25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ULASAN OPERASI (SAMBUNGAN)

70

PEMBANGUNAN HARTANAH

Kuala Lumpur Sentral

Pembangunan dan pelaburan hartanah kekal sebagai aktiviti teras MRCB. Projek Kuala Lumpur

Sentral yang berprestij terus menjadi ‘permata bernilai’ bagi portfolio pembangunan hartanah

Kumpulan.

Pelan induk Kuala Lumpur Sentral telah dimajukan pada tahun 1994 apabila Kerajaan Malaysia

melalui usaha penswastaan telah memberikan konsesi kepada Kuala Lumpur Sentral Sdn Bhd

(KLSSB), sebuah konsortium yang diterajui oleh MRCB, untuk membangunkan sebuah stesen

keretapi bersepadu bagi Kuala Lumpur. Sebagai ganti, KLSSB telah diberi hak untuk

membangunkan kawasan tanah milik bebas seluas 62 ekar disekelilingnya untuk pembangunan

komersil yang meliputi bangunan dan unit pejabat korporat, hotel bertaraf antarabangsa,

kondominium eksklusif, pusat perniagaan bersepadu dan sebuah pusat persidangan serta

pameran.

Stesen Sentral Kuala Lumpur yang dirasmikan pada 16 April, 2001 terletak di tengah-tengah

pembangunan ini dan merupakan projek yang paling berprestij. Pusat pengangkutan ini

menawarkan hubungan rangkaian keretapi untuk pengangkutan udara dan darat bagi perjalanan

dalam negeri dan juga antarabangsa. Perkhidmatan keretapi yang tersedia di sini meliputi

Perkhidmatan Antara Bandar Keretapi Tanah Melayu (KTM), KTM Komuter, Projek Usahasama

Transit Ringan Automatik (LRT PUTRA) dan perkhidmatan Keretapi KLIA Ekspres dan KLIA Transit

oleh Express Rail Link (ERL). Perkhidmatan keretapi keempat iaitu KL Monorail dijangka akan

memulakan operasi pada tahun 2003.

Stesen Sentral Kuala Lumpur turut meliputi ‘Kuala Lumpur City Air Terminal’ (KL CAT), yang diberi

kod ‘XKL’ oleh International Air Travel Association (IATA), menjadikannya salah satu destinasi

perjalanan udara antarabangsa baru yang dilengkapi dengan kemudahan pemeriksaan masuk.

Sebagai salah satu projek pengswastaan, stesen ini mula memainkan peranan penting dalam

menyokong pertumbuhan ekonomi dan sosial Malaysia yang kian pesat berkembang. Kini, purata

seramai kira-kira 20,000 orang menggunakan stesen ini sehari. Dianggarkan seramai 50 juta

penumpang akan menggunakan stesen ini menjelang tahun 2010, dan bertambah sekali ganda

kepada 100 juta setahun menjelang 2020.

Sebagai pengiktirafan terhadap keunikan kualitinya, Stesen Sentral telah menerima beberapa

anugerah, yang antara lain meliputi Anugerah Kecemerlangan FIABCI untuk Hartanah Terbaik

dalam Kategori Sektor Khusus/Awam dan Anugerah Binaan Bumbung Keluli Terbaik daripada

Persatuan Arkitek Malaysia.

Semasa Sentral Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik penuh MRCB bertanggungjawab mengurus dan

menyelenggara aspek komersil dan operasi stesen tersebut. Kemudahan lain yang tersedia di sini

termasuk restoran & kafe, perkhidmatan perbankan, agensi pelancongan dan kedai-kedai

peruncitan.

Selain menjadi pusat pengangkutan, pembangunan Kuala Lumpur Sentral juga menonjol sebagai

tempat yang aktif untuk perniagaan, kediaman dan hiburan. Fasa pertama pembangunan komersil

di sini merupakan Kondominum Suasana Sentral dan Blok Pejabat Korporat Plaza Sentral telah

dilancarkan serentak dengan stesen ini. Kedua-dua pembangunan tersebut telah berjaya disiapkan

dan kini beroperasi dan telah diduduki.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!