25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGENALAN

Perenggan 15.27(b) Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia

Securities Berhad ("Bursa Sekuriti") memerlukan Lembaga

Pengarah syarikat yang disenarai awam untuk menyertakan satu

penyata berhubung keadaan kawalan dalaman di dalam laporan

tahunan penerbit yang disenarai tersebut sebagai sebuah

kumpulan. Penyata Kawalan Dalaman Bursa Sekuriti: Panduan

bagi Pengarah Syarikat Disenarai Awam menyediakan panduan

bagi pematuhan dengan keperluan-keperluan ini.

Kawalan dalaman secara umumnya ditakrif sebagai satu proses

yang dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah, Pengurusan dan

kakitangan lain dalam sesebuah entiti, diwujudkan untuk

memberi jaminan munasabah berhubung pencapaian objektif

dalam kategori-kategori berikut:

Keberkesanan dan kecekapan operasi.

Melindungi aset.

Kewibawaan dan integriti maklumat kewangan dan operasi.

Pematuhan dengan undang-undang, peraturan dan kontrak

yang digunapakai.

Berikut adalah Penyata Kawalan Dalaman dan Amalan Pengurusan

Risiko Lembaga.

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA

Lembaga Pengarah mengakui kepentingan kawalan dalaman dan

amalan pengurusan risiko yang baik untuk mencapai tadbir urus

korporat yang unggul. Lembaga memikul tanggungjawab

menyeluruh ke atas sistem kawalan dalaman dan pengurusan

risiko Kumpulan, dan mengkaji kecukupan serta kewibawaan

sistem-sistem tersebut. Disebabkan kekurangan yang sedia ada di

dalam mana-mana sistem kawalan dalaman, perlu diingati

bahawa sistem sedemikian diwujudkan untuk mengurus dan

bukan menghapus risiko kegagalan mencapai objektif korporat.

Justeru, sistem tersebut hanya boleh memberi jaminan yang

munasabah, bukan muktamad, terhadap salahnyata atau

kerugian ketara.

Kumpulan mempunyai proses berterusan untuk mengenalpasti,

menilai, memantau dan mengurus risiko utama yang menjejaskan

pencapaian objektif perniagaannya sepanjang tempoh kewangan

ini. Proses ini dikaji secara kerap oleh Lembaga.

Lembaga mengekalkan kawalan muktamad ke atas risiko dan

isu-isu kawalan dan pada masa yang sama, ia telah

mempertanggungjawabkan kepada pengurusan eksekutif tugas

melaksanakan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman.

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO

Lembaga menjalankan kajian ke atas proses pengurusan risiko

yang tersedia di dalam Kumpulan dengan bantuan Jawatankuasa

Pengurusan Risiko, Penyelaras Risiko dan Jabatan Audit Dalaman.

Unsur-unsur penting rangka kerja pengurusan risiko Kumpulan

adalah seperti berikut:

Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang diketuai oleh

Pengurusan Besar Kumpulan dan dianggotai oleh kakitangan

pengurusan utama daripada perniagaan dan fungsi sokongan

yang berkaitan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab

mengenalpasti dan menyampaikan kepada Lembaga Pengarah

risiko-risiko yang dihadapi oleh Kumpulan, perubahan yang

berlaku dan rancangan tindakan pengurusan untuk mengurus

risiko tersebut.

Manual Pengurusan Risiko yang menggariskan dasar korporat

dan rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan dan

memberi panduan praktikal berhubung isu-isu pengurusan.

Sebuah pangkalan data bagi semua risiko dan kawalan

berbentuk Daftar Risiko yang dikaji dan dilaporkan secara

berkala oleh Lembaga.

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!