25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERUTUSAN PENGERUSI (SAMBUNGAN)

64

Dengan selesainya skim pemisahan, Media Prima Berhad akan menjadi sebuah kumpulan media

yang fokus dan bersepadu dengan potensi yang lebih besar untuk mencapai manfaat pemasaran

rentas, perkongsian sumber dan kemahiran.

Dengan skim penstrukturan semula yang tersusun dan kos operasi yang semakin efektif, para

pengarah yakin prospek kumpulan lebih cerah pada tahun kewangan akan datang. Objektif jangka

panjang Kumpulan adalah untuk memastikan pencapaian operasi yang mantap bagi memberikan

pendapatan jangka panjang yang lebih stabil untuk menghadapi ketidaktentuan industri

kejuruteraan dan pembinaan.

TADBIR URUS KORPORAT DAN HUBUNGAN PELABURAN

Dengan membentangkan Laporan Tahunan kepada para pemegang saham pada tahun kewangan

ini, Syarikat mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus korporat yang telah ditetapkan. Lembaga

Pengarah komited dalam memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan

Bursa Saham Kuala Lumpur. Kami telah memastikan bahawa piawaian tadbir urus korporat yang

dipraktikkan dapat melindungi dan mempertingkatkan nilai pulangan kepada para pemegang

saham.

Selaras dengan garis panduan ini, MRCB akan berkomunikasi mengikut prinsip keterbukaan,

menepati masa dan cemerlang dengan para pemegang saham. Jurucakap utama Syarikat dalam

berurusan dengan para pelabur institusi, penganalisa pelaburan, pihak media dan lain-lain yang

berkepentingan adalah Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif.

Satu program hubungan pelaburan secara tersusun telah diwujudkan untuk menyebar

pengumuman rasmi dan keputusan interim. Beberapa siri dialog dan mesyuarat dengan institusi,

penganalisa pelaburan dan pihak media telah diadakan untuk menjalin hubungan yang lebih baik

demi kepentingan bersama.

PENGHARGAAN

Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan pelantikan Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar di

dalam Lembaga Pengarah MRCB pada 22 Julai 2002 sebagai seorang Pengarah Bebas Bukan

Eksekutif. Saya yakin kehadiran beliau akan mengukuhkan lagi keupayaan Lembaga Pengarah,

selaras dengan langkah kita maju ke hadapan.

Saya bagi pihak Lembaga Pengarah ingin menyampaikan ucapan setinggi penghargaan kepada

pengurusan dan kakitangan MRCB kerana menampilkan semangat berdedikasi dan setia kepada

Kumpulan. Mereka telah bekerja dengan tekun sepanjang tempoh kesukaran yang kita lalui untuk

membina semula MRCB. Tanda-tanda positif yang mula ditunjukkan oleh Kumpulan adalah

gambaran dan ganjaran sewajarnya hasil kegigihan usaha yang mereka sumbangkan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham, pelanggan, pembiaya

kewangan, rakan-rakan dalam perniagaan, pembekal dan pihak-pihak berkuasa berkaitan kerana

memberikan sokongan serta keyakinan berterusan. Kami memandang ke hadapan dengan penuh

tekad untuk meraih pertumbuhan yang lebih besar lagi pada tahun-tahun akan datang bersama

anda.

DATO’ SERI SYED ANWAR JAMALULLAIL

PENGERUSI

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!