12.11.2013 Views

2012 - DAFTAR PEMILIH ISU DAN PENJELASAN.pdf

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DAFTAR PEMILIH

ISU DAN PENJELASAN

10 Julai 2012

Isu 1

Wujud lebih tiga juta bukan pemastautin dalam Daftar Pemilih SPR

SPR percaya apa yang dimaksudkan oleh pihak yang mendakwa wujud

lebih tiga juta pemilih bukan pemastautin dalam Daftar Pemilih SPR

adalah dimaksudkan kepada pemilih yang tidak tinggal di alamat

mastautinnya iaitu alamat pendaftaran asal tempat mengundinya

sepertimana yang tercatat dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) SPR.

SPR tidak menolak dakwaan tersebut memandangkan bahawa

berdasarkan rekod pemilih yang ada, sememangnya didapati masih

ramai pemilih yang tidak menukar alamat mengundi mereka walaupun

mereka telah pun berpindah dan tidak lagi tinggal di alamat pendaftaran

asal mereka itu. Hakikatnya, di negara ini ramai pengundi yang telah

berpindah tempat bermastautin tetapi tidak membuat pertukaran alamat

tempat mengundi mereka. Apa yang berlaku, pemilih ini

berkemungkinan akan balik ke kawasan pendaftaran asal mereka untuk

mengundi pada hari pengundian, atau mungkin tidak balik mengundi

langsung disebabkan perjalanan yang jauh untuk kembali ke pusat

pengundian asal mereka.

Ketiadaan pemilih di alamat pengundian asal mereka untuk suatu

tempoh yang panjang inilah yang mendorongkan beberapa pihak

mentafsirkan pemilih berkenaan sebagai ‘bukan pemastautin’. Malah,

bagi sesetengah pihak lain, mereka cederung untuk melabelkan pemilih

ini sebagai ‘pengundi hantu’, semata-mata kerana pemilih ini tiba-tiba

muncul pada hari pengundian ketika balik mengundi di kawasan

pendaftaran asal mereka.

Dalam konteks ini ingin SPR tegaskan bahawa SPR tidak mempunyai

kuasa secara langsung untuk memaksa seseorang pemilih supaya

menukarkan alamat pengundian mereka ke alamat baru jika mereka

telah berpindah. Apa yang boleh dibuat oleh SPR pada masa ini adalah

untuk menasihati setiap pemilih yang telah berpindah supaya menukar

alamat masing-masing dan seterusnya memohon menukar pusat

mengundi berdasarkan alamat terbaru mereka.

Fakta sebenar yang wujud ialah seseorang pemilih bebas untuk

mengekalkan alamat pengundiannya di alamat asal pendaftarannya

2

atau boleh memohon untuk berpindah ke alamat baru jika mereka ingin

berbuat demikian. Selagi seseorang pemilih tidak memohon untuk

berbuat demikian, SPR tidak mempunyai hak atau kuasa untuk

membetulkan alamat tempat pengundian mereka.

Sehubungan dengan ini juga, pemilih perlu menyedari bahawa dengan

tindakan mereka menukar alamat kediaman mereka di Jabatan

Pendaftaran Negara, ianya tidaklah secara automatik menyebabkan

maklumat mereka dalam Daftar Pemilih dibetulkan oleh SPR. Dengan

kata lain, ianya hanya boleh berlaku melalui adanya permohonan

pertukaran alamat tempat mengundi yang dikemukakan oleh pemohon

sendiri kepada SPR sepertimana yang diterangkan di atas.

Justeru, berdasarkan penjelasan ini, SPR berpandangan bahawa

dakwaan konon terdapatnya pemilih yang bukan pemastautin dalam

daftar pemilih SPR bukan merupakan isu yang bercanggah dengan

undang-undang dan tidak seharusnya ditimbulkan dan dipolitikkan oleh

pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk mempertikaikan kesahihan

dan kredibiliti daftar pemilih SPR.

Isu 2

Terdapat seramai kira-kira 42,000 pemilih awam yang tidak

memperbaharui MyKad masih berada dalam Daftar Pemilih SPR

3

Di pihak SPR, usaha yang bersungguh-sungguh telah pun dilakukan

melalui berbagai cara untuk menyelesaikan masalah kira-kira 42,000

pemilih awam yang tidak memperbaharui MyKad mereka sehingga

menyebabkan maklumat terkini mereka tidak diketahui oleh SPR.

Pameran nama-nama pemilih berkenaan pernah dibuat oleh SPR

selama tiga bulan iaitu antara bulan Oktober hingga Disember 2011 dan

disambung sebulan lagi pada bulan Januari 2012 atas permintaan

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan

Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Walaubagaimanapun, pameran

tersebut tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Di pihak Jabatan Pendaftaran Negara, sehingga awal Mei 2012, hanya

seramai kira-kira 1,500 pemilih sahaja dilaporkan telah tampil

menukarkan kad pengenalan lama mereka kepada MyKad manakala

sebahagian yang lain telah mengemaskinikan rekod kematian waris

masing-masing.

Pada 8 Mei 2012, SPR, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Daftar Pemilih bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan

Peguam Negara dan Jabatan Pendaftaran Negara, telah dimaklumkan

bahawa bagi baki kira-kira 40,500 pemilih awam yang berkenaan, rekod

mereka disahkan sebagai masih berada dalam pengkalan data Jabatan

Pendaftaran Negara dan dengan itu, mengikut undang-undang, tidak

boleh digugurkan oleh SPR.

Sehubungan ini, ingin SPR tegaskan kepada umum bahawa undangundang

tidak membenarkan mana-mana nama dalam Daftar Pemilih

dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan daripada pihak

berwajib iaitu JPN, sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang

taraf kewarganegaraan atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain

seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh

yang demikian, nama-nama bagi pemilih yang berada dalam kategori ini

akan terus kekal berada di dalam Daftar Pemilih SPR bagi memastikan

hak mereka sebagai pemilih terjamin sepenuhnya di bawah

Perlembagaan Persekutuan. Pada waktu yang sama SPR akan terus

berusaha untuk membuat semakan secara berterusan bagi

mengemaskini fakta pemilih-pemilih berkenaan di dalam Daftar Pemilih.

4

Isu 3

Daftar Pemilih SPR mengandungi maklumat yang tidak konsisten

antara jantina pemilih dengan kad pengenalan mereka

Tidak dinafikan, wujud tanggapan umum selama ini di mana seorang

pemilik MyKad lelaki akan diperuntukkan nombor MyKad yang

mengandungi angka ganjil di akhir nombor MyKad mereka. Bagi

pemegang MyKad wanita pula, mereka biasanya akan diperuntukkan

dengan nombor MyKad berangka genap.

Berhubung dakwaan konon wujudnya suatu keadaan yang tidak

konsisten antara jantina pemilih dengan kad pengenalan mereka, SPR

telah cuba mendapatkan penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara

mengenainya. Pihak JPN telah memaklumkan kepada SPR bahawa

pengeluaran nombor kad pengenalan kepada seseorang warganegara

itu tidak semestinya dibuat dengan memperuntukkan angka ganjil

kepada lelaki manakala angka genap kepada wanita. Dengan kata lain,

adalah sesuatu yang biasa sekiranya terdapat seseorang pemegang

kad pengenalan lelaki akan menggunakan angka genap pada digit

terakhir kad pengenalannya. Demikian juga bagi pemegang kad

pengenalan wanita, mungkin terdapat di kalangan mereka yang

menggunakan angka ganjil pada digit terakhir kad pengenalan mereka.

Di pihak SPR, pendaftaran seseorang pemilih dibuat dengan

berpandukan sepenuhnya kepada nombor kad pengenalan dan alamat

seperti yang tertera di dalam kad pengenalan mereka. Selagi kad

pengenalan yang dikemukakan kepada SPR adalah yang sah

dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sistem pendaftaran SPR

akan menerimanya dan akan menggunakan maklumat yang tertera di

atas kad pengenalan berkenaan sebagai maklumat yang sah bagi

maksud penentuan alamat pendaftaran pemilih.

Justeru itu, SPR berharap orang ramai memahami fakta sebenar di

sebalik dakwaan seperti ini yang mana ianya dipercayai timbul

disebabkan kurangnya kefahaman pihak-pihak tertentu terhadap

prosedur kerja baik di pihak JPN yang bertanggungjawab dalam

pengeluaran kad pengenalan kepada warganegara, mahupun di pihak

SPR, yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran pemilih.

5

Isu 4

Daftar Pemilih SPR masih mengandungi alamat pemilih yang tidak

lengkap walhal mereka tinggal di negeri-negeri yang maju seperti

Selangor dan Kuala Lumpur

Adalah menjadi matlamat SPR untuk memiliki sebuah Daftar Pemilih

yang mempunyai alamat yang lengkap dan terkini bagi kesemua lebih

kurang 13 juta pemilih berdaftar di negara ini. Malangnya, keadaan yang

berlaku di lapangan tidak mengizinkan SPR berbuat demikian.

Umum mengetahui, di sebalik adanya kepesatan pembangunan dan

proses perbandaran yang berlaku di beberapa buah negeri seperti

Selangor dan Kuala Lumpur, masih terdapat kawasan-kawasan yang

belum menikmati sepenuhnya arus perbandaran tersebut seperti di

kawasan-kawasan setinggan dan kawasan tanah yang berstatus

pegangan sementara. Di kawasan-kawasan seperti ini, masih wujud

keadaan di mana sesebuah rumah tidak dapat dinomborkan kecuali

sekadar menggunakan alamat jalan. Malah, masih terdapat apa yang

disebut sebagai ‘alamat tumpang’ bila mana premis seperti kedai-kedai

kopi dijadikan alamat tumpangan untuk tujuan surat menyurat penghuni

bagi rumah-rumah yang berdekatan atau di dalam sesuatu kawasan

berkenaan.

Selain itu, berdasarkan kajian SPR, sebelum tahun 2002 di mana

pendaftaran pemilih dibuat secara manual didapati ada berlaku kes-kes

6

di mana semasa mengisi borang pendaftaran, pihak pemilih atau waris

mereka atau mana-mana orang yang membantu menyempurnakan

borang berkenaan, telah tidak mencatatkan alamat pemilih secara

lengkap pada borang permohonan pendaftaran. SPR pada masa itu

pula tidaklah menjadikan alamat lengkap sebagai suatu keutamaan

semasa memproses permohonan pendaftaran kerana apa yang lebih

diutamakan ialah pembentukan lokaliti dan seterusnya penetapan

daerah mengundi bagi seseorang pemilih yang baru mendaftar. Selain

itu, SPR juga turut mengambil kira faktor ketidak seragaman alamat

yang wujud ketika itu terutama di kawasan luar bandar dan pinggir

bandar yang rata-ratanya adalah bersifat terlalu umum .

Pada masa ini, bagi alamat-alamat kediaman pemilih yang baru melalui

fasa penambahbaikan kawasan, SPR akan berusaha untuk mengesan

dan melengkapkan maklumat mereka di dalam Daftar Pemilih Induk.

Sehubungan ini, SPR telah meningkatkan usaha bagi melengkapkan

alamat pemilih-pemilih yang terlibat seperti dengan membuat semakan

di kawasan-kawasan yang terlibat dan mewujudkan ruang khas di laman

sesawang SPR bagi memberi peluang kepada pemilih untuk

mengemaskinikan alamat masing-masing.

Isu 5:

Terdapat pemilih yang mempunyai nama yang serupa dan kadang

kala tarikh lahir yang sama dalam Daftar Pemilih SPR

Dengan jumlah pemilih yang kini mencecah hampir 13 juta orang,

adalah menjadi suatu fenomena biasa jika ditemui pemilih yang

mempunyai nama yang serupa, malah kadang kala tarikh lahir yang

sama, terutamanya dalam kalangan pemilih Melayu dan mereka yang

beragama Islam.

Kajian sepintas lalu yang dijalankan oleh SPR mendapati wujud

beberapa nama yang mempunyai persamaan seratus peratus. Bagi

nama Abdul Aziz bin Mohd Yusof misalnya, didapati seramai 15 pemilih

mempunyai nama dan ejaan yang sama. Demikian juga bagi nama

seperti Wan Ahmad bin Wan Omar, sejumlah 10 pemilih lain didapati

turut mempunyai nama dan ejaan yang serupa.

7

Bagi kes-kes di mana nama pemilih mempunyai persamaan yang

ketara, diikuti dengan tarikh lahir yang sama di antara mereka, kajian

SPR mendapati kes-kes seumpama itu memang turut berlaku.

Bagaimanapun setelah semakan dilakukan, SPR mendapati mereka

bukanlah terdiri daripada pemilih yang sama seperti yang sering

didakwa oleh pihak-pihak tertentu sebagai ‘clon’ atau ‘duplicate’.

Isu 6:

Daftar pemilih SPR mengandungi ramai pemilih yang memegang

kad pengenalan angka “71”

Kod “71” adalah merupakan kod yang diberi kepada kad pengenalan

bagi warganegara Malaysia yang lahir di luar negara dan juga rakyat

asing yang memperoleh status warganegara Malaysia. Bagi SPR,

sesiapa sahaja yang disahkan sebagai warganegara Malaysia melalui

bukti kad pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran

Negara, mereka adalah layak dan berhak untuk memohon didaftarkan

sebagai pemilih dan menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini.

Bagi mereka yang bukan warganegara atau warga asing, adalah

mustahil mereka dapat mendaftar sebagai pemilih. Ini disebabkan

proses permohononan seseorang warganegara Malaysia yang layak

akan dibuat melalui satu tapisan sistem komputer yang ketat dan perlu

mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undangundang.

Justeru itu, tidak timbul soal tentang siapa atau apakah latar

8

elakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk

mendaftar sebagai pemilih jika dia mengemukakan kad pengenalan

yang sah dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta

memenuhi syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah

Perlembagaan.

Isu 7:

Daftar Pemilih SPR mengandungi ramai pemilih berumur 85 tahun

dan ke atas, malah juga mereka yang berumur melebihi 100 tahun.

Mengikut rekod SPR, masih ramai pemilih berumur 85 tahun dan ke

atas terdapat dalam Daftar Pemilih SPR. Mereka ini layak untuk menjadi

pengundi dalam pilihan raya, termasuklah PRU Ke-13 akan datang.

Bagi SPR, faktor usia yang telah terlalu tua itu bukanlah suatu kreteria

yang boleh digunapakai bagi tujuan menggugurkan sewenangwenangnya

nama-nama mereka daripada senarai Daftar Pemilih Induk

SPR. Sebarang tindakan bagi pemotongan nama seseorang pemilih

berdaftar hanya dapat dibuat atas beberapa sebab seperti pemilih telah

meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN atau pemilih telah

dilucutkan taraf kewarganegaraannya oleh Kerajaan Malaysia.

Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100

tahun, undang-undang yang sedia ada tidak membolehkan SPR untuk

memotong nama mereka sewenang-wenangnya semata-mata atas

anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. Justeru itu,

sekiranya mana-mana pihak mengetahui dan dapat membuktikan

bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR

berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod

kematian berkenaan.

Pihak JPN, selepas memperoleh sesuatu maklumat kematian, akan

memaklumkan pula maklumat tersebut kepada SPR bagi tindakan

pemotongan nama pemilih berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod

kematian seseorang warganegara, SPR bersandarkan sepenuhnya

kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak

penipuan atau sebagainya.

9

Isu 8:

Daftar Pemilih SPR mengandungi terlalu ramai pengundi pos dari

kalangan isteri anggota tentera dan polis

Mengikut peruntukan yang ditetapkan di bawah undang-undang, isteri

atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi

secara pos seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan

Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, iaitu Peraturan 3(1)(a) “manamana

orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih

Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia ialah seorang pengundi tidak hadir,

adalah berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos”.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 itu

juga, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA)

adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut

dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut.

Bagi kedua-dua kategori pemilih di atas, prosedur memproses

permohonan pendaftaran pengundi pos di buat secara teliti bagi

mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di

mana nama seseorang pengundi pos berkenaan dipastikan tidak akan

wujud di dalam senarai pengundi awam.

Bagaimanapun, berikutan adanya pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan

Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan)(No. 2, 2012) yang telah

diwartakan pada 27 April 2012 dan mula berkuat kuasa pada 30 April

2012, kesemua anggota tentera serta pasangan dan anggota polis serta

pasangan Polis PGA akan menjadi pengundi awal. Bagi mana-mana

anggota tentera dan polis (tidak termasuk pasangan) yang terpaksa

melaksanakan tugasan operasi di kawasan yang berjauhan dari

kawasan pengundiannya, mereka akan dibenarkan untuk memohon

menjadi pengundi tidak hadir yang akan mengundi secara pos.

10

Isu 9:

Daftar Pemilih SPR dari kalangan tentera dan polis yang baru

didaftarkan terdiri daripada mereka yang melebihi umur kelayakan

pengambilan sebagai anggota tentera/polis iaitu maksima 28 tahun.

Tidak dinafikan, terdapat dalam Daftar Pemilih SPR pemilih dari

kalangan tentera dan polis yang telah melebihi umur kelayakan

pengambilan sebagai anggota bagi kedua-dua pasukan iaitu 28 tahun.

Hal ini berlaku kerana di pihak tentera pernah berlaku pengambilan

anggota pasukan tersebut dalam bentuk penyerapan daripada anggota

Regimen Sempadan atau lebih dikenali sebagai anggota Wataniah.

Mereka ini, semasa diserapkan masuk untuk menjadi anggota tentera,

sedia melangkaui had umur kelayakan pengambilan.

Bagi pasukan polis pula, kewujudan pemilih dari kalangan anggotanya

yang melebihi had umur kelayakan pengambilan berlaku ekoran adanya

langkah Polis DiRaja Malaysia dalam membuat pengambilan anggota

dalam kalangan bekas anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan

jangka pendek. Mereka ini secara puratanya ketika memohon menjadi

anggota polis adalah berumur melebihi 30 tahun.

Selain itu, kedapatan juga dalam kalangan anggota tentera dan polis

yang sememangnya lambat mendaftar sebagai pemilih setelah mereka

menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia atau Polis DiRaja

Malaysia. Ini secara langsung menampakkan seolah-olah ketika

mendaftar sebagai pemilih, umur mereka telah sedia melangkaui umur

pengambilan bagi kedua-dua perkhidmatan yang terlibat.

Dalam keadaan-keadaan seperti di ataslah kemungkinan tercetusnya

dakwaan adanya anggota tentera atau polis masih diambil untuk

11

erkhidmat walaupun telah melepasi umur pengambilan. Ini, jelasnya,

adalah berpunca daripada bentuk kemasukan mereka yang sedemikian

rupa ke dalam perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Isu 10:

Daftar Pemilih SPR masih mengandungi ramai pemilih dari

kalangan anggota tentera dan polis yang telah pun melepasi umur

persaraan

Undang-undang SPR menetapkan bahawa sebarang pindaan maklumat

terhadap kedudukan seseorang pemilih perlu dilakukan sendiri oleh

pemilih berkenaan. SPR, jelasnya, tidak boleh melakukan pindaan

sewenang-wenangnya ke atas maklumat pemilih tanpa menerima

permohonan daripada pemilih yang berkenaan.

Dalam konteks ini, sekiranya terdapat anggota tentera atau polis yang

telah pun ditamatkan perkhidmatan tetapi tidak memohon membuat

pembetulan maklumat pemilih mereka, maka nama-nama mereka akan

terus berada dalam keadaan sedia ada di dalam senarai pemilih SPR.

Dalam kes sekiranya seseorang anggota tentera atau polis telah bersara

tetapi tidak memohon membuat pertukaran status mereka daripada

Pemilih Tidak Hadir (PTH) kepada pemilih biasa, maka mereka tidak

akan dapat mengundi sebagai pemilih biasa kerana nama mereka masih

berada dalam senarai PTH. Dalam keadaan seperti ini, pemilih

berkenaan sebenarnya berada dalam keadaan yang rugi kerana mereka

tidak akan dapat mengundi baik bagi mana-mana kategori. Mereka tidak

akan dapat mengundi selaku PTH kerana telah menamatkan

perkhidmatan sama ada sebagai tentera atau polis. Sebaliknya, mereka

juga tidak akan dapat mengundi sebagai pemilih awam disebabkan

nama mereka masih berada dalam daftar PTH.

Di pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia, usaha

gigih kini dilakukan bagi memastikan setiap anggota mereka yang

bersara segera memohon untuk membuat pertukaran status pengundian

mereka daripada status PTH kepada status pengundi awam.

Sehubungan ini, bahagian saraan kedua-dua perkhidmatan difahamkan,

kini mula menyertakan bersama Borang A (Permohonan Pendaftaran)

12

kepada mana-mana anggota mereka yang memasuki umur persaraan

bagi membolehkan mereka memohon perubahan status mengundi

daripada status PTH kepada pengundi awam. Dengan cara itu,

diharapkan masalah terdapatnya anggota tentera atau polis yang gagal

menukarkan status pemilih mereka, biarpun telah lama bersara, akan

dapat dikurangkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!