25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ULASAN OPERASI (SAMBUNGAN)

68

TENAGA

Bahagian Tenaga meneruskan fokus Kumpulan terhadap beberapa aktiviti utama berkaitan dengan

penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga. MRCB berhasrat untuk mengukuhkan

kedudukannya bagi mendapatkan pelbagai kontrak utama dalam sektor tenaga, memandangkan

permintaan bagi tenaga elektrik telah pulih dan beberapa projek lambang mercutanda telah

dihidupkan semula. Usaha juga telah dipertingkat bagi mendapatkan projek-projek di luar negara

yang menyokong matlamat Kumpulan untuk menjadi sebuah syarikat global. Sehingga kini,

beberapa projek di Qatar, Bangladesh dan Vietnam telah dikenalpasti dan diusahakan secara aktif

untuk mendapatkannya.

Dalam tempoh kewangan sebelum ini, Kumpulan melalui syarikat subsidiari 55% miliknya, iaitu

Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) berjaya menyiap dan menyerahkan semua talian

penghantaran dan stesen janakuasa 500kV. Pada tahun kewangan ini, Kumpulan berjaya membina

rekod pencapaiannya sendiri untuk mendapatkan satu lagi projek berkaitan tenaga yang besar.

Pada bulan Julai 2002, TTSB menjadi sebahagian daripada sebuah konsortium yang diberi kontrak

bernilai RM400 juta bagi kerja kejuruteraan dan pembinaan talian penghantaran Sambungan Grid

Timur Barat Sabah, yang menghubungkan Kota Kinabalu di Grid Pantai Barat ke Sandakan di Grid

Pantai Timur. Projek ini yang akan menyiapkan grid penghantaran bagi Sabah di bawah Rancangan

Malaysia Ke-8, dijangka akan disiapkan pada tahun 2005. Konsortium ini telah diberi kontrak

bernilai RM8.245 juta untuk menjalankan kaji ukur dan perkhidmatan izinlalu bagi projek ini pada

bulan Februari 2002.

Pada bulan Mei 2002, penjualan kepentingan MRCB sebanyak 70% dalam Sepang Power Sdn Bhd

kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM115 juta telah dimeterai. Penjualan ini telah

memberi sumbangan besar kepada pendapatan Kumpulan pada tahun kewangan yang ditinjau.

INFRASTRUKTUR

Kerja konsesi Lebuhraya Ipoh-Lumut yang dijalankan oleh Seri Ipoh-Lumut Expressway Sdn Bhd

(SILEX), sebuah syarikat subsidiari 70% milik MRCB, kini telah ditukar menjadi sebuah projek

program pelebaran jalan yang dibiayai oleh Kerajaan bagi Laluan 5 Persekutuan yang sedia ada

antara Ipoh ke Lumut. Rekabentuk program pelebaran ini telah disiapkan dan jawapan pemberian

kontrak ini akan dilakukan pada awal tahun 2003.

Pada tahun kewangan ini, Kumpulan juga telah memeterai Perjanjian Usahasama dengan Wira

Kristal Sdn Bhd berdasarkan pembahagian ekuiti 30:70, bagi membina projek Lebuhraya Timur

Laut Kuala Lumpur secara penswastaan. Lebuhraya sepanjang 18km yang mempunyai tempoh

konsesi selama 33 tahun dan menelan belanja lebih RM1 bilion ini menghubungkan beberapa

kawasan yang berpenduduk padat di sekitar Timur Laut Kuala Lumpur dengan beberapa lebuhraya

utama seperti NKVE dan JLT2. Pembinaannya dijangka akan dimulakan pada akhir tahun 2003.

Fokus utama bahagian ini kekal kepada pembangunan beberapa perniagaan yang menjana

pendapatan jangka panjang untuk Kumpulan, termasuk meneroka serta mendapatkan berbagai

peluang baru dalam pelbagai projek lebuhraya secara penswastaan dan beberapa konsesi utiliti

serta infrastruktur yang lain. MRCB menjangka bahagian dan perniagaan ini akan secara beransuransur

menambah bahagian sumbangannya kepada hasil dan keuntungan Kumpulan dalam

jangkamasa panjang.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!