25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

180

Nota kepada Penyata Kewangan 31 Disember 2005

5. DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)

5.2 Asas penyatuan (Sambungan)

Perbezaan antara harga belian dan nilai saksama aset bersih anak syarikat pada tarikh pengambilalihan dianggap sebagai

muhibah atau rizab semasa penyatuan.

Kepentingan minoriti yang merupakan sebahagian daripada keputusan bersih operasi dan daripada aset bersih sesebuah

anak syarikat berkaitan dengan kepentingan yang tidak dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Kumpulan.

Kepentingan minoriti adalah ukuran bahagian minoriti daripada aset bersih anak syarikat pada tarikh pengambilalihan, dan

bahagian minoriti daripada perubahan dalam ekuiti sejak tarikh pengambilalihan.

Kerugian berkaitan dengan minoriti sebagai lebihan daripada kepentingan minoriti dalam ekuiti anak syarikat

diperuntukkan daripada kepentingan Kumpulan kecuali setakat mana minoriti mempunyai obligasi terikat dan mampu

membuat pelaburan tambahan untuk menampung kerugian. Apabila anak syarikat tersebut berkaitan dengan pemegang

ekuiti Syarikat sehingga bahagian kerugian minoriti yang sebelumnya diserap oleh pemegang ekuiti Syarikat telah dikutip

semula.

5.3 Hartanah, loji dan peralatan dan susut nilai

Amaun bawa kasar hartanah, loji dan peralatan pada mulanya dinyatakan pada kos. Tanah dan bangunan yang telah dinilai

semula dinyatakan pada nilaian selepas ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian kemerosotan nilai terkumpul, jika ada.

Semua hartanah, loji dan peralatan lain dinyatakan pada kos atau nilaian ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian

penurunan nilai terkumpul, jika ada.

Tiada peruntukan susut nilai bagi tanah milik bebas, loji dan bangunan dalam pembinaan dan percetakan akhbar dan

kemudahan sokongan di bawah pengeluaran. Tanah pegangan pajakan dilunaskan mengikut tempoh pajakan dari 72 tahun

hingga 888 tahun.

Susut nilai hartanah, loji dan peralatan lain dikira berasaskan garis lurus untuk menghapuskira kos atau penilaian aset

tersebut sepanjang jangka hayat bergunanya.

Kadar tahunan susut nilai yang digunakan adalah seperti yang berikut:

Tanah pegangan pajakan 72 tahun hingga 888 tahun

Bangunan 30 tahun hingga 50 tahun

Loji dan mesin 6.5% – 33.33%

Perabot, kelengkapan dan peralatan 10% – 50%

Pengubahsuaian 10%

Kenderaan bermotor 20%

5.4 Aset tidak ketara

5.4.1 Muhibah

Muhibah merupakan lebihan daripada kos pengambilalihan berbanding nilai saksama bahagian Kumpulan daripada nilai

saksama aset bersih anak syarikat pada tarikh pengambilalihan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!