

Word, tukarkan dokumen itu ke dalam format fail .rtf atau

txt. Untuk imej, jangan gunakan JPEG sebaliknya gunakan

format fail PNG.

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

z

OUCH! | April 2012

Metadata

2. Pertimbangkan untuk menjalankan pembersih metadata,

seperti Document Inspector Microsoft Office atau alat-alat

perisian khas yang direka untuk mengenal pasti dan

mengeluarkan metatadata.

3. Semak preferences atau tetapan untuk apa-apa aplikasi

atau peranti yang anda gunakan. Anda mungkin boleh

menghadkan jumlah metadata yang disimpan dengan

menukar pilihan tatarajah lalai. Sebagai contoh, anda boleh

mematikan penjejakan lokasi geografi untuk kamera telefon

pintar anda.

4. Sebelum anda menghantar atau mengepos fail,

pertimbangkan kesan jika fail tersebut mengandungi

metadata. Hal ini terutama berlaku apabila menyiarkan fail

seperti gambar atau video ke laman rangkaian sosial di

Flickr, Twitter atau Facebook.

EXIF Metadata Explanation:

http://preview.tinyurl.com/775mbxc

Free Metadata Extraction Tool:

http://meta-extractor.sourceforge.net

or http://preview.tinyurl.com/aueb4

Disabling Geo-location for Smartphone Cameras

http://preview.tinyurl.com/3v4xznm

Common Security Terms:

http://preview.tinyurl.com/6wkpae5

SANS Security Tip of the Day:

http://preview.tinyurl.com/6s2wrkp

Dengan mengikuti langkah-langkah mudah, anda boleh

membantu untuk memastikan bahawa hanya maklumat

yang anda bercadang untuk berkongsi dengan orang lain

sebenarnya dikongsi. Data peribadi harus kekal peribadi.

SUMBER

Sebahagian daripada pautan dibawah telah dipendekkan

supaya lebih mudah dibaca menggunakan servis TinyURL.

Bagi mengurangkan isu-isu keselamatan, Ouch! sentiasa

menggunakan ciri pratonton TinyURL, yang menunjukkan

anda destinasi pautan dan meminta kebenaran anda

sebelum meneruskan pelayaran.

Document Inspector : http://preview.tinyurl.com/3996c2a

MAKLUMAT LANJUT

Langgani Surat Berita Bulanan berkenaan Keselamatan

OUCH!, capai arkib OUCH! dan dapatkan maklumat terkini

tentang penyelesaian Kesedaran Keselamatan SANS

dengan melawat kami di http://www.securingthehuman.org.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Penterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network

Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan

matlamat menjamin keselamatan maklumat,

kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di Malaysia.

Laman Web: http://www.skmm.gov.my/cybersecurity.

Mei 2011s

OUCH! diterbitkan oleh program "SANS Securing The Human" dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-­‐NC-­‐ND 3.0 license.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini selagi anda menyatakan sumber rujukan, tiada perubahan kepada

kandungan pengedaran dan tidak digunakan untuk tujuan komersil. Untuk penterjemahan atau maklumat lanjut, sila hubungi

ouch@securingthehuman.org.

Editor: Bill Wyman, Scrivens Walt, Hoffman Phil, Spitzner Lance

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!