25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nota kepada Penyata Kewangan 31 Disember 2005

5. DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)

5.11 Faedah pekerja (Sambungan)

5.11.1 Faedah jangka pendek pekerja (Sambungan)

Bonus diiktiraf sebagai perbelanjaan apabila ada obligasi sekarang, sah atau konstruktif untuk membuat bayaran tersebut,

hasil daripada kejadian masa lepas dan apabila anggaran yang meyakinkan bagi amaun obligasi dapat dibuat.

5.11.2 Pelan caruman bertakrif

Syarikat dan anak-anak syarikatnya yang diperbadankan di Malaysia membuat caruman kepada simpanan wang berkanun

dan anak-anak syarikat asing membuat caruman kepada skim pencen berkanun negara masing-masing dan mengiktiraf

pemiutang caruman tersebut:

(a) selepas ditolak sumbangan yang telah dibayar sebagai liabiliti; dan

(b) sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan di mana kakitangan memberi perkhidmatan mereka.

5.12 Cukai pendapatan

Cukai pendapatan dalam penyata kewangan bagi tahun kewangan ini meliputi perbelanjaan cukai semasa dan cukai

tertunda.

5.12.1 Perbelanjaan cukai semasa

Perbelanjaan cukai semasa meliputi semua cukai dalam negeri dan asing yang berasaskan kepada keuntungan boleh

dicukai.

5.12.2 Cukai tertunda

Cukai tertunda, termasuk liabiliti dan aset cukai tertunda, diperuntukkan di bawah kaedah liabiliti pada kadar cukai semasa

bagi semua perbezaan sementara antara amaun bawaan sesuatu aset ataupun liabiliti dalam kunci kira-kira, dengan asas

cukainya termasuk kerugian cukai belum guna dan elaun modal.

Aset cukai tertunda diiktiraf hanya jika ada kemungkinan bahawa untung kena cukai tersedia dan boleh digunakan untuk

menanggung perbezaan sementara boleh potong. Amaun bawaan aset cukai tertunda dikaji semula pada setiap tarikh

kunci kira-kira. Jika untung dikenakan cukai yang mencukupi mungkin tidak lagi tersedia untuk membolehkan sebahagian

atau seluruh aset cukai tertunda digunakan, maka amaun bawa aset cukai tertunda tersebut akan dikurangkan. Bila ada

untung dikenakan cukai yang mencukupi maka pengurangan demikian akan dibalikkan sehingga ke tahap untung boleh

dicukai tersebut.

Aset cukai dan liabiliti tertunda dikurangkan apabila terdapat hak boleh dikuatkuasa untuk mengurangkan aset cukai

semasa daripada liabiliti cukai semasa dan apabila aset cukai tertunda berkaitan dengan pihak berkuasa cukai yang sama.

5.13 Urus niaga dan Pertukaran mata wang asing

(a) Urus niaga dan baki dalam mata wang asing

Urus niaga dalam mata wang asing ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang lazim pada tarikh

urus niaga, kecuali dilindung nilai oleh kontrak pertukaran mata wang asing hadapan, di mana kadar yang ditetapkan

di dalam kontrak hadapan sedemikian digunakan. Aset berbentuk wang dalam mata wang asing dan liabiliti

denominasi dalam mata wang asing pada tarikh kunci kira-kira ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar anggaran

pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh tersebut kecuali dilindung nilai oleh kontrak pertukaran mata wang asing

hadapan, di mana kadar yang dinyatakan dalam kontrak hadapan sedemikian digunakan.

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

183

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!