25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERUTUSAN PENGERUSI (SAMBUNGAN)

60

Kelewatan penyelesaian penjualan pelaburan MRCB dalam RHB Berhad (RHB) adalah disebabkan

oleh tuntutan pihak berkuasa yang perlu dipenuhi telah menyebabkan pelaksanaan pemisahan ini

mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, kelulusan

skim sipiutang TV3 telah diperolehi pada bulan Februari 2002 manakala kelulusan Jawatankuasa

Pelaburan Asing serta Suruhanjaya Sekuriti juga kini telah diperolehi.

Sehubungan itu, kita tetap yakin bahawa skim penyusunan semula ini boleh diselesaikan dengan

berkesan pada tahun kewangan akan datang.

RASIONALISASI

Bagi menangani tahap pinjaman yang tinggi serta mengukuhkan lagi kedudukan kewangan

Kumpulan, MRCB telah melancarkan satu strategi agresif untuk menjual beberapa aset bukan

teras, menutup perniagaan tidak berdaya maju dan mengurangkan kos asas keseluruhannya.

Justeru itu, MRCB telah selesai menjual kepentingannya di dalam Sepang Power Sdn Bhd dengan

harga sebanyak RM115.0 juta pada bulan Mei 2002, Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd dengan

nilai sebanyak RM22.0 juta pada bulan Ogos 2002 dan RHB dengan nilai jualan sebanyak RM504.6

juta pada bulan Disember 2002. MRCB telah menggunakan kutipan daripada penjualan ini untuk

menangani pinjaman di peringkat korporat dan melabur untuk memenuhi keperluan modal kerja

operasinya.

Sementara itu, NSTP kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak

RM349.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2002 berbanding kerugian bersih sebanyak

RM141.8 juta sebelumnya. Perolehan NSTP meningkat sebanyak 13% kepada RM768.7 juta

berbanding RM680.2 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh beberapa usaha yang dijalankan oleh

pengurusan NSTP dalam mempertingkatkan produk dan menembusi pasaran baru yang

membolehkan pertambahan hasil edaran, pengurangan kos keseluruhan dan pencapaian keputusan

yang lebih baik daripada bahagian insurans.

Pemulihan positif ini telah dipertingkatkan lagi oleh keuntungan sebanyak RM387.7 juta daripada

penjualan 146.9 juta saham dalam Commerce Asset Holding Berhad (CAHB) dan perolehan

sebanyak RM20.5 juta hasil daripada penjualan syarikat subsidiarinya, Idab Wamac International

AB.

Dengan kos pinjaman yang lebih rendah berikutan penyelesaian penjualan saham CAHB, bilangan

pembaca yang bertambah baik hasil peningkatan produk serta langkah mempercekapkan kos

secara berterusan, NSTP dijangka akan menghasilkan keputusan operasi yang bertambah baik

pada tahun kewangan akan datang.

Untuk mencapai matlamat ini, kini NSTP menumpukan perhatiannya terhadap perniagaan

utamanya iaitu menerbitkan akhbar, sementara TV3 pula memfokus kepada penyiaran televisyen

komersil.

Pada tahun kewangan ditinjau, MRCB juga telah menutup beberapa perniagaan yang tidak

berdaya maju, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti multimedia dan IT. TV3 juga telah

mengambil beberapa langkah perlu untuk menjual atau menutup beberapa operasi tidak berdaya

maju seperti Cableview Services Sdn Bhd, pengendali Mega TV.

Bagi mencapai tahap kecekapan operasi, MRCB juga telah melaksanakan langkah kos operasi

secara agresif dengan menyusun semula organisasi serta mengurangkan kos pengendaliannya.

Perbelanjaan pentadbiran korporat MRCB telah berjaya dikurangkan sebanyak 20% dan akan

dirasionalisasi lagi pada tahun kewangan akan datang.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!