25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT (SAMBUNGAN)

48

Bidang Tugas

1. Jawatankuasa Audit diberi kuasa untuk menyiasat sebarang aktiviti Syarikat dan syarikat-

syarikat subsidiarinya dan semua kakitangan akan diarah supaya bekerjasama seperti yang

diminta oleh ahli-ahli Jawatankuasa ini.

2. Jawatankuasa Audit diberi kuasa untuk mengekalkan orang-orang yang mempunyai

kemahiran khas yang diperlukan untuk membantu Jawatankuasa ini dalam melaksanakan

tanggungjawabnya.

3. Jawatankuasa Audit memberi bantuan kepada Lembaga Pengarah dalam memenuhi

tanggungjawab fidusiarinya khususnya berkaitan dengan etika perniagaan, dasar,

pengurusan & kawalan kewangan.

4. Melalui mesyuarat yang dijadualkan secara tetap, Jawatankuasa Audit perlu mengekalkan

saluran komunikasi langsung dengan Lembaga Pengarah, Juruaudit Luar, Juruaudit Dalaman

dan Pengurusan.

5. Jawatankuasa Audit memberi penekanan yang lebih besar kepada fungsi audit dengan

mempertingkatkan objektiviti dan kebebasan Juruaudit Luar dan Dalaman dan menyediakan

suatu forum untuk perbincangan yang bebas daripada Pengurusan.

Bidang Kuasa

Jawatankuasa Audit mempunyai kuasa berikut sepertimana yang diberi oleh Lembaga Pengarah:

1. Mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang perkara dalam bidang tugasnya;

2. Mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya;

3. Mempunyai akses sepenuhnya, bebas dan tanpa halangan kepada sebarang maklumat,

rekod, harta dan personel Syarikat dan mana-mana syarikat di dalam Kumpulan;

4. Mempunyai saluran komunikasi langsung dengan juruaudit luar dan orang-orang yang

menjalankan fungsi atau aktiviti audit dalaman (jika ada);

5. Boleh mendapatkan nasihat profesional bebas atau nasihat lain; dan

6. Boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar, tanpa kehadiran ahli-ahli eksekutif

jawatankuasa, apabila perlu.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!