25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

178

Nota kepada Penyata Kewangan 31 Disember 2005

1. MAKLUMAT AM

Syarikat adalah sebuah syarikat tanggungan terhad, diperbadan dan bermastautin di Malaysia dan disenarai di Papan Utama Bursa

Malaysia Securities Berhad.

Pejabat berdaftar Syarikat terletak di Aras 15, Menara Star, 15, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya.

Tempat utama perniagaan Syarikat terletak di Menara Star, 15, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya.

Penyata kewangan ini dibentangkan dalam Ringgit Malaysia.

2. OBJEKTIF DAN DASAR PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Kegiatan Kumpulan terdedah kepada pelbagai risiko kewangan, termasuk risiko pertukaran mata wang asing, risiko kadar faedah,

risiko pasaran, risiko kredit, kecairan dan risiko aliran tunai.

Objektif pengurusan risiko kewangan keseluruhan Kumpulan adalah untuk memastikan bahawa Kumpulan memberi nilai untuk

para pemegang sahamnya. Kumpulan memfokus terhadap sifat pasaran kewangan yang tidak boleh diramal dan berusaha untuk

meminimumkan potensi kesan yang ketara ke atas prestasi kewangan Kumpulan. Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan

melalui kajian terhadap risiko, sistem kawalan dalaman, program jaminan menyeluruh dan pematuhan kepada dasar pengurusan

risiko kewangan Kumpulan. Lembaga Pengarah mengkaji secara kerap risiko-risiko ini dan meluluskan dasar perbendaharaan, yang

merangkumi pengurusan risiko-risiko tersebut.

Kumpulan menggunakan instrumen kewangan derivatif seperti kontrak tukaran asing dan kontrak swap kadar faedah untuk

melindung nilai pendedahan tertentu. Ia tidak menjalankan perdagangan dalam instrumen kewangan.

Risiko tukaran mata wang asing

Kumpulan terdedah kepada risiko mata wang natijah daripada urus niaga Kumpulan dengan penghutang perdagangan asing dan

pemiutang perdagangan asing. Kumpulan memantau perubahan dalam kadar tukaran mata wang asing secara dekat bagi

memastikan pendedahan terhadapnya diminimumkan. Syarikat menggunakan instrumen kewangan derivatif seperti kontrak

tukaran mata wang asing untuk melindung nilai pendedahan tertentu.

Risiko kadar faedah

Pendapatan dan aliran tunai operasi Kumpulan sebahagian besarnya tidak bergantung kepada perubahan dalam pasaran kadar

faedah. Pendedahan kadar faedah timbul daripada pinjaman dan deposit Kumpulan dan diuruskan melalui penggunaan hutang

berkadar tetap dan terapung. Syarikat menggunakan instrumen kewangan derivatif seperti kontrak swap kadar faedah untuk

melindungi pendedahan tertentu.

Risiko kredit

Risiko kredit timbul apabila instrumen derivatif digunakan atau jualan dibuat berasaskan tempoh kredit tertunggak. Kumpulan

berusaha untuk melabur aset tunai dengan selamat dan menguntungkan. Ia juga berusaha untuk mengawal risiko kredit dengan

menetapkan had pihak berurusan dan memastikan supaya produk dan perkhidmatan dijual kepada pelanggan yang mempunyai

sejarah kredit yang sesuai. Kumpulan berpendapat risiko kerugian ketara tidak mungkin berlaku sekiranya kejadian tidak berbayar

dari pihak kewangan yang berurusan berlaku.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!