21.09.2013 Views

Untitled - Pos Malaysia

Untitled - Pos Malaysia

Untitled - Pos Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Soalan Lazim bagi Peraduan Posniaga

1. Apakah tempoh peraduan ini?

Peraduan ini berlangsung selama 10 minggu bermula pada 17/12/2012 sehingga 24/2/2013.

2. Bagaimana caranya untuk pelanggan mengambil bahagian?

Pelanggan boleh mengambil bahagian dengan melakukan apa-apa transaksi yang ditawarkan di

Cawangan Pos Malaysia atau Pos Bergerak (POW) yang melayakkan pelanggan satu borang

penyertaan bagi setiap satu transaksi.

3. Apakah produk yang layak untuk menyertai peraduan ini?

Kesemua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di Cawangan Pos dan POW adalah layak.

Pelanggan mesti melakukan transaksi di kaunter atau POW.

4. Berapakah jumlah bayaran minimum untuk melayakkan pelanggan menyertai peraduan ini?

Tiada jumlah bayaran / transaksi minimum

5. Siapa yang layak menyertai peraduan ini?

Peraduan ini terbuka kepada semua yang mempunyai no kad pengenalan pasport / alamat / no.

telefon yang sah

6. Apakah had umur untuk menyertai peraduan ini ?

Tiada had umur untuk menyertai peraduan ini

7. Bolehkah warga / pekerja asing menyertai peraduan ini?

Boleh. Warga / pekerja asing boleh menyertai peraduan ini dengan syarat mempunyai no kad

pengenalan / pasport / alamat / no. telefon yang sah

8. Bolehkah pekerja Pos Malaysia Berhad dan keluarga terdekat mengambil bahagian?

Tidak

9. Di manakah pelanggan boleh mendapatkan borang penyertaan?

Borang penyertaan boleh diperoleh dari kaunter-kaunter Cawangan Pos / POW selepas

melakukan transaksi.

10. Adakah bukti pembayaran diperlukan?

Ya. Bukti pembayaran adalah cop tarikh yang akan dicop oleh kerani kaunter pada ruang yang

ditetapkan pada muka hadapan borang peraduan.

11. Bagaimanakah peserta harus melengkapkan borang penyertaan?

Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan dengan butir diri yang lengkap, cari kata yang

tepat dan lengkapkan ayat dengan cara paling kreatif dan bersertakan setem 30 sen pada

borang penyertaan untuk pengeposan.

12. Bolehkan pelanggan membuat salinan borang penyertaan?

Salinan borang penyertaan adalah tidak dibenarkan. Hanya borang asal diterima.

13. Bolehkah pelanggan mendapatkan borang penyertaan lain sekiranya berlaku kesilapan semasa

melengkapkan borang penyertaan (silap alamat, nama, jawapan dsb) ?

Tidak. Borang baru cuma akan diberikan apabila membuat transaksi lain di kaunter.

14. Berapa harga setem untuk pengeposan borang diperlukan?

Minimum adalah 30 sen. Gabungan setem 10 sen dan 20 sen juga diterima.

ms 1

Soalan Lazim bagi Peraduan Posniaga

15. Bolehkah pelanggan menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan?

Ya. Tetapi setiap borang penyertaan perlu dicop tarikh (bukti pembayaran) oleh kerani kaunter.

16. Sekiranya pelanggan lewat menghantar borang bagi minggu pertama, adakah dia masih layak untuk menang

pada minggu berikutnya?

Ya. Borang penyertaan adalah layak diterima pada minggu-minggu berikutnya sehingga tamat

tempoh peraduan. Penyertaan tidak berasaskan tarikh transaksi.

17. Bilakah pihak Pos Malaysia akan memaklumkan pemenang bagi hadiah mingguan?

Pemenang mingguan akan dimaklumkan pada minggu kedua selepas tarikh tutup peraduan

mingguan.

18. Bolehkah pemenang mingguan menyertai peraduan mingguan berikutnya?

Ya. Pemenang mingguan masih boleh mengambil bahagian untuk peraduan mingguan

berikutnya sehingga tamat tempoh peraduan.

19. Bagaimana pemenang akan dimaklumkan?

Pos Malaysia akan memaklumkan pemenang melalui telefon atau emel.

20. Bagaimana caranya pemenang mendapatkan hadiah?

Pos Malaysia akan mengaturkan penghantaran hadiah dengan pemenang.

ms 2

Terma & Syarat

1. Peraduan Pos Malaysia “Senang Menang@POS” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (“Penganjur”) dan terbuka kepada

penduduk Malaysia kecuali kakitangan Penganjur termasuk syarikat bersekutu dan ahli keluarga terdekat mereka, pekerja dan/atau ejen

pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur (termasuk berkaitan dengannya) dan ahli keluarga terdekat mereka. Peserta

mesti mempunyai pengenalan diri dan alamat yang sah untuk layak menyertai. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pembatalan

penyertaan.

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 17/12/2012 hingga 24 /2/2013( “Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk melanjutkan dan

mengubah Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Peserta tidak boleh membuat

sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin ditanggung atau dialami oleh

peserta sebagai akibat langsung atau tidak langsung berikutan daripada sebarang perubahan, lanjutan atau pembatalan Peraduan.

3. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan terbatal secara automatik.

4. Setiap transaksi yang berjaya dilakukan di kaunter Penganjur atau di Pos-on-Wheels (“Pos Bergerak”) melayakkan pelanggan untuk

mendapatkan satu (1) borang penyertaan. Setiap borang penyertaan dikehendaki dimeterai dengan cop tarikh Cawangan Pos oleh kerani

kaunter di ruang yang disediakan di muka hadapan borang sebagai Bukti Pembayaran (“BP”) .

5. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan butiran peribadi, memberi jawapan betul bagi sepuluh (10) Cari Kata yang

diberi, melengkapkan ayat yang diberi dengan kreatif dan mesti dikirimkan menggunakan setem yang bernilai sekurang-kurangnya 30 sen

atau mana-mana kombinasi denominasi setem yang mempunyai nilai yang sama atau lebih. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh

dibaca, jawapan yang salah atau tidak tepat, BP yang salah, palsu dan/atau rosak dan tidak mempunyai setem bernilai tiga puluh (30) sen atau

mana-mana kombinasi denominasi setem yang mempunyai nilai yang sama atau lebih akan dibatalkan.

6. Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan dan setiap borang penyertaan mesti dicapkan dengan satu (1) BP di

ruang yang telah disediakan dan dilekatkan dengan satu (1) setem bernilai 30 sen atau mana-mana kombinasi denominasi setem yang

mempunyai nilai yang sama atau lebih dan mematuhi terma dan syarat yang terkandung di sini dan apa-apa syarat lain sebagaimana yang

dikenakan pihak Penganjur pada bila-bila masa. Salinan fotostat borang penyertaan tidak diterima dan Penganjur berhak atas budi bicaranya

untuk membatalkan mana-mana penyertaan tanpa memberikan apa-apa alasan.

7. Bukti pengeposan borang penyertaan bukan bukti penerimaan oleh Penganjur. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang

kehilangan, kerosakan atau kelewatan penerimaan borang penyertaan. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

8. Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan layak untuk menyertai pusingan Hadiah Mingguan

Peraduan seperti berikut:

• Minggu 1: Penyertaan diterima dari 17/12/2012 – 23/12/2012

• Minggu 2 : Penyertaan diterima dari 24/12/2012- 30/12/2012

• Minggu 3 : Penyertaan diterima dari 31/12/2012 -6/1/2013

• Minggu 4 : Penyertaan diterima dari 7/1/2013 – 13/1/2013

• Minggu 5 : Penyertaan diterima dari 14/1/2013 – 20/1/2013

• Minggu 6 : Penyertaan diterima dari 21/1/2013 – 27/1/2013

• Minggu 7 : Penyertaan diterima dari 28/1/2013-3/2/2013

• Minggu 8 : Penyertaan diterima dari 4/2/2013- 10/2/2013

• Minggu 9 : Penyertaan diterima dari 11/2/2013 – 17/2/2013

• Minggu 10 : Penyertaan diterima dari 18/2/2013 – 24/2/2013

9. Hadiah Peraduan (“Hadiah”) bagi Tempoh Peraduan ini akan dibahagikan kepada dua (2) peringkat :

a. Hadiah Utama Mingguan berjumlah RM13,000 tunai:

Hadiah Utama : 1 x RM3000 tunai

Hadiah Saguhati :20 x RM500 tunai

b. Hadiah Utama Peraduan selepas Minggu 10:

1 x Proton Preve 1.6AT Executive

Hadiah Saguhati 5 x Motor Modenas CT 110H

10. Hadiah Utama Mingguan akan diberikan kepada peserta yang melengkapkan ayat yang diberi dengan cara paling kreatif dan menarik

dalam Bahasa Malaysia sahaja. Hadiah Utama Peraduan akan dipilih daripada pemenang Hadiah Utama Mingguan dari Minggu 1 hingga Minggu

10.

11. Setiap peserta boleh memenangi lebih daripada satu (1) Hadiah Utama Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

12. Hadiah Utama Proton Preve 1.6AT Executive dan hadiah saguhati Motor Modenas CT 110H yang dinyatakan termasuk Cukai Jalan, Yuran

Pendaftaran, plat nombor dan insurans. Bayaran tuntutan pemilik, kos pengendalian dan pemeriksaan dan kos-kos lain yang berkaitan dengan

penebusan hadiah adalah menjadi tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

13. Warna dan spesifikasi kenderaan sebenar mungkin berbeza daripada gambar yang dipaparkan pada borang penyertaan atau mana-mana

promosi Peraduan.

ms 1

Terma & Syarat (sambungan)

14. Pemenang akan dihubungi oleh Penganjur melalui telefon. Pemenang yang gagal dihubungi oleh pihak Penganjur setelah tiga (3) cubaan

akan dibatalkan penyertaannya dan Penganjur berhak memilih Pemenang lain.

15. Hadiah Utama Peraduan yang dimenangi tidak boleh dipindahmilik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dalam bentuk lain

samada sebahagian atau sepenuhnya.

16. Semua hadiah yang diberikan dalam keadaan “sedia ada”.

17. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain, dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Penganjur atas budi

bicaranya, yang setara nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

18. Kesemua Hadiah mestilah dituntut pada tarikh yang ditetapkan oleh Penganjur. Pemenang-pemenang dikehendaki menuntut Hadiah di

lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut dalam masa yang telah ditetapkan akan dibatalkan kemenangannya

secara automatik.

19. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk

menyertai Peraduan ini dan bagi tujuan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

20. Semua pemenang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan sama ada secara

langsung atau tidak langsung disebabkan oleh penyertaan mereka dalam promosi dan daripada penebusan atau penggunaan Hadiah. Dengan

menerima atau menggunakan mana-mana Hadiah, pemenang bersetuju untuk menanggung rugi Penganjur termasuk pengarah, pekerja dan

ejen Penganjur daripada sebarang tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kehilangan atau liabiliti yang ditanggung berkaitan

penyertaan pemenang dalam promosi, penerimaan, penebusan dan / atau penggunaan mana-mana Hadiah.

21. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menggunakan maklumat dan/atau gambar

peserta untuk tujuan publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

22 Sebarang keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

22. Dengan penyertaan Peraduan ini, peserta bersetuju mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini , serta keputusan

Penganjur. Penganjur berhak untuk menukar atau meminda Syarat dan Peraturan Peraduan ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa

memberikan sebarang notis terlebih dahulu.

ms 2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!