25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nota kepada Penyata Kewangan 31 Disember 2005

2. OBJEKTIF DAN DASAR PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (Sambungan)

Risiko kecairan dan aliran tunai

Kumpulan menguruskan secara aktif aliran tunai operasinya bagi memastikan semua komitmen dan keperluan pembiayaan

dipenuhi. Pengurusan risiko kecairan yang berhemat bermaksud mengekalkan wang tunai dan sekuriti boleh pasar yang

mencukupi, tersedianya pembiayaan melalui amaun kemudahan kredit terikat yang memadai dan kebolehan untuk mencairkan

kedudukan pasaran. Disebabkan sifat dinamik perniagaan dasar, Kumpulan bertujuan mengekalkan daya fleksibel pembiayaan

dengan memastikan talian kredit terikat sentiasa tersedia.

3. KEGIATAN UTAMA

Kegiatan utama Syarikat merangkumi penerbitan, percetakan dan pengedaran surat khabar dan majalah. Kegiatan utama anak

syarikat ditunjukkan dalam Nota 8 kepada penyata kewangan.

Tidak terdapat sebarang perubahan ketara dalam bentuk kegiatan utama ini pada sepanjang tahun kewangan.

4. ASAS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan mengikut peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan piawaian perakaunan

yang diluluskan dan sesuai digunakan di Malaysia.

5. DASAR PERAKAUNAN PENTING

5.1 Asas perakaunan

Akaun Kumpulan dan Syarikat telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah (yang diubahsuai oleh penilaian semula

tanah dan bangunan pegangan pajakan tertentu) kecuali ditunjukkan sebaliknya dalam dasar perakaunan penting.

Penyediaan penyata kewangan adalah selaras dengan piawaian perakaunan yang dilulus dan sesuai digunakan di Malaysia

dan peruntukan Akta Syarikat, 1965 yang memerlukan para Pengarah membuat anggaran dan andaian yang memberi

kesan kepada amaun aset dan liabiliti yang dilaporkan dan pendedahan aset dan liabiliti luarjangka pada tarikh penyata

kewangan dan amaun hasil dan perbelanjaan yang dilaporkan pada tempoh laporan. Keputusan sebenar mungkin berbeza

daripada keputusan anggaran.

5.2 Asas penyatuan

Penyata kewangan yang disatukan merangkumi penyata kewangan telah diaudit Syarikat dan semua anak syarikatnya yang

disediakan sehingga tarikh kunci kira-kira menggunakan kaedah perakaunan pengambilan. Keputusan anak syarikat yang

dibeli atau dijual sepanjang tempoh tahun kewangan ini dimasukkan ke dalam penyata kewangan yang disatukan dari

tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh penjualan.

Semua baki dan urus niaga antara syarikat dihapuskan dan penyata kewangan yang disatukan berkaitan dengan urus niaga

luaran sahaja.

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

179

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!