25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota kepada Penyata Kewangan 31 Disember 2005

5. DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)

5.14 Instrumen kewangan (Sambungan)

5.14.1 Instrumen kewangan diiktiraf pada kunci kira-kira (Sambungan)

(c) Nota Jangka Sederhana

Nota Jangka Sederhana diiktiraf di dalam penyata kewangan berasaskan nilai nominal nota tersebut.

(d) Instrumen kewangan lain

Dasar perakaunan bagi instrumen kewangan lain pada kunci kira-kira dinyatakan dalam dasar berasingan yang

berkaitan dengan setiap perkara.

5.14.2 Instrumen kewangan tidak diiktiraf pada kunci kira-kira

Kontrak hadapan mata wang asing

Kontrak hadapan mata wang asing digunakan untuk melindung nilai pendedahan mata wang asing hasil penerimaan dan

pembayaran dalam mata wang asing. Sebarang keuntungan atau kerugian yang timbul daripada kontrak yang dimeterai

sebagai lindung nilai urus niaga masa hadapan yang diandaikan, ditunda sehingga tarikh urus niaga tersebut yang mana

pada masa itu ia diambil kira dalam penentuan urus niaga tersebut.

Semua keuntungan atau kerugian lain berkaitan dengan instrumen yang dilindung nilai diiktiraf di dalam penyata

pendapatan diiktiraf pada tempoh yang sama sebagai perbezaan pertukaran daripada perkara asas yang dilindung nilai.

Kontrak swap kadar faedah

Swap kadar faedah digunakan untuk melindung nilai pendedahan Kumpulan kepada pergerakan dalam kadar faedah.

Perbezaan dalam kadar faedah akan dibayar diiktiraf di dalam penyata pendapatan sepanjang tempoh kontrak sebagai

sebahagian daripada perbelanjaan faedah.

5.14.3 Anggaran nilai saksama bagi tujuan pendedahan

Nilai saksama derivatif dan sekuriti yang didagangkan secara umum adalah berasaskan kepada harga pasaran pada tarikh

kunci kira-kira.

Nilai saksama kontrak tukaran asing ditentu menggunakan kadar pasaran tukaran asing pada tarikh kunci kira-kira.

Nilai saksama kontrak swap kadar faedah adalah amaun anggaran yang dijangka akan dibayar atau diterima oleh

Kumpulan berikutan penamatan kedudukan belum dibayar yang timbul daripada kontrak sedemikian.

Dalam menaksir nilai saksama derivatif dan instrumen kewangan yang tidak didagangkan, Kumpulan menggunakan

pelbagai kaedah dan membuat pelbagai andaian yang berasaskan kepada keadaan pasaran yang ada pada setiap tarikh

kunci kira-kira. Harga pasaran yang tercatat atau sebut harga wakil jualan bagi instrumen khusus atau serupa digunakan

untuk hutang jangka panjang. Teknik lain, seperti model penentuan harga opsyen dan nilai anggaran yang didiskaun bagi

aliran tunai masa hadapan, diguna untuk menentukan nilai saksama instrumen kewangan yang selebihnya. Secara khusus,

nilai saksama liabiliti kewangan dianggarkan dengan mendiskaun aliran tunai masa hadapan yang dikontrak pada kadar

faedah pasaran semasa yang tersedia untuk Kumpulan bagi instrumen kewangan yang serupa.

Nilai saksama bagi aset dan liabiliti kewangan dengan kematangan kurang dari satu tahun diandaikan hampir dengan

185

nilai mukanya.

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!