12.11.2013 Views

2012 - Soal Jawab Mengenai Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

SOAL JAWAB MENGENAI

PASUKAN PENGUATKUASA KEMPEN PILIHAN RAYA (PP-KPR)

PENDAHULUAN

Apakah yang dimaksudkan dengan PP- KPR?

• PP-KPR adalah singkatan bagi Pasukan Penguat Kuasa Kempen

Pilihan Raya. Pasukan ini ditubuhkan di bawah seksyen 27B Akta

Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] oleh SPR bagi maksud

memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh rasmi

berkempen sehingga tamat hari mengundi bagi memastikan

undang-undang pilihan raya dipatuhi.

Siapakah keanggotaan dalam PP-KPR?

• Pasukan PP-KPR terdiri daripada Ketua PP-KPR (pegawai yang

dilantik oleh SPR), Wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekurangkurangnya

berpangkat Inspektor, Wakil pihak berkuasa tempatan

(PBT) dan wakil calon/parti yang bertanding.

Apakah akta membenarkan penubuhan PP-KPR?

• PP-KPR ditubuhkan mengikut Bahagian IVA Akta 5 yang mula

berkuat kuasa pada 15 Disember 2003.

Apakah peranan dan tanggungjawab PP-KPR di bawah seksyen 27E

Akta 5?

• Membuat rondaan dan memantau aktiviti berkempen oleh caloncalon

atau ejen pilihan raya dalam bahagian pilihan raya berkenaan

2

untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang berhubung

dengan pilihan raya;

• Menurunkan apa-apa bahan kempen dalam kawasan kawalannya

yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang

ditetapkan berhubung dengan pilihan raya;

• Memberhentikan syarahan awam terbuka yang diadakan dalam

kawasan kawalannya yang tidak mematuhi undang-undang

berhubung dengan pilihan raya dan boleh menahan atas bantuan

pegawai polis mana-mana orang yang tidak mematuhi undangundang

itu;

• Mengawal dan menyelaras penguatkuasaan perundangan

berhubungan dengan aktiviti kempen pilihan raya yang dinyatakan

dalam undang-undang berhubung dengan pilihan raya dalam

kawasan kawalannya.

Apakah bentuk aktiviti kempen yang tidak termasuk secara jelas

dalam bidang kuasa PP- KPR?

Antaranya seperti yang berikut:

• Pengedaran video CD atau audio CD yang berkaitan kempen

pilihan raya;

• Berkempen melalui tayangan filem/ video kepada orang awam;

• Berkempen melalui pemasangan alat rakaman suara (audio/

visual);

• Berkempen melalui media cetak dan media elektronik seperti surat

khabar/risalah/radio/TV/SMS;

• Berkempen melalui tayangan filem di depan orang ramai; dan

• Berkempen melalui alat elektronik billboard.

3

Apakah etika yang perlu dipatuhi oleh PP-KPR ketika menjalankan

tugas?

• Menjalankan penguatkuasaan dengan mematuhi undang-undang

dan peraturan-peraturan yang ditetapkan;

• Mematuhi keputusan dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR dari

masa ke semasa;

• Mendapatkan nasihat dari Pengarah Pilihan Raya Negeri, jika perlu;

• Tidak sekali-kali menerima arahan daripada mana-mana pihak

selain SPR;

• Bersikap adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan

raya;

• Sentiasa mengamalkan sikap jujur dan berkecuali; dan

• Menjaga imej dan nama baik SPR.

Di manakah had kawasan kawalan PP-KPR?

• Had Kawasan Kawalan PP-KPR ialah dalam bahagian Pilihan Raya

di mana pasukan berkenaan ditubuhkan.

Berapa lamakah tempoh penugasan sesuatu pasukan PP-KPR?

• Tempoh penugasan PP-KPR adalah sepanjang tempoh berkempen

bermula dari pengumuman pencalonan oleh Pegawai Pengurus

Pilihan Raya pada Hari Penamaan Calon hingga sepanjang Hari

Mengundi apabila pegawai pengurus mengisytiharkan keputusan

pilihan raya.

4

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Tempoh Berkempen’?

• Tempoh rasmi berkempen bermula dari masa Pegawai Pengurus

mengisytiharkan bahawa sesuatu pengundian akan dijalankan

dalam bahagian pilihan raya yang berkenaan dan berakhir pada

pukul dua belas tengah malam sebelum Hari Mengundi

(Subseksyen 2 (1) Akta 5).

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Hari Mengundi’?

• Hari Mengundi ialah suatu tarikh yang ditetapkan dalam Notis yang

disiarkan dalam Warta sebagai hari pengundian, manakala waktu

pengundian ialah bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5

petang atau apa-apa waktu yang lebih awal seperti yang dinyatakan

di dalam warta oleh SPR.

KESALAHAN-KESALAHAN LAZIM DILAKUKAN SEPANJANG TEMPOH

RASMI KEMPEN PILIHAN RAYA

PEMASANGAN DAN PENGEDARAN BAHAN KEMPEN TIDAK

MEMPUNYAI PERMIT DARIPADA PENGARAH PILIHAN RAYA

NEGERI

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR sekiranya

berlaku pelanggaran undang-undang bersabit kesalahan di bawah

subseksyen 24B (4) Akta 5 iaitu bahan – bahan kempen yang tidak

mempunyai permit?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta bagi menentukan tindakan

yang perlu diambil;

5

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu terhadap bahan

kempen yang tiada permit;

• Mengeluarkan notis kepada parti terlibat;

• Memaklumkan kepada wakil calon parti mengenai notis dikeluarkan

berhubung pemasangan bahan kempen tiada permit;

• Mengambil gambar bahan-bahan kempen berkenaan sebagai

bahan bukti;

• Ketua PP-KPR membuat laporan polis bersabit tindakan

menurunkan bahan kempen tersebut;

• Jika melibatkan keselamatan, Ketua PP-KPR perlu meminta Wakil

Polis mendapatkan bantuan balai polis berdekatan bagi mengawal

keselamatan; dan

• Menyediakan laporan harian sebagai rekod dan maklumkan kepada

pegawai pengurus.

Apakah perkara yang perlu diambil perhatian oleh Wakil Calon Parti

Politik semasa berhadapan dengan kesalahan bahan kempen yang

tidak mempunyai permit?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan berikan kerjasama

untuk mematuhi arahan tersebut;

• Hubungi Ejen Pilihan Raya atau pegawai parti yang

bertanggungjawab untuk tindakan menurunkan bahan kempen

tersebut;

• Membantu PP-KPR memastikan arahan menurunkan bahan

kempen berkenaan dilaksanakan;

• Mengambil dan menyimpan bahan kempen berkenaan apabila

diturunkan; dan

6

• Maklumkan kepada Ketua PP-KPR apabila arahan dan keputusan

PP-KPR telah diambil tindakan.

Apakah peranan Wakil PBT apabila berhadapan dengan kesalahan

bahan kempen yang tidak mempunyai permit?

• Menerima notis daripada Ketua PP- KPR dan beri kerjasama patuhi

arahan tersebut;

• Menghubungi pegawai bertanggungjawab tentang hal ehwal bahan

kempen di pejabat PBT untuk pastikan bahan kempen yang

melanggar peraturan diturunkan sekiranya Wakil Parti tidak

mengambil tindakan yang sepatutnya;

• Minta PBT bawa peralatan sesuai;

• Ambil gambar bahan kempen berkenaan sebagai bahan bukti; dan

• Minta bahan kempen disimpan selepas diturunkan;

Apakah tindakan dan peranan wakil PDRM ketika berhadapan

dengan kesalahan bahan kempen yang tidak mempunyai permit?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Menghubungi balai polis berdekatan untuk minta bantuan bagi

mengawal keselamatan semasa tindakan menurunkan bahan

kempen dilakukan;

• Menahan mana-mana penyokong parti yang bertindak agresif

ketika bahan kempen diturunkan;

• Membuat laporan polis sekiranya siasatan lanjut diperlukan; dan

7

• Sentiasa mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakantindakan

yang telah diambil untuk dimaklumkan kepada Ketua PP-

KPR.

KESALAHAN BERKAITAN BAHAN KEMPEN

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

bahan-bahan kempen yang melanggar undang-undang di bawah

Subseksyen 4A (1) Akta 5 kerana mengembangkan perasaan jahat

atau permusuhan?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil;

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil;

• Mengeluarkan notis kepada parti terbabit supaya menurunkan

bahan kempen tersebut itu;

• Memaklumkan wakil parti mengenai notis yang dikeluarkan;

• Jika parti tidak bertindak menurunkan bahan kempen yang

melanggar undang-undang,Wakil PBT hendaklah meminta anggota

bertugas PBT menurunkan bahan tersebut;

• Ambil gambar kesalahan sebagai bahan bukti;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut; dan

• Jika melibatkan keselamatan, Ketua PP-KPR perlu meminta Wakil

Polis mendapatkan bantuan Balai Polis berdekatan bagi mengawal

keselamatan.

8

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Wakil Parti Politik dalam

PP-KPR semasa menangani bahan kempen yang melanggar

peraturan kerana mengembangkan perasaan jahat atau

permusuhan?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Hubungi Ejen Pilihan Raya atau pegawai parti yang

bertanggungjawab untuk tindakan menurunkan bahan kempen

tersebut;

• Memastikan supaya bahan kempen berkenaan diturunkan dan

selepas ia diturunkan minta bahan kempen itu disimpan atau

dihapuskan; dan

• Memaklumkan Ketua PP-KPR berhubung tindakan yang telah

diambil oleh parti politik.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Wakil PBT dalam PP-KPR

semasa berhadapan dengan pelanggaran undang-undang bahan

kempen yang mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan patuhi arahan

tersebut;

• Menghubungi pegawai PBT bertanggungjawab mengenai hal ehwal

kempen untuk menurunkan bahan kempen;

• Meminta PBT bawa bersama peralatan yang sesuai bagi

menurunkan bahan kempen sekiranya Wakil Parti tidak mengambil

tindakan yang sepatutnya;

• Mengambil gambar bahan-bahan kempen jika diarahkan oleh Ketua

PP-KPR; dan

9

• Mengarahkan bahan kempen disimpan atau dimusnahkan.

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM ketika

berhadapan dengan kesalahan bahan kempen yang boleh

mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Menghubungi pegawai polis berdekatan bagi meminta bantuan

anggota polis untuk mengawal keselamatan semasa tindakan

menurunkan bahan kempen;

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis yang telah dibuat

untuk rekod PP- KPR;

• Menahan (jika perlu) mana-mana orang yang bertindak agresif

ketika bahan kempen yang melanggar undang-undang diturunkan;

dan

• Sentiasa mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan yang

telah diambil.

CERAMAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

ceramah yang melanggar undang-undang di bawah subseksyen

4A(1) Akta 5 kerana mengembangkan perasaan jahat atau

permusuhan?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil dengan keputusan bersama ;

10

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap

aktiviti ceramah yang mengembangkan perasaan jahat atau

permusuhan;

• Mengeluarkan notis kepada parti terbabit;

• Memaklumkan wakil calon/parti mengenai notis yang dikeluarkan

berhubung perlanggaran ceramah dan keputusan yang dibuat;

• Jika penceramah parti politik enggan memberhentikan ceramah,

Ketua PP-KPR akan meminta bantuan Wakil PDRM dengan

bantuan anggota polis untuk mengambil tindakan

memberhentikannya;

• Jika tindakan tersebut menjejaskan keselamatan, Ketua PP-KPR

akan meminta Wakil Polis mendapatkan bantuan daripada balai

polis berdekatan untuk mengawal keselamatan;

• Ambil gambar tempat dan keadaan di setiap lokasi kesalahan

sebagai bahan bukti ;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut; dan

• Menyediakan laporan harian untuk dimaklumkan kepada pegawai

pengurus.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Wakil Parti Politik dalam

PP-KPR semasa menangani ceramah yang melanggar undangundang

subseksyen 4A(1) Akta 5 iaitu mengembangkan perasaan

jahat atau permusuhan?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan patuhi arahan

tersebut;

• Hubungi Ejen Pilihan Raya atau pegawai parti yang

bertanggungjawab untuk memberhentikan ceramah tersebut; dan

11

• Memaklumkan Ketua PP-KPR berhubung tindakan yang telah

diambil oleh parti politik mengenai ceramah yang mengembangkan

perasaan jahat dan permusuhan.

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM ketika

berhadapan dengan kesalahan ceramah yang boleh

mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan patuhi arahan

tersebut;

• Menghubungi pegawai polis berdekatan bagi meminta bantuan

anggota untuk mengawal keselamatan semasa tindakan

memberhentikan ceramah;

• Menahan (jika perlu) penceramah atau mana-mana orang yang

bertindak agresif ketika ceramah diberhentikan;

• Sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung tindakan yang

telah dibuat untuk dimaklumkan kepada Ketua PP-KPR dan

seterusnya SPR; dan

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis untuk rekod PP-

KPR.

MEMBUKA PEJABAT ATAU BARONG PADA HARI MENGUNDI.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

kesalahan di bawah perenggan 26(1)(c) Akta 5 kerana membuka,

menubuhkan atau menyenggarakan pejabat atau barong pada hari

mengundi?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil;

12

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap

pembukaan, penubuhan atau penyenggaraan pejabat atau barung

pada hari mengundi;

• Mengeluarkan notis kepada calon/parti yang terbabit mengenai

pelanggaran perenggan 26(1)(c) Akta 5;

• Memaklumkan wakil parti mengenai notis yang dikeluarkan

berhubung pelanggaran itu agar pejabat atau barung yang dibuka,

ditubuhkan atau disenggarakan pada hari mengundi supaya

dirobohkan;

• Jika parti enggan merobohkan pejabat atau barong berkenaan,

Ketua PP-KPR perlu meminta Wakil PBT agar melaksanakan

arahan merobohkan pejabat atau barung;

• Jika tindakan tersebut menjejaskan keselamatan, Ketua PP-KPR

perlu meminta Wakil Polis mendapatkan bantuan daripada balai

polis berdekatan untuk mengawal keselamatan;

• Ambil gambar fakta-fakta kesalahan sebagai bahan bukti;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut; dan

• Menyediakan laporan harian untuk dimaklumkan kepada Pegawai

Pengurus Pilihan Raya.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Wakil Calon/ Parti

Politik yang bertanding dalam PP-KPR terhadap kesalahan di

bawah perenggan 26(1)(c) Akta 5 kerana membuka, menubuhkan

atau menyenggarakan pejabat atau barung pada hari mengundi?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

13

• Hubungi ejen pilihan raya atau pegawai parti yang

bertanggungjawab supaya mengambil tindakan untuk merobohkan

pejabat atau barung tersebut;

• Apabila pejabat atau barung telah dirobohkan, Ketua PP-KPR perlu

meminta petugas parti politik berkenaan membersihkan kawasan

terlibat; dan

• Memaklumkan Ketua PP-KPR berhubung tindakan meroboh dan

membersihkan kawasan berkenaan.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Wakil PBT dalam PP-KPR

terhadap kesalahan di bawah perenggan 26(1)(c) Akta 5 kerana

membuka atau menubuhkan pejabat atau barung pada hari

mengundi?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjsama patuhi

arahan tersebut.

• Menghubungi pegawai bertanggungjawab dengan hal ehwal

kempen di PBT untuk merobohkan pejabat atau barung tersebut;

• Minta PBT bawa bersama peralatan yang sesuai bagi tujuan

merobohkan pejabat atau barung tersebut;

• Apabila pejabat atau barung dirobohkan, meminta mereka

mengambil tindakan membersihkan kawasan tersebut; dan

• Ambil gambar pejabat atau barung yang didirikan sebagai bahan

bukti sebelum ia dirobohkan.

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM terhadap

kesalahan di bawah perenggan 26(1)(c) Akta 5 kerana membuka,

menubuhkan atau menyenggara pejabat atau barung pada hari

mengundi?

14

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Menghubungi Balai Polis berdekatan bagi meminta bantuan

anggota bagi mengawal keselamatan semasa tindakan

merobohkan pejabat atau barung;

• Menahan (jika perlu) mana-mana orang yang bertindak agresif

semasa tindakan merobohkan pejabat dan barung dijalankan;

• Sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung tindakan yang

telah dibuat untuk dimaklumkan kepada Ketua PP-KPR dan

seterusnya Pegawai Pengurus; dan

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis yang telah dibuat

untuk rekod PP-KPR.

PEMASANGAN BAHAN KEMPEN DALAM JARAK 50 METER DARI

SEMPADAN TEMPAT MENGUNDI

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR bagi

kesalahan di bawah Subseksyen 24B(7) Akta 5 iaitu pemasangan

bahan kempen dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat

mengundi?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil dengan keputusan bersama;

• Membuat keputusan tentang tindakan perlu diambil terhadap

pemasangan bahan kempen dalam jarak 50 meter dari sempadan

tempat mengundi;

15

• Mengarahkan anggota menurunkan bahan kempen yang berada

dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi;

• Jika tindakan tersebut menjejaskan keselamatan, minta wakil polis

dapatkan bantuan daripada balai polis berdekatan untuk kawal

keselamatan;

• Mengambil gambar dan rakam bahan kempen yang berada di zon

50 meter dari sempadan tempat mengundi untuk dijadikan bahan

bukti kesalahan; dan

• Melaporkan tindakan yang telah diambil kepada Pegawai Pengurus;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM ketika

berhadapan dengan kesalahan pemasangan bahan kempen dalam

jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjsama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Menghubungi pegawai polis berdekatan bagi meminta bantuan

anggota untuk mengawal keselamatan semasa tindakan

menurunkan bahan kempen yang berada dalam jarak 50 meter dari

sempadan tempat mengundi;

• Sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung tindakan lanjut

yang telah dibuat untuk di maklumkan kepada Ketua PP- KPR dan

seterusnya SPR; dan

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis untuk rekod PP-

KPR.

16

MENGIBARKAN BENDERA PARTI DI ATAS KENDERAAN YANG

BERGERAK PADA HARI MENGUNDI DENGAN TUJUAN MERAYU

UNDI

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

kesalahan di bawah Subseksyen 26(1)(f) Akta 5 iaitu mengibarkan

bendera parti di atas kenderaan yang bergerak pada hari mengundi

dengan tujuan merayu undi?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil dengan keputusan bersama;

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap

pemasangan bendera parti di atas kenderaan yang bergerak pada

hari mengundi;

• Memberhentikan kenderaan dengan bantuan polis dan

menasihatkan pemandu kenderaan supaya menanggalkan

bendera-bendera yang dipasang atas kenderaan;

• Sekiranya pemandu enggan, minta Wakil Polis mendapat bantuan

tambahan untuk menahan kenderaan tersebut serta tindakan

susulan yang perlu dalam situasi berkenaan;

• Jika tindakan tersebut menjejaskan keselamatan, minta Wakil Polis

dapatkan bantuan dari balai polis berdekatan untuk kawal

keselamatan;

• Ambil gambar fakta kesalahan dan tindakan sebagai bahan bukti;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut; dan

• Setelah tindakan diambil, maklumkan dan sediakan laporan harian

kepada Pegawai Pengurus.

17

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM ketika

menangani kesalahan di bawah perenggan 26(1)(f) Akta 5 iaitu

mengibarkan bendera parti di atas kenderaan yang bergerak pada

hari mengundi dengan tujuan merayu undi?

• Menerima notis dari Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Sekiranya pemandu enggan setelah dinasihatkan, ambil tindakan

menahan (jika perlu) pemandu yang agresif;

• Sentiasa mendapatkan maklumat terkini berhubung maklumat

tindakan yang telah dibuat untuk di maklumkan kepada Ketua PP-

KPR dan seterusnya SPR;

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis yang telah dibuat

untuk rekod PP- KPR;

18

PEMASANGAN BENDERA PARTI POLITIK YANG TIDAK

BERTANDING

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

kesalahan di bawah perenggan 24B(4)(a) Akta 5 iaitu memasang

bendera parti politik yang tidak bertanding dalam kawasan pilihan

raya berkenaan?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil dengan keputusan bersama;

• Membuat keputusan tentang tindakan perlu diambil;

• Mengeluarkan notis kepada calon/parti terbabit supaya menurunkan

bendera parti lain yang tidak bertanding secepat mungkin;

• Sekiranya calon enggan atau gagal mematuhi keputusan PP-KPR,

Ketua PP-KPR dan pasukannya hendaklah menurunkannya sendiri

dengan bantuan polis dan PBT;

• Jika tindakan tersebut menjejaskan keselamatan, Wakil Polis perlu

mendapatkan bantuan dari balai berdekatan untuk kawal

keselamatan;

• Ambil gambar fakta kesalahan sebagai bahan bukti ;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut; dan

• Maklumkan dan sediakan laporan kepada Pegawai Pengurus

Pilihan Raya.

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM ketika

berhadapan dengan kesalahan di bawah perenggan 24B(4)(a) Akta

5 kerana melanggar syarat permit iaitu memasang bendera parti

politik yang tidak bertanding dalam kawasan pilihan raya

berkenaan?

19

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Menghubungi pegawai polis berdekatan bagi meminta bantuan

anggota untuk mengawal keselamatan semasa tindakan

dilaksanakan;

• Tindakan menahan (jika perlu) mana-mana orang yang bertindak

agresif semasa tindakan dilaksanakan; dan

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis yang telah dibuat

untuk rekod PP-KPR.

PEMASANGAN KAIN RENTANG, POSTER, SEPANDUK, BANTING

OLEH PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG TIDAK

TERLIBAT DALAM PILIHAN RAYA

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

pemasangan kain rentang, poster, sepanduk, banting oleh

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak terlibat dengan

pilihan raya?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil dengan keputusan bersama;

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap

pemasangan kain rentang, sepanduk, banting oleh Pertubuhan

Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak terlibat dalam pilihan raya;

• Mengeluarkan notis kepada calon/parti atau NGO terbabit supaya

menurunkan bahan kempen berkenaan secepat mungkin;

• Sekiranya menghadapi kesukaran, maklumkan PBT untuk tindakan

lanjut;

• Ambil gambar fakta kesalahan sebagai bahan bukti; dan

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut.

20

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Wakil PBT dalam PP-KPR

semasa berhadapan dengan pemasangan kain rentang, poster,

sepanduk, banting oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang

tidak terlibat dalam pilihan raya?

• Menerima notis daripada Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan;

• Menghubungi pegawai bertanggungjawab dengan hal ehwal

kempen di PBT untuk menurunkan bahan kempen oleh pertubuhan

bukan kerajaan (NGO); dan

• Ambil gambar fakta bahan-bahan kempen untuk dijadikan bukti.

MERAYU UNDI PADA HARI MENGUNDI

Apakah langkah yang perlu diambil oleh Ketua PP-KPR terhadap

kesalahan di bawah perenggan 26(1)(f) Akta 5 iaitu merayu undi

pada hari mengundi?

• Mengadakan mesyuarat serta-merta untuk menentukan tindakan

yang akan diambil dengan keputusan bersama;

• Membuat keputusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap

perayu-perayu undi pada hari mengundi;

• Memberi nasihat kepada perayu undi kerana ia melanggar

peraturan;

• Sekiranya enggan, minta bantuan polis untuk hentikan aktiviti rayu

undi;

• Ambil gambar fakta kesalahan sebagai bahan bukti;

• Minta Wakil Polis buat laporan polis untuk siasatan lanjut; dan

21

• Sediakan laporan harian kepada pegawai pengurus.

Apakah peranan yang perlu dilakukan oleh Wakil PDRM ketika

berhadapan dengan kesalahan di bawah perenggan 26(1)(f) AKPR

1954 iaitu merayu undi pada hari mengundi?

• Menerima notis dari Ketua PP-KPR dan beri kerjasama untuk

mematuhi arahan tersebut;

• Menasihatkan perayu undi agar menghentikan aktiviti merayu undi

pada hari pengundian;

• Menahan (jika perlu) mana-mana orang yang bertindak agresif

ketika tindakan memberhentikan aktiviti merayu undi dijalankan;

dan

• Membuat dan mendapatkan satu laporan polis yang telah dibuat

untuk rekod PP- KPR.

APAKAH TUGAS-TUGAS LAIN KETUA PP-KPR?

• Sebagai Ketua PP-KPR, hendaklah sentiasa memberi maklum

balas keadaan terkini situasi berkenaan kepada Pegawai Pengurus;

• Menghadiri mesyuarat dengan Pegawai Pengurus, PPN dan

pegawai SPR berkenaan dari masa ke semasa;

• Mempengerusikan mesyuarat PP-KPR untuk membuat keputusan;

• Membuka bilik gerakan PP-KPR;

• Menyediakan laporan harian aktiviti PP-KPR dan menyerahkan

kepada Pegawai Pengurus;

• Melantik petugas yang akan mengendalikan bilik gerakan;

• Merujuk kepada Pegawai Pengurus, PPN bagi kes-kes pelanggaran

walaupun yang tidak dapat diselesaikan;

22

• Mendapatkan maklumat daripada Pegawai Pengurus, PPN tentang

calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen bagi

pilihan raya berkenaan; dan

• Menghadiri mesyuarat post-mortem selepas selesai Pilihan Raya

yang akan ditetapkan SPR.

APAKAH TUGAS-TUGAS LAIN WAKIL PBT?

• Hadir taklimat/mesyuarat berhubung PP-KPR yang diaturkan

Pegawai Pengurus/PP-KPR dari masa ke semasa;

• Menghubungi pihak PBT untuk mengambil tindakan jika berlaku

sebarang pelanggaran yang memerlukan bantuan dan tindakan

PBT; dan

• Menyelaras dengan PBT untuk dapatkan bantuan logistik yang

diperlukan.

APAKAH TUGAS-TUGAS LAIN WAKIL CALON/ PARTI POLITIK

YANG BERTANDING?

• Hadir taklimat oleh Pegawai Pengurus dan PP-KPR yang diaturkan

dari semasa ke semasa;

• Menghadiri taklimat dengan Pegawai Pengurus dan Ketua PP-KPR

dari semasa ke semasa;

• Menyediakan senarai nombor telefon, ejen calon / parti politik yang

perlu dihubungi apabila ada masalah berhubung pelanggaran

aktiviti kempen;

• Menghormati Ketua PP-KPR dan mematuhi keputusan PP-KPR;

dan

• Hubungi calon/parti politik diwakili jika berlaku pelanggaran dan

menyampaikan apa-apa keputusan PP-KPR.

23

APAKAH TUGAS-TUGAS LAIN WAKIL PDRM?

• Menyediakan senarai nombor telefon balai-balai polis dan pegawai

polis yang terlibat dalam pilihan raya;

• Mendapatkan seorang anggota polis untuk iringi pasukan PP-KPR;

• Membuat dan mendapatkan salinan laporan polis untuk rekod PP-

KPR; dan

• Dapatkan bantuan polis untuk tangkapan, kawalan keselamatan

dan bantuan lain yang berkaitan dengan aspek keselamatan.

AKTA / PERATURAN / BUKU PANDUAN DAN “CHECKLIST”

Apakah Akta yang berkaitan untuk dijadikan rujukan dalam

penugasan PP-KPR?

• Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)

1981, Kod Etika Pilihan Raya;

• Akta Polis 1967, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta

Hasutan 194, Kanun Keseksaan (Akta 574) (Disemak 1997);

• Undang-undang Kecil PBT;

• Buku panduan PP-KPR dan checklist PP-KPR.

BAHAN KEMPEN

Apakah takrif bahan kempen?

• Tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana PBT, bahan

kempen termasuklah apa-apa iklan, risalah, brosur, bendera, panjipanji,

sepanduk, tertunggul, poster, pelekat, surat sebaran, kad

kempen label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara.

24

Bagaimanakah sesuatu aktiviti kempen dan bahan kempen

dianggap melanggarAkta 5?

• Tidak mendapat permit daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri

(PPN) (Perenggan 24B (a) dan (b) Akta 5);

• Pemasangan kain rentang / iklan tidak mendapat kelulusan PBT;

• Tayangan filem/CD di tempat awam tidak mendapat kelulusan PBT;

• Risalah/brosur/iklan/poster mengandungi penyataan palsu,

fitnah,dan berunsurkan serangan peribadi yang mencetuskan

permusuhan individu dan masyarakat (Perenggan 11 (d) Akta 5);

• Bahan kempen digantung di tempat yang tidak diluluskan oleh PBT

berkenaan;

• Mempamerkan atau meletakan bahan kempen dalam jarak 50

meter dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi pada Hari

Pengundian;

• Memegang, memakai, membawa apa-apa jenis bahan hiasan,

pakaian, tutup kepala, roset, botol air atau payung yang padanya

tercetak atau tertera nama calon/lambang/simbol mana-mana parti

dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi

semasa Hari Pengundian (Perenggan 26(1)(g) Akta 5);

• Mempamerkan bahan kempen parti yang tidak bertanding.

Mengikut permit yang dikeluarkan di bawah perenggan 24B(a)

Akta 5, hanya calon yang memegang suatu permit dikeluarkan

PPN dan telah membayar deposit bahan kempen yang layak

mempamer, memberi dan mengedar bahan kempen pilihan raya

kepada orang ramai;

• Mempamerkan bendera dan logo parti pada Hari Pengundian di

kenderaan yang bergerak dikira sebagai kesalahan mengikut

25

subseksyen 26(1) AKPR 1954 kerana ditaksir sebagai perayu undi

dalam tempoh dilarang; dan

• Menubuhkan barung parti (barung panas) pada Hari Pengundian

adalah merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan

26A(1)(c) Akta 5 dan tindakan meroboh barung boleh diambil.

PERKARA-PERKARA LAIN

Adakah pemakaian logo 1Malaysia pada pakaian, topi dan

sebagainya oleh mana-mana individu untuk berada dalam

kawasan jarak 50 meter dari sempadan mana-mana pusat/tempat

mengundi oleh pengundi semasa hari pengundian atau sama ada

untuk bertugas sebagai ejen atau wakil parti / calon atau sebagai

pengundi untuk membuang undi dibenarkan?

• Tidak salah kerana logo 1Malaysia bukan logo parti.

Bolehkah mana-mana parti politik bertanding mempamerkan

bendera atau logo Parti lain dalam pakatan mereka yang tidak

bertanding?

• Pemasangan bendera-bendera atau logo-logo parti politik lain yang

tidak bertanding dalam bahagian pilihan raya berkenaan walaupun

sebagai rakan komponen dalam satu pakatan melanggar syarat

dalam permit yang dikeluarkan di bawah perenggan 24B(4)(a)

Akta 5.

• Pakatan Rakyat belum didaftarkan sebagai sebuah gabungan parti

politik yang berdaftar di bawah undang-undang.

26

Bolehkah gambar ketua komponen parti politik yang bertanding

dipamerkan walaupun komponen parti tersebut bergabung secara

tidak rasmi?

• Boleh pamer dengan syarat dicetak di atas sekeping poster/kain

rentang / banting dan calon parti yang bertanding telah membayar

deposit bahan kempen.

Bagaimana bahan kempen bercetak melanggar peraturan?

• Tidak mendapat permit daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri

(PPN) (perenggan 24B(a) AKPR 1954;

• Mengandungi unsur-unsur yang boleh mengembangkan perasaan

jahat dan permusuhan (Subseksyen 4A (1) AKPR 1954); dan

• Mengandungi maklumat mengelirukan.

Bagaimana bahan kempen digantung melanggar peraturan?

• Tidak mendapat kelulusan PBT; dan

• Menggantung bahan kempen dalam zon larangan 50 meter dari

sempadan tempat mengundi dan tempat atau lokasi yang tidak

dibenarkan oleh PBT (Subseksyen 24B(7) Akta 5).

Bagaimana bahan kempen yang di pamer atau di tayang

melanggar peraturan?

• Mengandungi unsur-unsur yang boleh mengembangkan perasaan

jahat atau permusuhan (Subseksyen 4A(1) Akta 5).

27

Bagaimana ceramah atau syarahan umum melanggar undangundang

dan peraturan?

• Menyebut atau membincangkan isu-isu yang menyentuh soal

peribadi atau menjatuhkan maruah seseorang calon atau orangorang

lain yang bertanding dalam pilihan raya yang mendatangkan

kebencian, dendam, permusuhan dan tidak ada kepentingan dan

kebaikan kepada tujuan pilihan raya (Subseksyen 4A Akta 5);

• Ceramah tanpa permit sah yang dikeluarkan oleh Ketua Polis

Daerah (KPD) (Seksyen 24B(3) Akta 5); dan

• Melanggar syarat permit seperti yang dikeluarkan oleh KPD iaitu

penganjur bertanggungjawab terhadap kawalan para hadirin dari

segi kelakuan dan tindak tanduk yang boleh menyebabkan

kemarahan di kalangan penduduk sekitar, memastikan kenderaan

tidak menghalang lalu lintas di lokasi berkenaan dan melebihi

waktu/masa yang benarkan dalam permit.

Di manakah ceramah atau syarahan umum boleh diadakan?

• Di tempat awam;

• Rumah ke rumah;

• Perkarangan rumah;

• Calon atau Ejen Pilihan Raya mesti mendapat permit polis

(Subseksyen 24 B(3) Akta 5).

28

KOD ETIKA PILIHAN RAYA DAN LARANGAN

Apakah Kod etika calon / ejen-ejen pilihan raya / parti-parti politik /

pekerja dan penyokong calon dan parti politik untuk diamalkan

sepanjang kempen pilihan raya?

• Perhimpunan dan syarahan umum yang ingin diadakan hendaklah

secara aman, teratur dan mengikut undang- undang;

• Tidak mengganggu atau menimbulkan kekecohan dalam

perhimpunan atau syarahan umum yang dianjurkan;

• Mengelak daripada membuat kecaman peribadi seseorang,

termasuk calon atau parti politik berhubung dengan dasar-dasar

dan program-program parti serta isu-isu berhubung kepincangan

pentadbiran;

• Tidak menimbulkan kebencian atau permusuhan atau

menimbulkan kebencian atau permusuhan antara kaum, keturunan,

adat dan agama mana-mana pihak;

• Tidak merayu undi berdasarkan alasan perkauman dan

keagamaan;

• Tidak menggunakan rumah ibadat (masjid, gereja, kuil, tokong)

atau mana-mana tempat ibadat lain untuk dakyah dan kempen

politik;

• Tidak menggunakan mana-mana tanah, bangunan, atau premis

tanpa kebenaran pemiliknya, PBT, atau mana-mana orang lain

untuk mendirikan tiang bendera, sepanduk, tampal notis dan slogan

bertulis dan apa-apa bahan kempen lain;

• Tidak mengganggu atau merosakkan bahan kempen calon atau

parti lain;

29

• Menurunkan semua bahan kempen, serta membersihkan tempat

pemasangan kempen dalam tempoh 14 hari selepas Hari

Pengundian seperti yang ditetapkan undang-undang;

• Tidak menggunakan bangunan awam untuk perhimpunan politik

dan menjalankan kempen tanpa kebenaran bertulis daripada

pemilik dan pihak yang bertanggungjawab; dan

• Tidak menggunakan kenderaan atau peralatan milik kerajaan untuk

tujuan kempen.

Apakah perkara–perkara yang dilarang oleh PP-KPR sepanjang

masa bertugas?

• Memakai pakaian yang mempunyai simbol atau logo mana-mana

parti politik atau gambar calon yang bertanding;

• Membawa senjata api kecuali anggota polis yang bertugas dalam

PP-KPR;

• Menimbulkan atau mencetuskan pertelingkahan di antara wakil parti

/calon yang bertanding;

• Menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti kempen bagi pihak

mana-mana parti atau calon parti yang bertanding di dalam pilihan

raya berkenaan;

• Melakukan sesuatu perbuatan yang menjejaskan atau merosakkan

imej dan kewibawaan SPR sepanjang tempoh bertugas;

• Tidak menghormati keputusan Ketua PP-KPR atau keputusan

pasukan; dan

• Tidak bekerjasama dengan anggota PP-KPR.

30

ISU-ISU BERKAITAN RASUAH PILIHAN RAYA

Apakah yang dikatakan sebagai ‘politik wang’?

• ‘Politik wang’ adalah suatu keadaan yang berlaku apabila Calon

atau melalui wakilnya menawarkan wang atau memberi atau

menjanjikan bayaran suapan (rasuah) sebagai balasan supaya

mengundi atau tidak mengundi seseorang calon. Aktiviti rasuah

melalui ‘Politik wang’ hendaklah dilaporkan kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adakah jamuan yang diadakan oleh parti atau individu bagi

meraikan pemilihannya sebagai calon dan meraikan kemenangan

selepas bertanding dalam pilihan raya dianggap sebagai satu

kesalahan rasuah?

• Di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

(Penjamuan), jamuan seperti ini dianggap sebagai suatu perbuatan

rasuah jika dilakukan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

Sebarang penjamuan bagi maksud meraikan apa jua perkara yang

ada kaitan dengan pilihan raya adalah menjadi suatu kesalahan di

bawah seksyen ini.

Adakah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang cuba

memaksa atau menggunakan kekerasan ke atas orang lain dengan

tujuan untuk meraih undi?

• Di bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pengaruh

tak wajar), adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang

yang cuba memaksa atau menggunakan kekerasan ke atas orang

lain sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dengan

31

tujuan untuk mendesak seseorang pengundi sama ada memberi

atau jangan memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya.

Kesalahan tersebut boleh disabitkan sama ada orang berkenaan

sendiri yang memaksa atau menggunakan kekerasan tersebut

mahu pun dengan menggunakan orang lain bagi melaksanakan

tindakan tersebut.

Adakah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk

memberikan atau menawarkan habuan tertentu kepada pengundi

dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi berkenaan

mengundi calon-calon tertentu pada pilihan raya?

• Di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

(Penyogokan), adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana

orang untuk memberikan atau menawarkan habuan tertentu kepada

pengundi, baik secara langsung atau tidak langsung, dengan tujuan

untuk mempengaruhi pengundi berkenaan mengundi calon-calon

tertentu pada pilihan raya.

Apakah yang perlu dilakukan oleh PP-KPR apabila mendapati

berlakunya salah satu atau lebih daripada kesalahan-kesalahan

yang berkaitan dengan unsur rasuah seperti di atas?

• Sekiranya anggota PP-KPR mendapati berlakunya kesalahankesalahan

di atas mereka perlulah segera melaporkannya kepada

pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pihak

SPRM ada menyediakan talian bebas tol di no. 1800-88-6000 bagi

memudahkan orang awam membuat laporan terhadap sebarang

kegiatan berunsur rasuah, termasuk rasuah pilihan raya. Selain itu,

aduan atau pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada SPRM

melalui alamat email: info@sprm.gov.my.

32

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!