25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan Juruaudit kepada ahli-ahli Star Publications (Malaysia) Berhad

Kami telah mengaudit penyata kewangan yang dibentangkan di halaman 172 hingga 221.

Penyata kewangan tersebut adalah tanggungjawab para Pengarah.

Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat berkecuali mengenai penyata kewangan tersebut berdasarkan audit kami,

dan melaporkan pendapat kami kepada anda, sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 dan bukan untuk tujuan

lain. Kami tidak memikul tanggungjawab kepada mana-mana pihak berhubung kandungan laporan ini.

Kami telah menjalankan audit kami menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian ini menghendaki kami

merancang dan melaksanakan audit untuk memberi kami keyakinan yang munasabah bahawa penyata kewangan ini bebas daripada

salah nyata penting. Sesuatu audit meliputi pemeriksaan, berasaskan ujian, bukti yang berkaitan amaun dan pendedahan dalam

penyata kewangan. Sesuatu audit juga termasuk menilai prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting yang

dibuat oleh para pengarah serta penilaian keseluruhan penyata kewangan yang dibentangkan. Kami percaya bahawa audit kami

memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami.

Pada pendapat kami:

(a) penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan betul mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan dan boleh digunakan

di Malaysia dan Akta Syarikat, 1965, untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang:

(i) perkara-perkara yang diperlukan oleh Seksyen 169 Akta Syarikat untuk diuruskan di dalam penyata kewangan Kumpulan dan

Syarikat; dan

(ii) kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2005 dan tentang hasil operasi mereka serta aliran tunai Kumpulan

dan Syarikat bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut;

dan

(b) rekod perakaunan dan rekod lain serta daftar yang dikehendaki oleh Akta yang perlu disimpan oleh Syarikat dan anak syarikatnya

yang kami bertindak sebagai juruaudit telah disimpan dengan sempurna menurut peruntukan Akta tersebut.

Kami telah mempertimbangkan penyata kewangan dan Laporan Juruaudit anak syarikat, yang kami tidak bertindak sebagai juruaudit,

seperti yang ditunjukkan dalam Nota 8 kepada penyata kewangan iaitu penyata kewangan yang termasuk dalam penyata kewangan

yang disatukan.

Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan anak syarikat yang telah disatukan dengan akaun Syarikat adalah dalam bentuk dan

kandungan yang sesuai dan sempurna untuk tujuan penyediaan penyata kewangan yang disatukan, dan kami telah berpuas hati dengan

maklumat dan penjelasan yang kami perlukan untuk tujuan berkenaan.

Laporan Juruaudit ke atas penyata kewangan anak syarikat tidak tertakluk kepada sebarang pengecualian dan tidak mengandungi

sebarang teguran yang dibuat di bawah Seksyen 174(3) Akta tersebut.

BDO BINDER

AF: 0206

Akauntan Bertauliah

TAN KIM LEONG, JP

235/06/07 (J/PH)

Rakan Kongsi Firma

Kuala Lumpur

23 Februari 2006

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

171

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!