25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

168

Laporan Pengarah

MAKLUMAT BERKANUN LAIN BERKAITAN KUMPULAN DAN SYARIKAT: (Sambungan)

(II) DARI AKHIR TAHUN KEWANGAN HINGGA KE TARIKH LAPORAN INI (Sambungan)

(d) Pada pendapat para Pengarah: (Sambungan)

(ii) tidak terdapat liabiliti luar jangka atau liabiliti lain yang telah berkuatkuasa, atau berkemungkinan berkuatkuasa,

dalam jangka masa dua belas bulan selepas akhir tahun kewangan yang akan atau yang mungkin mempengaruhi

keupayaan Kumpulan dan Syarikat untuk memenuhi obligasi mereka apabila tiba masanya kelak.

(III) PADA TARIKH LAPORAN INI DIBUAT

(e) Tidak terdapat sebarang caj ke atas aset Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan untuk

menjamin liabiliti pihak lain.

(f) Tidak terdapat liabiliti luar jangka yang timbul sejak akhir tahun kewangan.

(g) Para Pengarah tidak sedar tentang sebarang keadaan yang tidak sepatutnya diambilkira dalam laporan atau penyata kewangan

yang boleh menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan.

PERISTIWA PENTING PADA TAHUN KEWANGAN

Pada 28 Februari 2005 dan 29 Ogos 2005, Syarikat telah menerbitkan Nota Jangka Sederhana masing-masing bernilai RM150 juta dan

RM100 juta. Nota tersebut diberi penarafan AA2 oleh Rating Agency Malaysia Berhad dan dengan tempoh matang selama 5 tahun,

telah diterbitkan daripada Program Terbitan Kertas Komersial/Nota Jangka Sederhana bernilai RM350 juta.

Pada 2 September 2005, Star Rediffusion Sdn. Bhd. telah diperbadankan sebagai anak syarikat milik penuh Syarikat dengan modal

diterbit dan dibayar sebanyak RM2.

Pada 21 September 2005, Syarikat telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk memperolehi 70% kepentingan ekuiti dalam

Rimakmur Sdn. Bhd. yang mewakili 22,400 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu untuk pertimbangan tunai berjumlah RM7,178,639.

Pengambilalihan tersebut telah diselesaikan pada 9 November 2005.

Pada 15 Disember 2005, Syarikat telah menebus sepenuhnya bon todak bercagar boleh tebus 2000/2005 dengan amaun nominal

sebanyak RM250 juta yang ditadbir melalui sebuah Surat Amanah bertarikh 15 November 2000.

PERISTIWA SELEPAS TARIKH LEMBARAN IMBANGAN

Pada 23 Februari 2006, Syarikat telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad mengenai perkara berikut:

(a) cadangan terbitan bonus 369,281,801 saham biasa baru bernilai RM1.00 setiap satu dalam Syarikat berasaskan kepada satu (1)

saham bonus bagi setiap satu (1) saham biasa sedia ada bernilai RM1.00 setiap satu dalam Syarikat yang dipegang pada tarikh

yang akan ditentukan ("Cadangan Terbitan Bonus").

Cadangan Terbitan Bonus ini akan dipermodalkan pada peringkat awalnya daripada akaun premium saham Syarikat dan selebihnya

daripada akaun keuntungan terkumpul Syarikat.

Setelah diperuntukkan, Saham Bonus ini akan bertaraf pari passu dalam semua hal dengan saham-saham sedia ada dalam terbitan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!