25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

182

Nota kepada Penyata Kewangan 31 Disember 2005

5. DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)

5.7 Pelaburan (Sambungan)

(iii) Pelaburan lain

Pelaburan dalam saham disebut harga yang dipegang sebagai pelaburan jangka pendek dinyatakan pada yang mana

lebih rendah antara kos dan nilai pasaran.

5.8 Kemerosotan nilai aset

Amaun bawa aset Kumpulan dan Syarikat selain daripada inventori, aset cukai tertunda, dan aset kewangan (selain

daripada pelaburan dalam anak-anak syarikat) dikira pada tarikh kunci kira-kira untuk menentukan sama ada terdapat

tanda kemerosotan nilai. Jika petanda sedemikian wujud, amaun aset yang boleh dikutip semula, dianggarkan dan

kerugian kemerosotan nilai diiktiraf apabila amaun yang boleh dikutip semula kurang daripada amaun bawa aset tersebut.

Kerugian kemerosotan diiktiraf dalam penyata pendapatan dengan serta-merta kecuali bagi kemerosotan ke atas aset

dinilai semula di mana kerugian kemerosotan diiktiraf secara langsung dengan akaun lebihan penilaian semula sehingga

ke tahap lebihan tersebut dikredit daripada penilaian semula sebelumnya bagi aset yang sama dengan lebihan kerugian

kemerosotan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan.

Semua pembalikkan ke atas kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata kewangan dengan serta

merta kecuali kerugian kemerosotan ke atas aset yang dinilai semula di mana pembalikkan kerugian kemerosotan tersebut

dianggap sebagai pertambahan penilaian semula dan dikredit kepada akaun lebihan penilaian semula aset yang sama.

Kerugian kemerosotan berhubung muhibah hanya berbalik ke tahap amaun bawa aset tersebut tidak melebihi amaun

bawa yang boleh ditentukan, selepas ditolak susut nilai atau pelunasan, jika kerugian kemerosotan nilai tidak diiktiraf.

Kerugian kemerosotan nilai berbalik jika terdapat perubahan dalam anggaran yang digunakan untuk menentukan amaun

boleh dikutip semula.

5.9 Pemiutang

Jumlah belum bayar dinyatakan pada nilai kos, yakni nilai saksama bayaran yang perlu dijelaskan pada masa depan bagi

barangan dan perkhidmatan yang diberikan.

5.10 Peruntukan

Peruntukan diiktiraf apabila terdapat obligasi kini, sama ada guaman atau konstruktif, akibat peristiwa yang sudah berlalu,

jika ada kemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang merangkumi manfaat ekonomi diperlukan untuk menunaikan

obligasi itu, dan anggaran yang meyakinkan bagi amaun obligasi dapat dibuat.

5.11 Faedah pekerja

5.11.1 Faedah jangka pendek pekerja

Upah, gaji, caruman keselamatan sosial, cuti tahunan bergaji, cuti sakit bergaji, bonus dan manfaat bukan berbentuk

kewangan diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan apabila kakitangan telah memberikan perkhidmatan

mereka kepada Kumpulan dan Syarikat.

Ketidakhadiran bergaji terkumpul jangka pendek seperti cuti tahunan bergaji diiktiraf sebagai perbelanjaan apabila

kakitangan memberi perkhidmatan yang menambahkan kelayakan mereka untuk menerima ketidak hadiran bergaji

terkumpul pada masa akan datang. Ketidakhadiran bergaji tidak terkumpul jangka pendek seperti cuti sakit diiktiraf apabila

ketidakhadiran tersebut berlaku.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!