25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan Pengarah

MANFAAT PENGARAH

Sejak akhir tahun kewangan sebelumnya, tiada seorang Pengarah Syarikat yang menerima atau yang layak menerima manfaat (selain

manfaat yang termasuk dalam amaun agregat emolumen yang telah diterima atau yang akan diterima dan yang boleh diterima oleh

Para Pengarah seperti yang ditunjukkan dalam penyata kewangan) melalui perjanjian yang dibuat oleh Syarikat atau perbadanan

berkaitan dengan Pengarah atau firma yang Pengarah tersebut menjadi ahlinya, atau dengan sebuah syarikat yang Pengarah tersebut

mempunyai kepentingan kewangan yang besar.

Tiada sebarang pengaturan telah dibuat sepanjang dan pada akhir tahun kewangan ini, yang mana Syarikat merupakan satu pihak,

dengan tujuan untuk membolehkan para pengarah Syarikat untuk menguasai kepentingan melalui pengambilalihan saham atau

debentur Syarikat atau sebarang badan korporat lain kecuali bagi opsyen saham yang diberi kepada Datuk Steven Tan Kok Hiang dan

Datuk Seri Kamal Mohamed Hashim selaras dengan ESOS.

MAKLUMAT BERKANUN LAIN BERKAITAN KUMPULAN DAN SYARIKAT:

(I) PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN

(a) Sebelum penyata pendapatan dan kunci kira-kira Kumpulan dan Syarikat disediakan, para pengarah telah mengambil

langkah-langkah yang munasabah:

(i) untuk memastikan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil berhubung dengan hapus kira hutang lapuk dan

membuat peruntukan untuk hutang ragu, dan telah berpuas hati bahawa semua hutang lapuk yang diketahui telah

dihapus kira dan peruntukan yang mencukupi telah dibuat untuk hutang ragu; dan

(ii) untuk memastikan bahawa sebarang aset semasa yang tidak mungkin mencapai nilai bukunya dalam urusan

perniagaan biasa telah diturunkan nilainya ke nilai yang dianggarkan dapat dicapai.

(b) Pada pendapat para Pengarah, hasil operasi Kumpulan dan Syarikat sepanjang tahun kewangan tidak dipengaruhi secara

ketara oleh sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa yang penting dan luar biasa.

(II) DARI AKHIR TAHUN KEWANGAN HINGGA KE TARIKH LAPORAN INI

(c) Para Pengarah tidak menyedari tentang sebarang keadaan:

(i) yang boleh menyebabkan jumlah hutang lapuk yang dihapus kira atau jumlah peruntukan untuk hutang ragu dalam

penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat tidak mencukupi hingga ke tahap yang ketara; atau

(ii) yang boleh menyebabkan nilai aset semasa dalam akaun Kumpulan dan Syarikat mengelirukan; atau

(iii) yang berbangkit yang boleh menyebabkan penggunaan kaedah penilaian yang sedia ada ke atas aset atau liabiliti

Kumpulan dan Syarikat mengelirukan atau tidak sesuai.

(d) Pada pendapat para Pengarah:

(i) tidak timbul sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa yang penting dan luar biasa yang mungkin mempengaruhi

hasil operasi Kumpulan dan Syarikat secara ketara bagi tahun kewangan laporan ini dibuat; dan

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

167

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!