01.07.2014 Views

Godam: Apa Langkah Seterusnya? - Securing the Human

Godam: Apa Langkah Seterusnya? - Securing the Human

Godam: Apa Langkah Seterusnya? - Securing the Human

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

OUCH! | September 2012

DALAM ISU KALI INI

• Akaun Anda

• Perati Anda

• Informasi Anda

Godam: Apa Langkah Seterusnya?

EDITOR JEMPUTAN

Chad Tilbury adalah editor jemputan pada keluaran kali ini.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas menyiasat jenayah

komputer dan juga pengarang bersama FOR408 Windows

Forensics dan FOR508 Advanced Forensics and Incident

Response di SANS Institute. Anda boleh mengikuti beliaun di

akaun Twitter @chadtilbury, ataupun blog beliau,

forensicmethods.com.

PENGENALAN

Walaupun pelbagai cara telah anda ambil untuk melindungi diri

dan informasi anda, masih ada kebarangkalian yang akaun

anda akan digodam. Seperti memandu kereta, tidak kira

betapa selamat, lambat-laun anda mungkin akan terlibat dalam

kemalangan. Bagaimanapun, anda masih boleh melindungi diri

anda, meskipun setelah akaun anda digodam. Lebih cepat

anda mengesan sesuatu insiden, lebih cepat anda bertindak,

maka lebih tinggi peluang untuk anda mengurangkan

kerosakan. Untuk membantu anda membuat persediaan, kita

akan membincangkan beberapa cara untuk mengenalpasti

sekiranya komputer, akaun, atau informasi anda telah dicuri,

dan bagaimana cara terbaik untuk bertindak. Untuk tindak

balas, kebanyakan nasihat kami merangkumi kehidupan

seharian. Jika anda mempunyai peranti yang digunakan untuk

bekerja, akaun pejabat, atau informasi pejabat yang digodam,

laporkan kejadian kepada meja bantuan organisasi atau

pasukan keselamatan dan ikuti arahan mereka.

AKAUN ANDA

Anda berkemungkinan mempunyai pelbagai akaun secara

dalam talian termasuk perbankan dalam talian, pembelian,

emel dan juga rangkaian sosial. Untuk menjaga

kesemuanya dan mengenalpasti sama ada ianya telah

digodam merupakan satu cabaran. Di sini ada beberapa

langkah untuk membantu anda mengenalpasti dan

bertindak terhadap akaun yang telah dikompromi.

Simptom:

• Anda tidak dapat lagi log masuk ke laman web

tersebut, walaupun anda menggunakan kata laluan

yang betul.

• Rakan-rakan dan rakan kerja anda menerima emel

dari anda – emel yang tidak pernah anda hantar.

• Seseorang mengepos mesej di halaman sosial

(seperti Facebook dan Twitter) dengan menyamar

sebagai anda.

• Seseorang membuat transaksi keluar wang dari

akaun dalam talian anda.

• Maklumat kenalan atau tetapan lain dalam akaun

dalam talian anda ditukar tanpa pengetahuan dan

persetujuan anda.

• Pengumuman secara terbuka oleh laman

sesawang atau penyedia perkhidmatan bahawa

mereka telah digodam dan akaun pengguna atau

kata laluan telah di kompromi.

Tindakan

• Jika anda masih boleh log masuk, tukar kata laluan

serta-merta. Pastikan anda menggunakan kata

laluan yang selamat.

• Jika anda gagal untuk log masuk, hubungi

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

OUCH! | September 2012

Godam: Apa Langkah Seterusnya?

penyedia khidmat atau laman tersebut segera.

Kebanyakan penyedia dalam talian mempunyai

kaedah untuk memaklumkan mereka bahawa

akaun anda telah digodam. Kaedah ini termasuk

borang dalam talian, alamat emel dan nombor

telefon untuk dihubungi.

• Selepas anda mendapat semula akses, semak

semula semua tetapan anda untuk memastikan

ianya tidak ditukar oleh penyerang.

• Pastikan anda menukar kata laluan untuk semua

akaun yang mempunyai kata laluan yang sama

PERANTI ANDA

Dengan kepelbagaian peranti mudah alih, kini banyak yang

perlu kita lindungi. Apabila penyerang mengawal peranti

anda, mereka mempunyai keupayaan untuk memintas

setiap tindakan anda di dalam peranti tersebut. Berikut

adalah beberapa langkah untuk membantu anda mengesan

dan mengambil tindakan kepada peranti yang telah

dijangkiti.

Simptom

• Komputer anda membawa anda ke laman-laman

sesawang yang tidak ingin anda lawati.

• Komputer anda menjalankan perisian yang tidak

pernah anda pasang.

• Anti-virus anda melaporkan fail yang telah

dijangkiti.

• Anti-virus dan kemaskini sistem tidak lagi

berfungsi.

• Peranti anda kerap kali terpadam dan tergantung.

• Telefon pintar anda membuat panggilan telefon

yang mahal atau membuat pembelian aplikasi

tanpa kebenaran anda.

Tindakan

• Lakukan imbasan penuh dengan aplikasi anti-virus

anda yang telah di kemaskini. Jika dikesan ada fail

yang dijangkiti, ikut langkah yang disyorkan. Anda

mungkin mahu mempertimbangkan untuk membuat

imbasan kali kedua secara atas talian.

• Jika keselamatan peranti anda tidak dapat

dipastikan oleh perisian keselamatan anda, atau

Lebih cepat anda

mengenalpasti sekiranya

anda telah dikompromi dan

lebih cepat anda bertindak

balas, maka lebih banyak

kerosakan anda boleh

kurangkan.

anda mahu memastikan ianya telah pulih

sepenuhnya, pertimbangkan untuk memasukkan

semula perisiannya atau melakukan tetapan

semula kilang secara penuh, masukkan semula

anti-virus versi yang terkini, dan dapatkan semula

data dari sokongan (adakah anda membuat

sokongan secara berkala terhadap data peribadi

anda?)

INFORMASI ANDA

Melindungi informasi anda, seperti Nombor Keselamatan

Sosial, sejarah perubatan, atau sejarah pembelian adalah

mencabar, kerana anda tidak mengawal data ini.

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

z

OUCH! | September 2012

Godam: Apa Langkah Seterusnya?

Sebaliknya, organisasi seperti penyedia penjagaan

kesihatan, syarikat kad kredit, atau sekolah anda

menyimpan dan menyenggara data ini. Ini adalah beberapa

langkah untuk membantu anda mengenalpasti jika data

anda dikompromi dan bagaimana untuk bertindak.

Simptom

• Penyedia perkhidmatan mengumumkan atau

memberitahu anda bahawa telah berlaku satu insiden

dimana data anda mungkin telah dikompromi, seperti

nombor kad kredit atau sejarah kesihatan anda.

• Caj yang tidak sah dalam kad kredit anda.

• Laporan kewangan anda menunjukan permohonan

pinjaman yang tidak anda ketahui.

• Insuran kesihatan anda membuat pemprosesan

tuntutan untuk rawatan yang tidak anda terima.

• Anda menerima surat untuk bayaran tertunggak untuk

akaun yang tidak pernah anda buka.

Tindakan

• Hubungi pemberi kad kredit anda dengan segera.

Arahkan mereka untuk membatalkan kad kredit

tersebut dan mengeluarkan kad yang baru untuk

anda. Ini adalah perkhidmatan percuma yang

sepatutnya disediakan oleh syarikat kad kredit

anda.

• Hubungi penyedia perkhidmatan anda. Sebagai

contoh, jika anda percaya ada penipuan terhadap

akaun insurans atau akaun bank, hubungi syarikat

insurans atau bank anda.

• Semasa setiap proses pemfailan, sentiasa catatkan

butiran perbualan dengan tarikh, masa, dan nama

orang yang anda bercakap. Simpan salinan suratmenyurat

bertulis dan gunakan mel yang diperakui

untuk menunjukkan bukti penghantaran.

Bagi mengurangkan isu-isu keselamatan, Ouch! sentiasa

menggunakan ciri pratonton TinyURL, yang menunjukkan

anda destinasi pautan dan meminta kebenaran anda

sebelum meneruskan pelayaran.

How I Got Hacked: http://preview.tinyurl.com/8q2jwsu

Free Online Security Scanners:

http://preview.tinyurl.com/9ky9s6w

Internet Crime Complaint Center:

http://www.ic3.gov/default.aspx

Identify Theft Resource Center:

http://www.idtheftcenter.org/

Facebook Hacked Page: www.facebook.com/help/hacked

Common Security Terms:

http://preview.tinyurl.com/6wkpae5http://preview.tinyurl.com

/6wkpae5

SANS Security Tip of the Day:

http://preview.tinyurl.com/6s2wrkp

MAKLUMAT LANJUT

Langgani Surat Berita Bulanan berkenaan Keselamatan

OUCH!, capai arkib OUCH! dan dapatkan maklumat terkini

tentang penyelesaian Kesedaran Keselamatan SANS

dengan melawat kami di http://www.securingthehuman.org.

VERSI BAHASA MALAYSIA

Penterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network

Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan

matlamat menjamin keselamatan maklumat,

kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di Malaysia.

Laman Web: http://www.skmm.gov.my/cybersecurity.

SUMBER

Sebahagian daripada pautan dibawah telah dipendekkan

supaya lebih mudah dibaca menggunakan servis TinyURL.

Mei 2011s

OUCH! diterbitkan oleh program "SANS Securing The Human" dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-­‐NC-­‐ND 3.0 license.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini selagi anda menyatakan sumber rujukan, tiada perubahan kepada

kandungan pengedaran dan tidak digunakan untuk tujuan komersil. Untuk penterjemahan atau maklumat lanjut, sila hubungi

ouch@securingthehuman.org.

Editor: Bill Wyman, Scrivens Walt, Hoffman Phil, Spitzner Lance

© The SANS Institute 2012 http://www.securingthehuman.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!