25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ULASAN OPERASI (SAMBUNGAN)

74

MRCB Utama juga sedang meneruskan pembangunan skim kediaman Taman Seri Serkam di Jasin,

Melaka, di bawah perjanjian dengan MAIM Holdings Berhad. Kerja bagi fasa pertama telah

dimulakan pada tahun 2001 dengan pembinaan 99 unit rumah kos rendah dan 125 unit rumah kos

sederhana, yang kesemuanya telah habis dijual.

Region 2

Kerja bagi Perbandaran Bandar Seri Iskandar juga berjalan dengan lancar. Pembangunan oleh Seri

Iskandar Development Corporation Sdn Bhd (SIDEC) ini dijalankan secara usahasama dengan

Malaysian Resources Development Sdn Bhd (MRDSB), subsidiari milik penuh MRCB dan

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Apabila siap nanti pada tahun 2020, perbandaran ini

meliputi sebuah kawasan seluas 5,155 ekar dengan pembangunan bersepadu terdiri daripada

kediaman, perdagangan, perindustrian dan kemudahan rekreasi. Ia mempunyai lokasi strategik di

di kawasan yang terletak di antara Ipoh dengan Lumut, pelabuhan laut utama bagi negeri Perak.

Perbandaran ini mempunyai laluan keluar masuk yang mudah dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

dengan lebuhraya sedia ada dan yang dicadangkan.

Fasa Satu Perbandaran ini meliputi kawasan seluas 630 ekar dijadual akan dibangunkan antara

tahun 2000 – 2004. Buat masa ini, pembangunannya melibatkan 1,315 unit kediaman pelbagai

jenis serta beberapa unit komersil.

Sambutan bagi unit kediaman dan komersil adalah sangat menggalakkan dengan 81% daripada

unit tersebut habis dijual. Penyerahan pertama unit-unit tersebut dijangka akan dilaksanakan pada

awal tahun 2003, sementara unit selebihnya akan diserahkan secara berperingkat menjelang bulan

Disember 2003.

Pembangunan Seri Iskandar akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Koridor Kinta-

Pangkor dengan perbandaran tersebut memainkan peranan sebagai penyokong untuk mempelawa

para pelabur yang berpotensi untuk membina loji perkilangan, kawasan rekreasi, entiti-entiti

pendidikan dan berkaitan IT.

Sehubungan itu, SIDEC juga akan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan keperluan

untuk kehidupan dan persekitaran kerja yang sesuai dengan menyediakan sekolah, surau dan

kemudahan riadah untuk menyokong keperluan penduduk perbandaran ini.

Sebagai sebahagian langkah rasionalisasi, MRDSB telah menjual sebuah kilang 6 tingkat yang

terletak di Jalan Klang Lama dengan harga tunai RM4.8 juta.

Pembangunan Hartanah Lain

Projek pembangunan hartanah utama lain yang dilaksanakan pada tempoh yang ditinjau ini

melibatkan Selbourne Square, pembangunan seluas 8.65 ekar yang merangkumi kompleks

membeli-belah terbesar di Shah Alam, Plaza Alam Sentral. Usaha telah ditumpukan untuk

memperbaiki hasil daripada kompleks membeli-belah ini termasuk promosi sepanjang tahun dan

mengecat semula fasadnya. Penyewa yang pelbagai telah bertambah baik dan kadar penghunian

berada di sekitar 76%. Kadar penyewaan ini dijangka akan meningkat dalam masa hadapan

terdekat hasil dorongan daripada beberapa penyewa utama.

Sebagai salah satu strategi untuk menarik pelaburan daripada aset bukan teras dan merealisasi

nilai pelaburan hartanahnya, MRCB Selborn Corporation Sdn Bhd telah memeterai Perjanjian Jual

Beli bersyarat dengan Idaman Unggul Sdn. Bhd. bagi jualan mengikut blok Menara MRCB, pejabat

korporat MRCB dengan harga tunai RM55 juta. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada

bulan September 2002 dan penjualan sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!