25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ULASAN OPERASI (SAMBUNGAN)

78

Kesan daripada usaha-usaha ini setakat ini amat memberangsangkan walaupun perbelanjaan

pengiklanan keseluruhan (ADEX) mencatat pertambahan kecil 3% pada tahun 2001, TV3 telah

meningkatkan pegangan pasarannya melalui hasil ADEX televisyennya daripada 46.5% pada tahun

2000 kepada 48% pada tahun yang ditinjau. Di samping itu, stesen TV ini berjaya mengekalkan

kadar tontonan di paras melebihi 40% untuk empat tahun berturut-turut. Berdasarkan keputusan

daripada kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini, mengesahkan

kedudukan stesen TV3 adalah yang paling digemari di Malaysia.

Pencapaian lain yang diraih meliputi penerbitan lebih banyak program tempatan dan program

baru serta kejayaan menerima beberapa anugerah daripada industri pengiklanan, terutamanya

aktiviti promosi Piala Dunia yang inovatif.

Kumpulan NSTP menampilkan pemulihan kewangan yang memberangsangkan pada tahun

kewangan berakhir 31 Ogos 2002. Keuntungan operasi (sebelum keuntungan luar biasa hasil

daripada penjualan, faedah, syarikat-syarikat sekutu dan cukai) menunjukkan peningkatan

keuntungan sebanyak RM41.5 juta pada tempoh yang ditinjau berbanding dengan kerugian

sebanyak RM95.7 juta pada tahun kewangan lepas. Keuntungan bersih pulih daripada kerugian

sebanyak RM141.8 juta pada tahun kewangan sebelumnya kepada keuntungan sebanyak RM349.3

juta adalah disebabkan oleh keuntungan luar biasa hasil daripada penjualan 11.8% kepentingan

NSTP dalam Commerce Asset Holding Berhad kepada KWSP dengan bayaran berjumlah RM910

juta yang diselesaikan pada 2 April 2002.

Prestasi operasi yang lebih kukuh itu didorong oleh langkah rasionalisasi terhadap kos yang

dijalankan oleh pihak pengurusan dan berlakunya peningkatan tawaran produk kepada para

pelanggan. Perubahan utama yang berlaku ke atas akhbar The New Straits Times (NST) bermula

dengan perubahan rekabentuk bermula pada 1 Januari 2002. Enam bulan selepas itu, akhbar

Business Times – yang sebelum ini diedarkan secara berasingan – telah digabungkan dengan NST

bagi mempertingkatkan daya tarikan NST kepada pengiklan utama.

Perubahan produk ini telah memberi kesan positif yang mendadak kepada bilangan pembaca dan

edarannya. Pada tempoh yang ditinjau, edaran akhbar-akhbar The New Straits Times dan Sunday

Times meningkat kepada 20% pada tahun yang ditinjau. Berita Harian juga berjaya mengekalkan

kedudukannya sebagai peneraju akhbar harian Melayu berdasarkan kepada bilangan pembaca,

sementara kejayaan cemerlang pada tahun kewangan ini adalah akhbar Harian Metro yang mampu

mencatat pertumbuhan edaran dua kali ganda dalam tempoh 18 bulan.

Laman media on-line NST turut menikmati pertambahan bilangan pembaca dengan 14 juta muka

surat yang dilayari sebulan, meningkat sebanyak 16% berbanding pada tahun kewangan

sebelumnya. Jualan arkib berita merupakan sebahagian besar daripada aliran pendapatan bagi

e-Media NSTP, mencatatkan peningkatan langganan terus sebanyak 14% berbanding pada tahun

kewangan sebelumnya. Jualan arkib gambar mula diperkenalkan dalam perkhidmatan ini.

Peningkatan edaran yang diperolehi dalam suasana pasaran yang lemah merupakan satu

pencapaian yang membanggakan. Ini telah dapat menampung pengurangan hasil pengiklanan

yang susut sebanyak 2% pada tahun yang ditinjau berikutan kelemahan pasaran pengiklanan

akibat peristiwa 11 September, 2001.

Kos kertas surat khabar yang rendah hampir sepanjang tahun kewangan yang ditinjau telah

memberi manfaat kepada prestasi kewangan Kumpulan NSTP. Harga kertas surat khabar susut ke

paras serendah AS$410 setiap tan metrik (C&F) sebelum stabil pada suku ketiga tahun fiskal 2002.

Dengan pengurusan kos yang terkawal, perbelanjaan pentadbiran korporat menurun lebih 30%,

menyebabkan syarikat ini mencatat pemulihan kewangan.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!