garis panduan bekas buangan terjadual yang tidak tegar

garis panduan bekas buangan terjadual yang tidak tegar garis panduan bekas buangan terjadual yang tidak tegar

GARIS PANDUAN BEKAS

BUANGAN TERJADUAL

YANG TIDAK TEGAR

Pembungkusan dan Pelabelan

JABATAN ALAM SEKITAR

2011

KANDUNGAN

Prakata 1

Pengenalan 2

Skop 2

Pengenalpastian Ciri-Ciri Buangan 3

Pemilihan Bekas 4

Pelabelan Bekas 5

Penempatan/Pengisian/Pembungkusan Untuk Buangan-Buangan

Terjadual Dengan Potensi Ketakserasian 7

Pengendalian Bekas Yang Mengandungi Buangan Terjadual 8

Pemeriksaan Kawasan Penstoran 9

Rujukan 16

Lampiran

Lampiran 1: Buangan-Buangan Terjadual Dengan Potensi Ketakserasian 10

Lampiran 2: Carta Keserasian Bagi Campuran Bahan Kimia 12

Lampiran 3: Kad Buangan 13

Lampiran 4: Senarai Semak Pemeriksaan Penstoran Buangan Terjadual 15

2

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

GARIS PANDUAN BEKAS BUANGAN TERJADUAL YANG TIDAK TEGAR:

PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN

1.0 PENGENALAN

2.0 SKOP

1.1 Buangan terjadual mempunyai ciri-ciri yang boleh menyebabkan risiko

terhadap kesihatan manusia dan persekitaran. Oleh yang demikian,

buangan terjadual hendaklah dikendalikan dengan sempurna. Untuk

memastikan pengendalian buangan terjadual dijalankan dengan

sempurna, maklumat mengenai bahaya yang berkaitan dengan

buangan terjadual tersebut haruslah dipaparkan melalui label yang

tepat untuk digunakan oleh pengendali buangan terjadual.

1.2 Untuk memastikan buangan dikendalikan dengan selamat, pengeluar

buangan hendaklah menggunakan bekas yang sesuai. Pengeluar

buangan juga adalah bertanggungjawab bagi memastikan buangan

terjadual dibungkus dengan sempurna berdasarkan komposisi

buangan supaya pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan

dapat dilakukan dengan sempurna.

1.3 Bagi membantu pengeluar buangan untuk membuat pemilihan bekasbekas

dan label yang sesuai untuk buangan terjadual yang dihasilkan,

garis panduan ini telah dirangka selaras dengan keperluan di bawah

Peraturan 8(2) Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2005.

2.1 Garis panduan ini menjelaskan tentang pemilihan jenis bekas dan

label yang tepat yang perlu digunakan oleh pengeluar buangan dalam

mengendalikan buangan terjadual, bermula dari buangan tersebut

dihasilkan, diletak/diisi/disimpan di dalam bekas sehinggalah bekas

yang mengandungi buangan tersebut dipindahkan ke premis lain untuk

tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan.

2.2 Garis panduan ini terpakai kepada bekas buangan terjadual tidak

tegar (non- rigid) sahaja seperti beg jumbo. Bagi pembungkusan bekas

yang tegar (rigid), sila rujuk dokumen Malaysia Standard MS

2304:2010.

3.0 PENGENALPASTIAN CIRI-CIRI BUANGAN

3

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

3.1 Ciri-ciri buangan terjadual boleh dikenalpasti melalui kaedah-kaedah

berikut:

3.1.1 Persampelan dan analisis buangan terjadual

(a) Sampel buangan terjadual hendaklah dianalisis bagi

mengenalpasti ciri-ciri bahaya dan bahan pencemar yang

terkandung di dalam buangan.

(b) Semasa aktiviti persampelan dan analisis buangan

dijalankan, Material Safety Data Sheet (MSDS) / Chemical

Safety Data Sheet (CSDS) / Safety Data Sheet (SDS)

dan/atau kad buangan hendaklah dirujuk bagi

mendapatkan maklumat berkaitan seperti bahaya fizikal,

bahaya terhadap kesihatan manusia serta bahaya terdapat

alam sekitar termasuklah langkah-langkah pencegahan jika

perlu.

3.1.2 Pengenalpastian berdasarkan pengetahuan dan sejarah

proses

Umumnya, buangan yang dihasilkan daripada proses mungkin

menunjukkan beberapa ciri bahaya yang sama seperti bahan

mentah atau bahan kimia yang digunakan. Sebarang

perubahan dalam proses atau terdapat perubahan ketika

proses dijalankan boleh menyebabkan perubahan terhadap

komposisi buangan yang dihasilkan. Sebarang perubahan

yang berlaku dalam proses tersebut hendaklah dimaklumkan

oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

3.2 Buangan terjadual berpotensi untuk menunjukkan ciri-ciri bahaya

seperti berikut:

(a) bahan mengkakis;

(b) bahan meletup;

(c) bahan berjangkit;

(d) cecair tidak mudah terbakar;

(e) pepejal tidak mudah terbakar;

(f) peroksida organic;

(g) bahan pengoksida;

(h) pepejal: mudah terbakar secara spontan;

4

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

(i) pepejal: berbahaya apabila dalam keadaan basah;

(j) bahan toksik; dan

(k) campuran pelbagai bahan berbahaya.

Langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya harus diambil ketika

mengendalikan buangan terjadual yang mempunyai ciri-ciri tersebut di atas.

4.0 PEMILIHAN BEKAS

4.1 Antara bekas buangan terjadual yang tidak tegar ialah:

(a) Kotak kertas beralun (Corrugated box) / carton box;

(b) Flexible Intermediate Bulk Containers (FIBCs) / Beg jumbo / Bulk

Bags / Beg besar polypropylene

4.2 Bekas yang sesuai hendaklah dipilih berdasarkan ciri-ciri buangan

terjadual. Ciri-ciri buangan terjadual hendaklah serasi dengan jenis

bahan yang digunakan untuk membuat bekas bagi mengelakkan

sebarang tindakbalas yang akan menjejaskan bekas tersebut.

4.3 Kuantiti buangan terjadual haruslah diambilkira untuk menganggarkan

saiz dan kekuatan yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya

tumpahan dan kerosakan pada bekas.

4.4 Bekas yang digunakan haruslah berada dalam keadaan baik ( bebas

dari sebarang kerosakan seperti carikan dan lubang).

4.5 Menetapkan bekas khusus untuk buangan tertentu supaya bekas

tersebut boleh diguna semula tanpa perlu dicuci atau dibersihkan

terlebih dahulu.

7

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

5.6 Rajah 2 adalah contoh label untuk bekas buangan terjadual.

Kod buangan :

Nama buangan :

Tarikh

dihasilkan

Nama pengeluar

buangan

Alamat dan

nombor telefon

CAMPURAN PELBAGAI BAHAN BERBAHAYA

(BUANGAN)

Rajah 2: Contoh label untuk bekas buangan terjadual

5.7 Semua label hendaklah dapat bertahan daripada pendedahan kepada

cuaca tanpa menjejaskan keberkesanannya.

5.8 Label haruslah diletakkan pada tempat yang mempunyai warna latar

belakang yang warnanya berbeza.

5.9 Dalam kes di mana buangan boleh menyebabkan dua atau lebih

bahaya, segala bahaya haruslah dikenalpasti dan buangan itu

hendaklah dilabelkan dengan sewajarnya.

6.0 PENEMPATAN/PENGISIAN/PEMBUNGKUSAN UNTUK BUANGAN-

BUANGAN TERJADUAL DENGAN POTENSI KETAKSERASIAN

6.1 Buangan terjadual tidak serasi hendaklah ditempatkan/diisi/dibungkus

di dalam bekas yang berasingan. Buangan terjadual tidak serasi akan

menghasilkan situasi yang berbahaya apabila dicampurkan. Situasi

berbahaya yang dijangka akan terhasil apabila buangan terjadual

8

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

tidak serasi dicampurkan adalah seperti dalam Jadual Keempat,

Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005, seperti yang dilampirkan dalam Lampiran 1.

6.2 Memandangkan buangan yang terhasil daripada sesuatu proses

mungkin menunjukkan ciri-ciri bahaya bahan mentah atau bahan

kimia yang digunakan, Compatibility Chart for Chemical Mixtures

seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 2 boleh digunakan untuk

menunjukkan bahaya yang mungkin terhasil daripada campuran

buangan bahan kimia yang tidak serasi.

7.0 PENGENDALIAN BEKAS YANG MENGANDUNGI BUANGAN

TERJADUAL

7.1 Bekas yang telah diisi dengan buangan terjadual hendaklah diuruskan

dengan sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya tumpahan atau

kebocoran. Bekas tersebut hendaklah diletakkan di atas kayu palet

dan boleh disusun di atas satu sama lain dengan syarat tidak melebihi

3 tingkat jika menggunakan peti simpanan bertingkat (crate storage).

7.2 Buangan terjadual tidak serasi hendaklah distorkan dalam bekas yang

berasingan dan bekas tersebut hendaklah ditempatkan dalam

kawasan takungan sekunder yang berasingan.

Kawasan takungan sekunder ialah kawasan penyekat/penghalang

yang kalis cecair yang dapat menampung bahan berbahaya sekiranya

bahan berbahaya keluar daripada sesuatu bekas.

7.3 Sebagai tindakan pencegahan, bekas buangan terjadual tidak tegar

hendaklah diletakkan di atas lantai yang dilitupi dengan konkrit atau

bahan lain yang sesuai. Tempat penstoran hendaklah mempunyai

atap atau berbumbung atau dilitupi dengan bahan yang sesuai.

Kawasan tersebut hendaklah dikendalikan sedemikian bagi

mengelakkan air hujan atau air permukaan dari memasuki kawasan

simpanan.

7.4 Pengeluar buangan hendaklah menyediakan maklumat mengenai

buangan (kad buangan) seperti di Lampiran 3 bagi setiap buangan

terjadual yang dihasilkan dan maklumat tersebut hendaklah

dimaklumkan kepada semua pekerja dan pihak yang berkenaan.

9

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

7.5 Jika suatu bekas dalam keadaan teruk atau bocor, buangan tersebut

hendaklah segera dipindahkan ke bekas yang baru atau berkeadaan

baik, seperti yang dinyatakan dalam perenggan 4.4.

7.6 Semua tempat penstoran buangan terjadual hendaklah ditanda

dengan jelas.

7.7 Peralatan yang sesuai seperti forklift dan lain-lain hendaklah

digunakan bagi memindahkan bekas-bekas tidak tegar tersebut.

7.8 Bekas tidak tegar hendaklah distorkan di dalam stor yang mempunyai

kelebaran lorong yang mencukupi bagi memastikan pekerja dan

peralatan mempunyai akses yang mudah ke kawasan simpanan.

7.9 Pengisian buangan ke dalam bekas tidak tegar hendaklah dilakukan

sedekat yang mungkin dengan tempat buangan dihasilkan.

7.10 Bekas buangan hendaklah sentiasa ditutup dan hanya dibuka apabila

ingin menambah atau mengeluarkan buangan terjadual dari dalam

bekas.

8.0 PEMERIKSAAN KAWASAN PENSTORAN

8.1 Pemeriksaan di tempat penyimpanan bekas hendaklah dijalankan

pada setiap minggu bagi mengelakkan berlakunya sebarang

kemalangan.

8.2 Pengeluar dan pengendali buangan hendaklah menyediakan senarai

semak pemeriksaan yang standard bagi tujuan pemeriksaan secara

berkala, contohnya seperti di Lampiran 4.

8.3 Senarai pemeriksaan tersebut hendaklah sentiasa disimpan dan

dikemaskini dari masa ke semasa.

8.4 Selepas pemeriksaan, tindakan segera perlu diambil sekiranya

terdapat masalah yang dikesan.

8.5 Pengeluar buangan hendaklah menyediakan inventori buangan

terjadual yang betul dan dikemaskini seperti yang dinyatakan dalam

Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005.

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

Buangan-buangan Terjadual Dengan Potensi Ketakserasian

10

Lampiran 1

Pencampuran buangan di dalam Kumpulan A dengan buangan di dalam Kumpulan B mungkin

berpotensi mengakibatkan seperti yang berikut:

Kumpulan 1-A Kumpulan 1-B

Cecair kaustik beralkali Enapcemar asid

Pencuci beralkali Pencuci kimia

Cecair mengakis beralkali Elektrolit, asid

Air buangan kaustik Asid, cecair atau larutan punaran

Enapcemar kapur dan Likuor penjerukan dan asid mengakis lain

alkali-alkali mengakis lain Asid terpakai

Asid campuran terpakai

Berpotensi mengakibatkan: Penjanaan haba, tindak balas yang kuat.

Kumpulan 2-A Kumpulan 2-B

Asbestos Pelarut

Berilium Bahan letupan

Bekas racun makhluk perosak Petroleum

yang tidak dibilas Minyak dan buangan mudah

Racun makhluk perosak terbakar lain

Berpotensi mengakibatkan: Pelepasan bahan toksik sekiranya berlaku kebakaran atau letupan.

Kumpulan 3-A Kumpulan 3-B

Aluminium Apa-apa buangan dalam

Berilium kumpulan 1-A atau 1-B

Kalsium

Litium

Magnesium

Kalium

Sodium

Serbuk zink dan logam-logam

reaktif lain serta hidrida logam

Berpotensi mengakibatkan: Kebakaran atau letupan; penjanaan gas hydrogen mudah terbakar.

Kumpulan 4-A Kumpulan 4-B

Alkohol Apa-apa buangan pekat dalam

Kumpulan 1-A atai 1-B

Kalsium

Litium

Hidrida logam

Kalium

Sodium

Buangan reaktif air

Berpotensi mengakibatkan: Kebakaran, letupan atau penjanaan haba; penjanaan gas toksik yang

mudah terbakar.

Kumpulan 5-A Kumpulan 5-B

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

Alkohol Buangan pekat dalam Kumpulan 1-A atau 1-B

Aldehid Buangan dalam kumpulan 3-A

Hidrokarbon terhalogen

Hidrokarbon ternitrat dan

sebatian organik reaktif

lain serta pelarut

Hidrokarbon tidak tepu

Berpotensi mengakibatkan: Kebakaran, letupan atau tindak balas yang kuat.

Kumpulan 6-A Kumpulan 6-B

Larutan sianida dan Buangan dalam Kumpulan 1-B

sulfida terpakai

Berpotensi mengakibatkan: Penjanaan gas hydrogen sianida atau hydrogen sulfida yang toksik

Kumpulan 7-A Kumpulan 7-B

Klorat dan pengoksida kuat yang lain Asid organik

Klorit Buangan dalam Kumpulan 2-B

Asid kromik Buangan dalam Kumpulan 3-B

Hipoklorit Buangan dalam Kumpulan 5-A dan buangan

Nitrat mudah terbakar serta buangan boleh terbakar lain

Asid nirik

Perklorat

Permanganat

Peroksida

Berpotensi mengakibatkan: Kebakaran, letupan atau tindak balas yang kuat.

11

A. Sifat-Sifat

1. Kategori buangan

2. Punca

- Mengikut Jadual Pertama

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

13

Lampiran 3

- Nyatakan daripada proses, aktiviti, kejadian dll. yang manakah buangan

dikeluarkan

3. Sifat fizik buangan

4. Risiko

- Takat kilat

- Takat didih

o C

o C

- Konsistensi pada suhu bilik (gas, cecair, enapcemar, pepejal)

- Wap lebih ringan/lebih berat daripada udara

- Keterlarutan dalam air

- Buangan lebih ringan/lebih berat daripada air

- Melalui sedutan

- Melalui pengambilan oral

- Melalui sentuhan kulit

B. Pengendalian buangan

1. Kelengkapan perlindungan diri

- Sarung tangan, cermin mata keledar, pelindung muka dll.

2. Prosedur/langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan, membungkus,

mengangkut dan menstor

3. Label yang sesuai

- Label bagi bekas-bekas

4. Kaedah yang disyorkan bagi pelupusan

C. Langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku pertumpahan atau pelepasan tidak sengaja

yang menyebabkan kecederaan diri

1. Sekiranya tersedut wasap atau pengambilan oral

- Gejala-gejala keracunan

- Pertolongan cemas yang sesuai

- Garis panduan bagi pakar perubatan

Garis Panduan Bekas Buangan Terjadual Yang Tidak Tegar:

Pembungkusan dan Pelabelan

2. Sekiranya tersentuh kulit atau tersentuh mata

- Gejala-gejala keracunan

- Pertolongan cemas yang sesuai

- Garis panduan bagi pakar perubatan

D. Langkah-langkah yang hendaklah diambil sekiranya berlaku pertumpahan atau

pelepasan tidak sengaja yang menyebabkan kerosakan material akibat daripada-

1. Pertumpahan atas lantai, tanah, jalan, dll

2. Pertumpahan ke dalam air

3. Kebakaran

4. Letupan

14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!