01.07.2014 Views

Kata Laluan - Securing the Human

Kata Laluan - Securing the Human

Kata Laluan - Securing the Human

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

OUCH! | May 2013

DALAM ISU KALI INI...

• Kata Laluan yang Kukuh: Frasa Laluan

• Menggunakan Kata Laluan dengan Selamat

• Sumber-sumber

Latar Belakang

Kata laluan adalah antara salah satu cara utama untuk

membuktikan siapa kita sebenarnya. Ia digunakan untuk

mengakses e-mel, menjalankan aktiviti perbankan dalam

talian, membeli barangan dan mengakses peranti seperti

komputer riba atau telefon pintar. Ini bermakna kata laluan

umpama kunci kepada dunia anda. Justeru, jika seseorang

memiliki atau mengetahui kata laluan anda, mereka boleh

mencuri identiti, membuat pindahan wang atau mengakses

semua maklumat peribadi anda. Kata laluan yang kukuh

Kata Laluan

Editor Jemputan

Raul Siles merupakan editor jemputan untuk isu OUCH!

kali ini. Raul merupakan pengasas dan penganalisis

keselamatan kanan di Taddong, dan beliau juga

merupakan pengarang SANS, pengajar dan seorang

yang minat tentang keselamatan.

adalah penting untuk memelihara identiti dan maklumat anda. Mari kita belajar bagaimana untuk mengukuhkan kata laluan kita

dan menggunakannya dengan selamat.

Kata Laluan Kukuh: Frasa Laluan

Penjenayah-penjenayah siber telah membangunkan aplikasi canggih yang membolehkan mereka meneka atau mentafsir kata

laluan anda menggunakan “brute force” atau secara keras. Inilah masalah utama yang kita hadapi kerana mereka sentiasa

memperbaiki usaha mereka. Ini bermakna mereka boleh mencuri kata laluan anda jika ianya lemah atau mudah diteka. Jangan

sesekali menggunakan maklumat umum sebagai kata laluan seperti tarikh lahir, nama haiwan peliharaan dan lain-lain lagi yang

mudah didapati melalui media sosial atau carian Google. Sebaliknya, cara yang terbaik untuk mencipta kata laluan kukuh adalah

dengan menggunakan kata laluan yang panjang. Lebih banyak bilangan aksara, lebih baik. Malah, bukan sahaja menggunakan

satu perkataan, gunakanlah beberapa patah perkataan – atau mungkin satu ayat yang lengkap. Kata laluan seperti ini dipanggil

frasa laluan dan ianya merupakan salah satu cara yang paling kukuh untuk digunakan. Berikut adalah salah satu contoh:

masa untuk kopi

Itu sahaja yang anda perlukan. Jika perlu, anda boleh membuat kata laluan yang lebih kukuh dengan menambah simbol, huruf

besar atau nombor, seperti yang anda lihat dalam contoh di bawah. Ini penting terutamanya apabila anda menggunakan laman

sesawang yang tidak membenarkan perkataan berganda atau ayat lengkap untuk kata laluan:

Masa untuk k0pi!

OUCH! | May 2013

Kata Laluan

Perhatikan bagaimana contoh ini menggunakan huruf besar.

Anda juga boleh menggantikan huruf dengan nombor atau

simbol seperti menggantikan huruf ‘a’ dengan simbol ‘@’

dan huruf ‘o’ dengan sifar, atau menggunakan tanda baca

lazim seperti tanda soal, titik noktah atau ruang kosong. Jika

laman sesawang atau aplikasi menghadkan bilangan aksara

yang boleh digunakan sebagai kata laluan, gunakanlah

semaksimum mungkin.

Menggunakan Kata Laluan dengan Selamat

Jika anda sudah menggunakan kata laluan yang kukuh,

anda masih perlu berhati-hati menggunakannya. Sia-sia

mempunyai kata laluan yang kukuh jika individu yang berniat

jahat dapat mencurinya atau membuat salinan.

1. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang berbeza

untuk setiap akaun. Sebagai contoh, elak menggunakan

kata laluan kerja atau perbankan, untuk akaun persendirian

seperti Facebook, Youtube atau Twitter. Melalui cara

begini, jika salah satu kata laluan anda digodam, akaun

Gunakan kata laluan yang kukuh,

sebaik-baiknya frasa laluan

yang dibina daripada beberapa

perkataan, dan pastikan anda

menggunakannya dengan selamat.

lain masih selamat. Jika anda mempunyai terlalu banyak kata laluan untuk diingat, cuba pertimbangkan untuk menggunakan

pengurus kata laluan. Ia adalah suatu program khas yang boleh anda gunakan dalam komputer atau peranti mudah alih

untuk menyimpan kata laluan dengan selamat. Satu-satunya kata laluan yang perlu anda ingat ialah yang terdapat pada

komputer dan program pengurus kata laluan anda. Jika kata laluan anda untuk kerja, semak dengan penyelia atau meja

bantuan untuk memastikan pengurus kata laluan dibenarkan di dalam organisasi anda.

2. Jangan sesekali berkongsi kata laluan dengan orang lain, termasuk rakan sekerja. Ingat, kata laluan adalah rahsia; jika kata

laluan anda diketahui orang lain, ianya sudah tidak lagi selamat. Jika anda dengan tidak sengaja berkongsi kata laluan anda

dengan orang lain atau mempercayai bahawa ianya telah dicuri atau dikompromi, pastikan anda menukarnya dengan sertamerta.

3. Jangan gunakan komputer awam seperti di hotel-hotel dan perpustakaan untuk masuk ke akaun kerja atau bank dalam

talian. Memandangkan sesiapa sahaja boleh menggunakan komputer ini, ia mungkin telah dijangkiti sejenis kod yang berniat

jahat yang boleh menyimpan semua kekunci yang ditekan. Hanya login ke akaun kerja atau bank dengan menggunakan

komputer atau peranti mudah alih yang anda kawal.

4. Hati-hati dengan laman sesawang yang memerlukan anda untuk menjawab soalan peribadi. Soalan-soalan ini digunakan

jika anda terlupa kata laluan dan perlu menetapkannya semula. Masalah timbul apabila jawapan kepada soalan-soalan ini

hampir pasti boleh ditemui di internet atau laman Facebook anda. Pastikan jika menjawab soalan peribadi, sila gunakan

OUCH! | May 2013

Kata Laluan

maklumat yang tidak boleh didapati dengan mudah atau maklumat yang anda cipta sendiri. Pengurus kata laluan boleh

membantu, kerana kebanyakannya membenarkan anda menyimpan maklumat tambahan.

5. Kebanyakan akaun dalam talian menawarkan apa yang digelar sebagai pengesahan dua faktor. Ini memerlukan lebih daripada

kata laluan untuk dimasuki, seperti kod yang dihantar kepada telefon pintar anda. Pilihan ini adalah lebih selamat berbanding

dengan hanya menggunakan kata laluan. Sentiasa gunakan kaedah pengesahan yang lebih kukuh bila ianya dibolehkan.

6. Peranti mudah alih biasanya memerlukan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) untuk mengawal akses. Sentiasa ingat bahawa

PIN merupakan satu bentuk kata laluan. Lebih panjang PIN anda, lebih selamat. Sebenarnya, kebanyakan peranti mudah alih

akan membenarkan anda untuk menukar PIN kepada kata laluan.

7. Akhir sekali, jika anda tidak lagi menggunakan sesuatu akaun, pastikan anda menutup, padam atau mematikannya.

Mari Belajar Lebih Lanjut!

Langganilah surat berita bulanan berkenaan Kesedaran Keselamatan Untuk Pengguna Komputer OUCH!, akseslah arkib

OUCH!, dan belajar lebih lanjut mengenai penyelesaian kesedaran keselamatan SANS dengan melayari laman sesawang kami di

http://www.securingthehuman.org

Penterjemahan oleh SNSC.

Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SKMM Network Security Centre- SNSC) beroperasi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) dengan matlamat menjamin keselamatan maklumat, kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian di

Malaysia. Laman Web: http://snsc.skmm.gov.my/.

Resources

Two-Step Verification:

Password Managers:

Password Strength:

http://www.google.com/landing/2step

http://www.freepasswordmanager.com

https://xkcd.com/936

Common Security Terms:

http://preview.tinyurl.com/6wkpae5

SANS Security Tip of the Day:

http://preview.tinyurl.com/6s2wrkp

OUCH! diterbitkan oleh program SANS “Securing The Human” dan diedarkan di bawah lesen Creative Commons BY-NC-ND 3.0.

Kebenaran diberikan untuk mengedarkan surat berita ini atau mengunakannya dalam mana mana program kesedaran selagi tiada

perubahan dibuat kepada kandungan asal.

Editor: Bill Wyman, Walt Scrivens, Phil Hoffman, Bob Rudis

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!