25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERUTUSAN PENGERUSI (SAMBUNGAN)

58

Apa yang lebih membanggakan lagi ialah peningkatan operasi yang ketara ini dicapai melalui

perniagaan teras Kumpulan, di mana ianya adalah lebih baik berbanding tahun kewangan lepas

selepas mengambil kira perkara-perkara luar biasa yang tersebut di atas.

Keputusan tahun kewangan ini merupakan satu peningkatan yang ketara serta kejayaan pemulihan

daripada kerugian yang ditanggung oleh Kumpulan pada tahun kewangan 2001. Saya percaya

bahawa ia merupakan bukti dan ganjaran setimpal yang diperolehi hasil ketekunan usaha lembaga

pengarah, pengurusan dan kakitangan yang dilaksanakan bagi pihak para pemegang saham.

Kumpulan juga melaporkan keuntungan sebanyak RM115.5 juta daripada syarikat-syarikat

bersekutunya, berbanding kerugian sebanyak RM72.6 juta pada tahun sebelumnya. Ini sebahagian

besarnya adalah disebabkan oleh manfaat yang diperolehi oleh NSTP daripada keuntungan

penjualan sahamnya dalam Commerce Asset Holding Berhad dan peningkatan asas prestasi

operasinya.

MAKLUMAT KORPORAT DAN OPERASI

Pada tahun kewangan yang ditinjau, MRCB telah melancarkan usaha pemulihannya di bawah

strategi 3R: Penyusunan Semula (Restructuring), Rasionalisasi (Rationalisation) dan Memberi Nafas

Baru (Rejuvenate). Usaha ini dibuat berikutan kerugian kewangan yang besar ditanggung oleh

Kumpulan sepanjang beberapa tahun kewangan lepas dan tahap pinjaman yang tinggi akibat

keadaan pasaran yang tidak menentu.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan berkeyakinan teguh terhadap strategi ini sebagai langkah

penting ke arah membina sebuah pelantar bagi mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi

dalam operasi Kumpulan serta berkeupayaan untuk memberikan nilai pulangan yang lebih baik

kepada para pemegang saham dalam jangkamasa panjang.

PENYUSUNAN SEMULA

Pada bulan Oktober 2001, MRCB dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (‘TV3’) telah

mengumumkan tentang satu skim penyusunan semula korporat dan hutang secara bersama yang

akan menyelamatkan TV3, menangani pinjaman korporat MRCB dan memisahkan Kumpulan

kepada dua entiti senarai awam: MRCB dan Media Prima Berhad (dahulunya dikenali sebagai

Profitune Berhad).

Selepas langkah pemisahan yang dicadangkan itu, MRCB akan memfokus tumpuannya kepada

aktiviti Kejuruteraan, Pembinaan dan Pembangunan Hartanah, sementara Media Prima Berhad pula

akan menjadi sebuah syarikat media bersepadu, iaitu satu-satunya syarikat seumpama itu di negara

ini dengan TV3 sebagai sebuah syarikat subsidiari milik penuhnya dan NSTP sebagai syarikat

bersekutu.

Hutang TV3 yang tinggi akibat usaha pempelbagaian yang dilakukan sebelum krisis ekonomi 1997,

telah disusun semula di bawah penyeliaan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat

(CDRC). Dengan kejayaan menyusun semula hutangnya, TV3 akan mampu menikmati penjimatan

besar dalam perbelanjaan faedah dan membolehkannya menjana keuntungan pada tahun-tahun

kewangan akan datang.

Skim yang dicadangkan ini menguntungkan semua pihak terbabit kerana ia mampu menangani

beberapa isu utama yang dihadapi oleh Kumpulan secara menyeluruh. Pemisahan ini

membebaskan MRCB dan TV3 daripada obligasi hutang korporat yang mencengkam dan dengan

demikian membolehkan Kumpulan memfokus sumber untuk memberi nafas baru serta

mengukuhkan operasi masing-masing. Ia turut mendedahkan nilai sebenar serta mengembalikan

nilai pelaburan media MRCB kepada para pemegang sahamnya melalui pengagihan saham Media

Prima Berhad secara in specie.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!