25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KONTRAK-KONTRAK PENTING

42

KONTRAK-KONTRAK PENTING - MRCB (DISEMBER 2001 HINGGA DISEMBER 2002)

1. Perjanjian penjualan saham bertarikh 9 Februari 2002 antara MRCB dengan TNB di mana

MRCB bersetuju untuk menjual kepada TNB keseluruhan 20% kepentingan ekuitinya dalam

Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd (‘FNMSB’) dengan bayaran tunai sebanyak RM22,000,000.00.

Pembayaran permulaan sebanyak RM1,500,000.00 telah dijelaskan selepas permeteraian

perjanjian berkenaan dan baki selebihnya sebanyak RM20,500,000.00 telah dibayar selepas

penyelesaiannya. BSKL telah dimaklumkan bahawa perjanjian penjualan saham tersebut telah

diselesaikan pada 26 Ogos 2002. Bayaran tunai selanjutnya sebanyak RM23,000,000.00 akan

dibuat selepas berjaya mendapat lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk

TNB, syarikat-syarikat subsidiarinya atau FNMSB, dengan syarat bahawa lesen tersebut

hendaklah diperolehi dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh perjanjian ini.

2. Satu surat Award bertarikh 25 Februari 2002 (‘Surat Pemberian Award’) telah dikeluarkan oleh

Sabah Electricity Sdn Bhd (‘SESB’) kepada Transmission Technology Sdn Bhd dan Sharikat

Permodalan Kebangsaan Berhad (dikenali secara kolektif sebagai ‘Konsortium TTSB-SPK’) di

mana SESB telah bersetuju untuk memberikan kontrak Perkhidmatan Kerja Ukur & Izin Lalu

untuk projek Antara Sambungan Grid Timur-Barat (‘Projek’) kepada Konsortium TTSB-SPK.

Berhubung dengan Surat Pemberian Award tersebut, SESB dan Konsortium TTSB-SPK telah

memeterai Perjanjian Perkhidmatan Kerja Ukur & Izin Lalu yang telah ditandatangani pada 25

Mac 2002 untuk Konsortium TTSB-SPK membuat kerja, menjalankan, melaksana, menyiapkan

Perkhidmatan Kerja Ukur & Izin Lalu bagi Projek tersebut dengan bayaran berjumlah

RM8,245,000.00.

3. Perjanjian Jual Beli Bersyarat (‘PJB’) bertarikh 20 Mac 2002, yang dimeterai diantara MRCB

dan Utama Banking Group Berhad (‘UBGB’) berhubung dengan cadangan penjualan

105,127,000 saham biasa berharga RM1.00 sesaham yang mewakili kira-kira 22.7% daripada

modal terbitan dan berbayar sedia ada Rashid Hussain Berhad (‘RHB’) oleh MRCB kepada

UBGB dengan bayaran tunai sebanyak RM504,609,600.00. Perjanjian Jual Beli tersebut telah

diselesaikan pada 31 Disember 2002.

4. Perjanjian Perkhidmatan Kerja Ukur & Izin Lalu bertarikh 25 Mac 2002 antara Transmission

Technology Sdn Bhd. (‘TTSB’) dengan kerjasama Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad

(‘SPK’) (secara bersama dikenali sebagai ‘Konsortium TTSB-SPK’) dan Sabah Electricity Sdn

Bhd. (‘SESB’) bagi Konsortium TTSB-SPK untuk membuat kerja, menjalankan, melaksana,

menyiapkan Perkhidmatan Kerja Ukur & Izin Lalu bagi Projek tersebut dengan bayaran

berjumlah RM8,245,000.00.

5. Surat Award bertarikh 26 Mac 2002 daripada SESB kepada Konsortium TTSB-SPK di mana

Konsortium TTSB-SPK telah diberi kontrak untuk menjalankan kerja pelaksanaan Projek Talian

Penghantaran bagi Sambungan Grid Timur-Barat 275 kilovolt (‘kV’) dan 132 kV, tertakluk

kepada kelulusan akhir daripada Perbendaharaan Persekutuan, Kementerian Kewangan pada

harga kontrak sebanyak RM425,000,000.00. Pada 12 Julai 2002, SESB telah mengeluarkan

Surat Penerimaannya berasaskan kepada harga kontrak RM400,000,000.00. Kemudian pada 4

Oktober 2002, Konsortium TTSB-SPK telah memeterai Perjanjian Kontrak Utama dengan SESB

berhubung dengan projek Timur-Barat Sabah. Jumlah harga kontraknya adalah sebanyak

RM400,000,000.00 yang meliputi jumlah peruntukan sebanyak RM10,000,000.00 untuk

peralatan telekomunikasi.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!