25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ULASAN OPERASI (SAMBUNGAN)

76

MULTIMEDIA

MRCB telah menubuhkan Bahagian Multimedia pada awal tahun 2000 bagi menyokong

kehadirannya dalam industri multimedia berikutan pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Sejak penubuhannya, Bahagian Multimedia telah memainkan peranan penting dalam

pembangunan Teknologi Maklumat (IT) dan pembangunan Media Digital di negara ini.

MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd (MMCSB) bertanggungjawab bagi merekabentuk,

membangun, memasang, menguji dan mentauliah pelbagai projek multimedia yang dijalankan oleh

Kumpulan. MMCSB telah membangunkan aplikasi EG-HRMIS sebagai sebuah sistem maklumat

pengurusan sumber manusia berteknologi yang bersepadu untuk sektor perkhidmatan awam.

Aplikasi ini telah memasukkan amalan terbaik dalam Sumber Manusia yang akan membolehkan

agensi-agensi perkhidmatan awam menghadapi pelbagai cabaran K-ekonomi.

MMCSB telah menyiapkan beberapa modul yang kini sudah beroperasi di 10 buah agensi perintis.

Bagi memasarkan produk tersebut, syarikat telah melancarkan pelbagai usaha pemasaran,

termasuk menyertai Ekspo Multimedia MSC pada bulan September 2001, Pameran Simposium

Kerajaan Microsoft pada bulan Mac 2002 dan Persidangan Ketua Pegawai Maklumat (Sektor

Kerajaan). MMCSB kini sedang menyiapkan fasa pertama projek EG-HRMIS dan dijangka akan

memulakan fasa kedua pada tahun kewangan akan datang.

MEDIA

Pada tahun kewangan yang ditinjau, TV3 menyatukan perniagaannya berdasarkan kepada kekuatan

teras syarikat ini iaitu penyiaran. Keteguhan strategi ini terletak pada pengembaliannya kepada

bidang penyiaran yang menjadi kejayaan asasnya: pembentukan sebuah organisasi yang lebih

berteraskan pengguna, memfokus tumpuannya semata-mata untuk memenuhi kehendak rakanrakan

dalam perniagaan dan para penontonnya.

Prestasi perolehan Kumpulan menyaksikan peningkatan kecil sebanyak 1.5% daripada RM240.7

juta pada tahun kewangan sebelumnya kepada RM244.4 juta pada tahun kewangan yang ditinjau.

Perolehan di peringkat syarikat juga turut mencapai peningkatan sebanyak 4% kepada RM215.2

juta berbanding RM206.0 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM7.2 juta

berbanding keuntungan tahun kewangan lepas sebanyak RM1.8 juta. Ini disebabkan oleh

keuntungan sekali daripada penjualan pelaburan hartanah yang dinikmati pada tahun kewangan

sebelumnya.

Di peringkat syarikat, TV3 mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.6 juta pada

tempoh kewangan yang ditinjau berbanding RM7.9 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan

sebelumnya. Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan hasil operasi berserta dengan

pelaksanaan langkah kawalan kos yang berkesan pada tempoh yang ditinjau.

Pada tahun kewangan ini, TV3 telah melaksanakan beberapa inisiatif utama untuk meningkatkan

prestasi operasinya. Inisiatif tersebut termasuk menyusun semula kedudukan pendekatan siaran

programnya untuk semua segmen penonton utama yang bermatlamat untuk memaksimumkan hasil

keberkesanan dari segi kos dan mempertingkatkan liputan penonton.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!