25.07.2013 Views

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

Events 2005 - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

164

Laporan Pengarah

WARAN 2000/2005

Menurut sebuah surat ikatan bertarikh 15 September 2000 (“Surat Ikatan”), Syarikat telah menerbitkan 18,976,728 waran (“Waran”)

selaras dengan penerbitan bon tidak bercagar boleh tebus 4% 2000/2005 bernilai nominal RM250,000,000.

Ciri-ciri utama Waran menurut Surat Ikatan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Setiap Waran melayakkan pemegang berdaftarnya pada bila-bila masa sepanjang tempoh pelaksanaan untuk melanggan bagi satu

(1) saham berharga RM1.00 sesaham pada harga pelaksanaan RM10.95 sesaham biasa.

(b) Harga pelaksanaan dan bilangan Waran adalah tertakluk kepada pelarasan menurut syarat-syarat yang disediakan dalam Surat

Ikatan.

(c) Tempoh pelaksanaan adalah empat tahun dan sembilan bulan dari tarikh terbitan hingga tamat pada 15 September 2005.

(d) Pada tarikh tamat tempoh pelaksanaan, sebarang Waran yang tidak dilaksanakan akan luput dan tidak lagi sah untuk sebarang

tujuan.

Menurut Surat Ikatan ini, harga dan bilangan pelaksanaan Waran dilaraskan kepada RM5.48 bagi setiap Waran dan 37,953,456 waran

masing-masing berkuatkuasa dari 3 Oktober 2001. Pelarasan ini timbul daripada terbitan bonus syarikat bagi satu saham untuk setiap

saham sedia ada yang dipegang.

Waran ini telah dibenarkan untuk penyenaraian dan sebut harga berkuatkuasa mulai 28 Februari 2001. Waran ini tamat tempoh pada

15 September 2005. Bilangan waran yang dilaksanakan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005 adalah 34,382,353 (2004:

3,235,800). Sebanyak 335,303 waran yang tidak dilaksanakan telah luput apabila waran tersebut tamat tempoh.

SKIM OPSYEN SAHAM KAKITANGAN

Sebuah Skim Opsyen Saham Kakitangan (“ESOS“) telah dilaksanakan pada 13 Februari 2001 untuk faedah para pengarah eksekutif dan

kakitangan yang layak, selepas kelulusan telah diperolehi daripada para pemegang saham dan Suruhanjaya Sekuriti (“SC”).

Ciri-ciri penting ESOS seperti yang dinyatakan di dalam Undang-Undang Kecil adalah seperti berikut:

(a) Bilangan maksimum saham yang akan ditawarkan di bawah Skim ini tidak akan melebihi 10% daripada modal terbitan dan

berbayar Syarikat pada sebarang masa sepanjang tempoh Skim ini atau sebarang bilangan tambahan yang mungkin akan

dibenarkan oleh SC sepanjang tempoh Skim ini.

(b) Kakitangan dan para pengarah eksekutif yang layak untuk menyertai Skim ini pada tarikh tawaran hendaklah berusia sekurangkurangnya

18 tahun dan merupakan seorang kakitangan yang telah disahkan jawatan dengan sekurang-kurangnya satu (1) tahun

perkhidmatan secara berterusan dengan Kumpulan.

(c) Opsyen yang diberi akan berkuatkuasa dalam tempoh lima (5) tahun dari 13 Februari 2001.

(d) Harga opsyen bagi setiap saham baru di bawah ESOS akan ditentukan pada diskaun tidak lebih dari 10% daripada harga pasaran

purata berwajaran saham 5 hari sebaik sahaja sebelum tarikh tawaran dibuat oleh jawatankuasa opsyen atau pada nilai tara

saham, yang mana lebih tinggi.

(e) Kakitangan dan para pengarah eksekutif yang diberi opsyen tidak mempunyai hak untuk menyertai, menurut opsyen ini, dalam

sebarang terbitan saham syarikat lain.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!