02.03.2014 Views

Kembara PLUS - 2013 August

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PLUS BITS

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI:

PLUS Gesa Orang Ramai Patuhi Jadual Perjalanan TTA

Orang ramai digesa supaya merancang perjalanan balik kampung

mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan

jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’

Noorizah Hj Abd Hamid, “TTA memainkan peranan yang amat

penting dalam membantu orang ramai merancang perjalanan mereka.

Ini memandangkan sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangka akan

menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada cuti perayaan

Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan

sebanyak 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang

dicatatkan pada hari-hari biasa.”

Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut

masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan

bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri

Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan

mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza

tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

“Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya

Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos (bagi perjalanan balik kampung)

serta di antara 10 hingga 18 Ogos (bagi perjalanan balik ke Lembah

Klang). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih

jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir

dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya

lebih lewat,” tambah Noorizah.

Jadual TTA kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti

Hari Kemerdekaan iaitu di antara 30 Ogos hingga 1 September.

“Kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA oleh orang ramai

pada musim-musim perayaan yang lalu membuktikan keberkesanan

TTA di mana ia berjaya mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-

Selatan dan menjadikan perjalanan mereka lebih lancar, selamat dan

selesa. Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan

kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke

kampung dan kembali semula ke Lembah Klang, kerana keberkesanan

TTA bergantung kepada orang ramai,“ kata beliau.

PERSIAPAN PLUS HADAPI PERTAMBAHAN TRAFIK

Selain daripada mengeluarkan TTA, PLUS turut mengambil langkah-langkah berikut untuk membantu orang ramai menikmati

perjalanan yang lebih selamat, lancar dan selesa di lebuh raya pada musim perayaan ini:

Rebat tol

Pengguna lebuh raya (kenderaan Kelas 1) yang menggunakan sistem

pembayaran elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak

20% pada 5, 6, 14, 15 dan 31 Ogos. Ini untuk menggalakkan orang

ramai bergerak pada luar waktu puncak dan beralih kepada sistem

elektronik.

Kaunter Tol

Lebih daripada 1,500 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan

pembayaran tol (Kenaikan 50% berbanding hari biasa)

Kakitangan Tambahan

PLUS akan menempatkan lebih daripada 3,000 kakitangan di plazaplaza

tol (Kenaikan 40%)

PLUSRonda

Sebanyak 156 pasukan PLUSRonda akan dtugaskan membuat

rondaan 24-jam sehari di lebuh raya pada musim perayaan.

Jumlah rondaan juga akan ditingkatkan sebanyak 20 peratus.

Pusat Kawalan Trafik (TMC)

Menambah bilangan kakitangan di Pusat Kawalan Trafik. Beroperasi

24 jam sehari, pusat ini menerima panggilan bantuan daripada orang

ramai dan memantau pergerakan trafik melalui talian bantuan

PLUSLine 1800-88-0000 dan telefon kecemasan.

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh

raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000,

laman Twitter di

www.twitter.com/plustrafik, papan tanda elektronik (Variable

Message Sign) dan laporan trafik oleh stesen radio utama negara.

Pasukan Bantuan Kecemasan

432 anggota pasukan Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, St

John Ambulance dan Persatuan Bulan Sabit Merah bersedia di

12 lokasi strategik 24-jam sehari. Penambahan baru penglibatan

perkhidmatan ambulans dari pihak Angkatan Tentera Malaysia.

Anggota RELA

800 anggota RELA ditempatkan di plaza tol, kawasan rehat dan

hentian sebelah.

Laluan Kontra

Laluan Kontra akan diaktifkan (bergantung pada keadaan trafik

semasa) di KM366.6 sehingga KM371.7 Arah Selatan (Sungkai – Slim

River), KM286.0 sehingga KM281.2 Arah Selatan (Putra Mahkota –

Nilai), KM269.6 sehingga KM261.1 Arah Selatan (Nilai – Seremban)

dan KM255.1 sehingga KM267.0 Arah Utara (Senawang – Nilai).

Kerja-kerja Penyelenggaraan / Naik Taraf

Atau Pembinaan

Dihentikan sementara pada 2-19 Ogos & 31 Ogos-1 September.

11 KEMBARA PLUS OGOS 2013

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!