25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERUTUSAN PENGERUSI

56

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION

BERHAD (MRCB) BERJAYA MENCAPAI

MATLAMAT KITA KE ARAH USAHA

UNTUK MENGUKUHKAN LAGI

KEDUDUKAN KUMPULAN. PROGRAM

PEMULIHAN MRCB YANG DIMULAKAN

PADA TAHUN LEPAS YANG BERTUJUAN

UNTUK MENINGKATKAN NILAI

PULANGAN KEPADA PARA PEMEGANG

SAHAM KINI MENUNJUKKAN KEMAJUAN

STABIL DAN SUDAH MULA

MENUNJUKKAN HASIL.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

PARA PEMEGANG SAHAM SEKALIAN,

Keadaan operasi dan pasaran pada tahun yang

dilaporkan kekal mencabar akibat ekonomi dunia

masih lemah berikutan keadaan tidak menentu

yang dicetuskan oleh beberapa peristiwa

antaranya tragedi 11 September 2001, krisis

politik yang berterusan di Timur Tengah serta

kelemahan pasaran modal tempatan dan

antarabangsa.

Walau bagaimanapun, adalah amat

membanggakan bahawa Malaysia telah kembali

mencatatkan pertumbuhan positif, hasil daripada

polisi yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk

membendung kesan kelemahan ekonomi

antarabangsa seperti yang dinyatakan. Hasilnya,

KDNK Malaysia mencatatkan pertumbuhan

sebanyak 5.6% pada tempoh suku ketiga tahun

2002 dan telah dipertingkatkan lagi dengan

keteguhan prestasi sektor perkilangan dan

pembinaan.

Dalam konteks ekonomi sebegini, saya berasa amat sukacita untuk melaporkan bahawa pada

tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2002, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) berjaya

mencapai matlamat kita ke arah usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Kumpulan. Program

pemulihan MRCB yang dimulakan pada tahun kewangan lepas yang bertujuan untuk meningkatkan

nilai pulangan kepada para pemegang saham kini menunjukkan kemajuan stabil dan sudah mula

menunjukkan hasil.

MRCB sudah mampu mengambil kesempatan daripada pengukuhan ekonomi domestik dan

saya yakin bahawa kita sudah cukup bersedia untuk menghasilkan keputusan kewangan yang

lebih kukuh lagi serta berupaya merebut pelbagai peluang masa depan sebaik sahaja Proses

Penyusunan Semula Korporat Kumpulan ini diselesaikan.

Sehubungan itu, saya bagi pihak Lembaga Pengarah dengan sukacitanya membentangkan Laporan

Tahunan dan Penyata Kewangan MRCB dan Syarikat-syarikat dalam Kumpulannya bagi tahun

kewangan berakhir 31 Ogos 2002.

MAKLUMAT KEWANGAN

Saya berasa sungguh gembira untuk melaporkan bahawa pada tahun kewangan yang ditinjau,

Kumpulan berjaya mencapai keuntungan semula dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak

RM172.7 juta berbanding kerugian bersih sebanyak RM656.8 juta yang ditanggung pada tahun

kewangan sebelumnya.

Keuntungan tahun kewangan semasa telah meningkat dengan ketara melalui keuntungan sebanyak

RM153.4 juta yang diperolehi daripada penjualan kepentingan MRCB dalam Sepang Power Sdn

Bhd. Secara perbandingan, kerugian yang dialami pada tahun kewangan sebelumnya bertambah

buruk akibat peruntukan yang disediakan sekali sahaja terutamanya berkaitan pengurangan nilai

bawa The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) sebanyak RM398.1 juta.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!