19.03.2014 Views

seminar merekayasa perpustakaan - USM Kampus Kesihatan

seminar merekayasa perpustakaan - USM Kampus Kesihatan

seminar merekayasa perpustakaan - USM Kampus Kesihatan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ISSN : 2229-8134 Jan-Jun 2010

Seminar Merekayasa Perpustakaan

Bagaimana anda Merekayasa Perpustakaan?

Adakah anda Kreatif dan Inovatif?

...laporan selanjutnya m/s 6

Menarik di dalam...

Starting early this year, Perpustakaan Hamdan Tahir is subscribing to a new

package of journals by Karger. Karger Journals was actually founded in

1890 in Berlin by Samuel Karger. The focus of the publication was on

medicine and science. The company soon enjoyed a reputation for high

technical production standards and published the works of eminent

scientists such as Herman Oppenheim and Sigmund Freud.

In 1960, Karger Libri, an International subscription agency and scientific

bookshop was founded. The electronic/online publication by Karger was

initiated by Steven Karger, the third generation of the Karger family.

Currently the Library subscribes to 80 titles on Medicine by Karger

Publication. The online journals can be accessed at the Library website by

clicking at the Subscribed Databases tab.

Users may view the list of titles by Karger at this link:

http://www.kck.usm.my/pustaka/pustaka2/inhouse/e-journal/pakej1-

karger.htm

Sidang Redaksi:

Penasihat

Engku Razifah Engku Chik

Ketua Pengarang

Nurul Azurah Mohd Roni

Wartawan

Nor Hairani Ab. Rashid

Jurugambar

Ahmad Syakiren Mazalan

Penyunting

Mohd. Afizull Ahmad

Kata –Kata Aluan 2

Peminjam Tertinggi &

Facts @ PHT Jan-Jun

2010

Peranan Pustakawan

Sebagai Penyelidik

Laporan: Seminar

Merekayasa Perpustakaan

Album Aktiviti 6-7

2

3

5

Berita Staf 8

Pemasaran & Edaran

Nik Mohd Yusri Nik Mohd Yusof

Reka bentuk Grafik

Abdul Hadi Mohammad

Alamat:

Perpustakaan Hamdan Tahir, USM Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Tel.: 09-7671470/1474, Fax: 09-7651823, e-mel: buletin_pht@kk.usm.my

SEKAPUR SIREH,SEULAS PINANG

ALUAN KETUA PENGARANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adab sopan dan tata tertib laksana permata yang sangat

dihargai dan dijaga. Walaupun zaman berubah, tidak ada alasan

untuk mengenepinya. Budi pekerti amalan terbaik dan disanjung

tinggi. Tingkah laku, peribadi dan ungkapan secara visual atau

penulisan perlu diserlahkan dengan cara mulia demi menjaga maruah

agama, bangsa dan nusa. Elakkan daripada tindak tanduk yang boleh

mencerminkan aspek negatif kerana kitalah pembina tamadunnya.

Ungkapan ‘mata pena lebih tajam daripada pedang’ membawa makna

yang dalam, langsung berhati-hatilah mengatur langkah. Jadikan

iktibar sebagai pengalaman yang berharga. Kegagalan atau

kelemahan harus diterima dan anggaplah ianya penting bagi

meneruskan kehidupan dan perjuangan.

Peribahasa Melayu - berhambakan tangan, bersaksikan mata,

berhakimkan ilmu.

Wassalam.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi

buletin I @ PHT bil. 1/2010 akhirnya dapat diterbitkan

walaupun sudah melebihi setengah tahun disebabkan

oleh kekangan masa dan penglibatan staf di dalam

program-program yang dilaksanakan oleh PHT.

Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua ahli

sidang redaksi yang tanpa mengenal jemu berusaha

menyiapkan majalah ini. Semoga majalah ini terus

menjadi bahan dokumentasi yang unggul sebagai

pemacu kegemilangan kepada semua warga PHT dan

dapat mencetus percambahan idea bagi santapan minda

ke arah yang lebih kreatif dan Inovatif.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua yang terlibat dalam

menjayakan penerbitan majalah ini.

Engku Razifah Engku Chik

Wassalam.

Timbalan Ketua Pustakawan

PEMINJAM TERTINGGI

FACTS @ PHT

Sumber: Sistem Bersepadu Dalam Talian Perpustakaan (SBDTP),

1 Jan—30 Jun 2010

2

PERANAN PUSTAKAWAN SEBAGAI PENYELIDIK

Nukilan: Noraida Hassan

Sebagai pustakawan yang bertugas di Perpustakaan, aspek latihan memang dititik

beratkan oleh jabatan bagi memantapkan mutu perkhidmatan jabatan. Pustakawan

bertanggungjawab untuk membantu dan menyokong golongan penyelidik lain dari segi

untuk mengakses bahan bacaan ilmiah yang terdapat di Perpustakaan. Sehubungan dengan

itu, pustakawan memerlukan latihan komprehensif berkaitan pencarian maklumat,

penulisan saintifik, citation styles, rekod bibliografi dan lain-lain yang berkaitan.

Sebagai sebuah jabatan yang beorientasikan perkhidmatan maklumat, pustakawan

tidak mempunyai banyak masalah untuk mendapatkan peruntukan daripada jabatan kerana

agenda penyelidikan telah menjadi matlamat utama. Perpustakaan sentiasa memberi

galakan kepada mereka yang menjalankan penyelidikan. Sekiranya peruntukan dari jabatan

tidak mencukupi, pustakawan boleh memohon untuk mendapatkan peruntukan dari

kumpulan wang bibliografi Perpustakaan. Situasi ini dengan sendirinya membuka peluang

yang lebih luas kepada pustakawan untuk menjalankan penyelidikan.

Di Perpustakaan, skim galakan penyelidikan ada diwujudkan sebagai insentif kepada

pustakawan untuk melaksanakan penyelidikan. Selain insentif berbentuk wang ringgit,

mereka juga dianugerahkan dengan pengiktirafan lain seperti pembentangan dalam

konferen atau seminar, penerbitan hasil kajian dalam jurnal kepustakawanan, pemarkahan

yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan dan lain-lain yang berkaitan. Kesemua insentif

yang diwujudkan ini akan lebih merancakkan aktiviti penyelidikan di kalangan pustakawan.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, perpustakaan adalah pusat ilmu di mana pelbagai

sumber informasi boleh didapati di situ. Dalam hal ini, pustakawan tidak mempunyai

masalah untuk mengakses semua sumber maklumat tersebut untuk memudahkan aktiviti

penyelidikan. Perkara ini sememangnya satu insentif kepada pustakawan supaya

mempergiatkan aktiviti penyelidikan. Selain daripada itu, kemudahan teknologi juga

sememangnya tersedia untuk pustakawan samada dari segi komputer, perisian, talian

internet dan sebagainya. Khidmat kepakaran juga mudah untuk didapati kerana

perpustakaan mempunyai rangkaian yang kukuh dengan jabatan lain di peringkat dalaman

dan luaran seperti Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Congress of Southeast Asean

Librarians (CONSAL) dan International Federation of Library Associations (IFLA).

Sememangnya, ramai dikalangan ahli PPM yang terlibat dengan penyelidikan berkaitan

kepustakawanan dan ini memberi kelebihan kepada pustakawan untuk mendapatkan

khidmat kepakaran.

Sokongan ketua jabatan dan teman sejawat juga amat diperlukan untuk memberikan

sokongan dari segi moral dan mentaliti. Dalam hal ini, ketua jabatan di Perpustakaan

sememangnya sentiasa memberi galakan dan mewajibkan aktiviti penyelidikan dilaksanakan

di Perpustakaan untuk memenuhi keperluan aktiviti kualiti, mengetahui tahap kepuasan

pelanggan, menyelesaikan masalah dan juga untuk menghadiri persidangan peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

Evidence-based Librarianship

Evidence based Librarianship atau dalam Bahasa Melayu

Kepustakawanan Berdasarkan Bukti adalah satu konsep baharu

dalam dunia penyelidikan berkaitan kepustakawanan.

Sambungan............m/s 4

3

EBL ini diadaptasi dari konsep yang diamalkan oleh penyelidik dalam bidang perubatan

yang dikenali sebagai Evidence-Based Medicine (EBM). EBL boleh ditakrifkan sebagai ” … an

approach to information science that promotes the collection, interpretation, and integration

of valid, important and applicable user-reported, librarian-observed, and research-derived

evidence. The best available evidence, moderated by user needs and preferences, is applied to

improve the quality of professional judgments” (Booth, 2000).

Menurut Versoza (2007), EBL adalah untuk menambah baik profesion kepustakawan

dengan bertanyakan soalan, hasil jumpaan, penilaian kritikal dan menggabungkan bukti

penyelidikan dari Sains Perpustakaan atau disiplin lain ke dalam kerja seharian. Bukti terbaik

yang diubahsuai dari keperluan pengguna akan digunakan untuk menambah baik kualiti

penilaian pustakawan dalam membuat sesuatu keputusan. Selain daripada itu, EBL juga akan

menggalakkan pustakawan untuk melaksanakan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang

berkualiti tinggi.

Dalam konteks ini, pustakawan mempunyai pelbagai pilihan dalam melaksanakan

penyelidikan sama ada menggunakan cara penyelidikan biasa atau menggunakan konsep EBL

yang lebih berkualiti dan tepat serta memenuhi kehendak organisasi dalam menambah baik

mutu perkhidmatan kepada pengguna. Walaupun konsep ini belum meluas di Malaysia tetapi

langkah awal telah pun bermula di Perpustakaan Hamdan Tahir di mana pelbagai latihan

berkaitan EBM dan EBL ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada pakar EBM dari pusat

pengajian dan dari luar negara.

Sebagai kesimpulan, semua pustakawan sememangnya boleh menjadi penyelidik yang

berwibawa sekiranya mempunyai komitmen dan menunjukkan minat yang mendalam.

Pelbagai galakan yang diberikan untuk membudayakan penyelidikan juga haruslah dijadikan

suntikan semangat dan motivasi agar penyelidikan dapat dijayakan sebaiknya. Mereka juga

perlu mengetahui bahawa dengan menjalankan penyelidikan, ini dapat meningkatkan kualiti

perkhidmatan, memupuk kemahiran serta pengetahuan tentang penyelidikan, mengangkat

martabat dan kegemilangan organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

A bookstore is one

of the only pieces

of evidence we

have that people

are still thinking.

-Jerry Seinfeld -

4

SEMINAR MEREKAYASA PERPUSTAKAAN

Dilaporkan oleh Nurul Azurah Mohd. Roni

Seminar Merekayasa Perpustakaan yang bertemakan Kreatif dan Inovatif telah

berlangsung di Hotel Grand RiverView, Kota Bharu pada 3-5 April 2010. Seminar ini adalah

anjuran kerjasama antara Perpustakaan Hamdan Tahir dan Unit Latihan, USM Kampus

Kesihatan. Objektif seminar adalah mengenalpasti kepentingan dan memperolehi teknik

pemikiran kreatif, meneroka cara-cara menilai dan mengaplikasi idea serta menerapkan

budaya inovasi dalam perpustakaan.

Seminar ini telah dihadiri oleh 65 orang peserta dari Perpustakaan Akademik,

Perpustakaan Awam, Perpustakaan Khusus dan organisasi-organisasi yang berkaitan

seluruh Malaysia. Lima kertas kerja telah dibentangkan sepanjang seminar berlangsung.

Seminar dimulai dengan Majlis Makan Malam dan ucaptama oleh Prof. Dato’ Dr. Sidek

Baba yang bertajuk Knowledge for the future. Keesokan hari, seminar dimulai dengan

sidang 1 oleh En. Khalid Ab. Wahid, Pensyarah UiTM Kampus Machang dengan kertas

kerja yang bertajuk: Konsep pemikiran kreatif dan kritis, sidang 2: Memperkasa minda ke

arah masyarakat sejahtera oleh Prof. Zalina Ismail, Penyelaras, Pusat Sains Kognitif

BRAINetwork dan sidang 3: Teknik kemahiran berfikir dan mengembangkan idea secara

cemerlang oleh Ust. Hasrizal Abd. Jamil, Pakar Motivasi. Hari terakhir seminar dipenuhi

dengan pembentangan kertas kerja pada sidang 4: Budaya inovatif dalam perkhidmatan

perpustakaan daripada Tn. Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar, Moderator RTM dan

sidang terakhir merupakan forum untuk percambahan idea dan perkongsian pendapat

tentang masa hadapan perpustakaan yang dipengerusikan oleh Prof. Halim Salleh

(Pensyarah, PPSP) dan ahli panel terdiri daripada Dr. Zahidi, Dato’ Zainol Rashid,

Tn. Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar dan Prof. Zalina Ismail .

Secara keseluruhannya seminar ini telah berjalan dengan lancar dan dapat menambah

ilmu pengetahuan peserta dalam memajukan bidang perpustakaan dan kepustakawanan.

Diharap maklumat yang diperolehi dapat dikongsi bersama bagi memantapkan

perkhidmatan organisasi.

Seminar Merekayasa Perpustakaan

‘Kreatif dan Inovatif’

3-5 April 2010

Hotel Grand Riverview, Kota Bharu

Kelantan

5

ALBUM AKTIVITI

MAJLIS MAULIDUR RASUL 2010

28 Februari 2010

Bilik Seminar, PHT

ICC TRAINING

(Q-LIB)

28 Jun 2010

Dewan Utama

GOTONG-ROYONG

TANAMAN ULAM

23 Mac 2010

Laman PHT

SUKAN DALAMAN

22 April 2010

Bah. Perkhidmatan

Media, PHT

6

ALBUM AKTIVITI

Penyampaian cenderamata,sijil

penghargaan Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang dan Cuti Sakit

Sifar 2008.

Lawatan daripada Staf

Perpustakaan, UiTM cawangan

Sarawak.

Hari Keluarga di Taman

Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.

7

STAF BAHARU

BERITA STAF

PENEMPATAN BAHARU

MOHD KHAIRUL AFIF AZMAN

Pembantu Am Pejabat (N1)

Bah. Rujukan & Penyelidikan

HERMAN HARIANTO CHE HARUN

Pustakawan (S41)

Bah. Proses Teknik

Anita Sulaiman

Pem. Setiausaha Pejabat N22 (KUP)

Bah. Pentadbiran & Perkhidmatan Sokongan

BAHAGIAN BAHARU: BAHAGIAN

PERHUBUNGAN PELANGGAN

Mulai 1 Mac 2010, satu bahagian

baharu telah diwujudkan di PHT iaitu

Bahagian Perhubungan Pelanggan.

Bahagian tersebut diketuai oleh

Puan Nurul Azurah Mohd Roni dan

dibantu oleh Cik Nor Hairani

Ab .Rashid dan Encik Mohd Afizull

Ahmad. Antara fungsi bahagian

tersebut ialah menyelaras latihan staf Perpustakaan,

mempromosikan kemudahan, perkhidmatan dan

aktiviti Perpustakaan dan juga mengendalikan

maklum balas pelanggan. Bahagian ini boleh

dihubungi melalui talian 09-7671449/1448 atau

emel : azurah@kk.usm.my.

ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG 2009

Pn. Rugayah Ali

Pustakawan Kanan (S48)

En. Khairul Nizam Talib

Pem. Perpustakaan (S17)

Pn. Nurul Azurah Mohd. Roni

Pustakawan (S41)

BERITA PERKAHWINAN

12 FEB 2010

KELAHIRAN CAHAYA MATA

Anak Lelaki Pertama Pn. Rabiatul Adawiah

HUSNAN BUDIN

NORHAYATI MAT ZAIN

AHMAD YAHYA BIN CHE HARUN

16 MEI 2010

NOR ERMA NORDIN

MOHD FAIZAL MUHAMAD SALLEH

11 JUN 2010

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!