25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ULASAN OPERASI (SAMBUNGAN)

72

Suasana Sentral, sebuah pembangunan kondominium mewah yang dimajukan bersama oleh MRCB

dan CapitaLand Residential dari Singapura, diuruskan oleh One Sentral Park Sdn Bhd. Konsepnya

yang unik dan ciri-ciri yang menarik telah membolehkannya mencapai 95% jualan. Sementara Plaza

Sentral pula merupakan sebuah pembangunan pejabat komersil yang merangkumi tujuh blok

menara pejabat. Tiga blok telah pun siap dan mencatat kadar penyewaan 99% dan rekod jualan

95% dengan penyewa terdiri daripada pelbagai multinasional antarabangsa dan organisasi

tempatan yang berprestij.

Fasa pertama pembangunan komersil ini turut meliputi pembinaan Hilton Hotel bertaraf 5 bintang

dan Le Meridien Hotel bertaraf 4 bintang yang dilaksanakan oleh Daito and Daisho dari Jepun,

pelabur hartanah utama di pembangunan Kuala Lumpur Sentral. Apabila siap pada pertengahan

tahun 2003, hotel-hotel tersebut akan menawarkan 953 bilik dengan penginapan, restoran

eksekutif, perkhidmatan mesyuarat dan bankuet bertaraf dunia.

Berikutan penyiapan fasa pertama, KLSSB dijangka akan mencapai kemajuan selanjutnya dalam

membangun dan mempromosi aspek komersil pembangunan Kuala Lumpur Sentral. Walaupun

berhadapan dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, masa depan komersil

bagi pembangunan Kuala Lumpur Sentral terus memberangsangkan.

Pembinaan baki empat blok pembangunan Plaza Sentral dan dua blok kondominium mewah

dijangka akan dijalankan pada tahun kewangan hadapan. Pembinaan sebuah kompleks perniagaan

bersepadu oleh Promising Quality Sdn Bhd, sebuah lagi syarikat pelabur hartanah di

pembangunan Kuala Lumpur Sentral juga dijangka akan bermula pada tempoh yang sama.

Selain daripada pelan pembinaan, KLSSB akan melancarkan beberapa inisiatif penting lain seperti

program pengindahan dan penjenamaan untuk mempertingkat serta mengukuhkan lagi kedudukan

Kuala Lumpur Sentral sebagai salah sebuah pembangunan hartanah utama dan berprestij di

negara ini.

Region 1

Selain daripada projek Kuala Lumpur Sentral, Kumpulan telah menyiapkan dua fasa pangsapuri di

Taman Kajang Utama pada tahun kewangan yang ditinjau. Projek perbandaran yang dimajukan

oleh syarikat subsidiari milik penuh Kumpulan iaitu MRCB Utama Sdn Bhd (MRCB Utama), ini

mempunyai lokasi strategik yang terletak berhampiran beberapa laluan utama yang menghubung

Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di

Putrajaya. Apabila dimajukan sepenuhnya pada tahun 2006, ia akan mempunyai lebih daripada

4,400 unit kediaman bersepadu, unit perdagangan dan perindustrian.

MRCB Utama telah melancarkan Parsel 1 rumah teres dua tingkat Peak 208 “Cameron” (109 unit)

pada bulan September 2001 yang telah habis dijual walaupun berhadapan dengan keadaan

ekonomi yang lembap. Parsel 2 (99 unit) meliputi rumah teres dua tingkat “Fraser” telah

dilancarkan sejurus selepas itu dan turut mencatatkan kejayaan dengan menikmati jualan 97%.

Pembinaan Parsel 1 telah dimulakan dan dijadual sedia untuk diserahkan pada bulan Ogos 2003.

Sebanyak 210 unit pangsapuri yang memaparkan konsep “kediaman pintar” telah dilancarkan

pada bulan September 2002. Jualannya adalah menggalakkan dan kerja pembangunan akan

dimulakan tidak berapa lama lagi. Pembinaan 260 unit Pangsapuri Kedai Kayangan yang

dilancarkan pada tahun 2001 telah mencapai kemajuan yang diharapkan dan dijadual sedia untuk

diserahkan pada awal tahun kewangan akan datang.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!