02.03.2014 Views

Kembara PLUS - 2013 August

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TRAVEL\

Berlibur di

PARIS VAN

Destinasi kali ini paling menarik buat kaki “Shopping”. Anda

pasti teruja dengan Syurga membeli belah yang ada di

sini. Apa yang ditawarkan di sini bermula dari kualiti yang

sederhana hinggalah kualiti yang bertaraf antarabangsa.

Menarik hati ramai pelancong dari seluruh Asia dan dari

Malaysia am nya untuk berkunjung ke sini.

JAVA

Sebut sahaja Bandung, pasti

terbayang deretan Factory

Outlet dengan rangkaian

jenama popular dan eksklusif

dari serata dunia. Sesuai dengan

gelaran ‘Paris Van Java’, kota Bandung

adalah kota fesyen untuk rantau ini.

Penerbangan dari KLIA mahupun

LCCT ke Bandung hanya memakan

masa satu setengah hingga dua jam,

menjadikan Bandung destinasi pilihan

untuk kaki-kaki shopping dari negara

ini. Ditambah pula dengan udara segar

dan suhu persekitaran yang agak dingin,

Bandung amat sesuai untuk berlibur

dan membeli-belah.

Destinasi Menarik: :-

• Factory Outlet – Bandung amat popular dengan Factory Outlet (FO). Terdapat lebih daripada 40 di

sekitar kota ini. Dari seluar jeans hingga ke pakaian berjenama antabangsa, semuanya ada di sini. Harga

amat murah!

• Pasar Baru – Destinasi popular untuk golongan wanita. Dari tudung, jubah, telekung hingga ke beg tangan,

semuanya boleh diperolehi. Mungkin memerlukan sehari suntuk untuk ‘menjelajah’ keseluruhan Pasar Baru.

• Tangkuban Perahu - Lawatan ke Bandung tidak lengkap tanpa ke Tangkuban Perahu, gunung berapi yang

masih aktif yang menjadi destinasi pelancongan popular di sini.

• Toko Tiga – Bagi peminat-peminat jeans Levi’s dan lain-lain.

• Pasar Kosambi – Untuk mendapatkan ole-ole Bandung seperti Kacang Bandung, pisang salai dan lain-lain

dengan harga pukal.

• Trans Studio Bandung – Jawapan kepada Universal Studios Singapore, tetapi lebih murah.

Tips :-

• Tempoh lawatan paling sesuai ke Bandung adalah selama 4 hari, 3 malam. Ini membolehkan kunjungan anda benar-benar

berbaloi dan berpeluang mengunjungi semua FO yang ada.

• Hotel – Tidak perlu menginap di hotel 5 bintang di sini kerana masa anda akan dihabiskan di luar. Sewa sahaja hotel-hotel yang

murah tetapi mempunyai kelengkapan yang selesa.

• Dapatkan perkhidmatan supir (pemandu). Dengan bayaran kira-kira Rp400,000 sehari (kira-kira RM120) anda bebas

pergi ke mana saja dengan bantuan pak supir.

• Anda harus mencuba Sate Kambing (tetapi awas! Hormati had kemampuan anda)

• Tidak perlu membawa banyak pakaian ke Bandung. Beli sahaja di sana. Lebih murah dan berjenama dan berkualiti.

• Elakkan ke Pasar Baru pada hujung minggu. Pasti macet!

• Bawa wang lebih.

9 KEMBARA PLUS OGOS 2013 10 KEMBARA PLUS OGOS 2013

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!