25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENYATA TADBIR URUS KORPORAT (SAMBUNGAN)

38

Tanggungjawab

Lembaga Pengarah mengakui kepentingan amalan kawalan dan pengurusan risiko yang baik

bagi mencapai matlamat tadbir urus korporat yang baik. Lembaga Pengarah mengakui

tanggungjawab keseluruhannya terhadap sistem kawalan dalaman dan pengurusan risiko

Kumpulan dan untuk menyemak kecukupan serta kewibawaan sistem tersebut. Walau

bagaimanapun, sistem ini hanya boleh dirangka untuk menangani dan bukannya menghapuskan

risiko kegagalan mencapai objektif perniagaan. Sistem ini secara semulajadi hanya boleh

menyediakan jaminan yang berpatutan dan bukannya jaminan muktamad daripada sebarang

salahnyata atau kerugian ketara.

Rangka Kerja Pengurusan Risiko

Kumpulan sedia mempunyai proses untuk mengenalpasti, menilai, memantau dan menangani

risiko utama yang menjejaskan pencapaian objektif perniagaannya.

Lembaga Pengarah telah mewujudkan satu struktur organisasi dengan tahap tanggungjawab

dan pengagihan kuasa yang ditakrif dengan jelas. Ia telah meluaskan tanggungjawab

Jawatankuasa Audit supaya meliputi tugas memantau semua kawalan dalaman bagi pihaknya.

Sebagai langkah menuju ke arah pendekatan pengurusan risiko yang lebih bersepadu,

Lembaga Pengarah sedang dalam proses menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengurusan

Risiko. Jawatankuasa Pengurusan Risiko akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan

terdiri daripada Pengarah Eksekutif, Ketua Operasi Kewangan Kumpulan, Ketua Projek dan

Perancangan Korporat, Ketua Sumber Manusia dan Ketua Tadbir Urus Korporat serta kehadiran

wakil-wakil dari setiap unit operasi, mengikut keperluan. Jawatankuasa Pengurusan Risiko akan

bermesyuarat secara kerap untuk menyemak dan mempertimbangkan apa yang mengubah

proses pengurusan dan kawalan risiko yang perlu disyorkan. Tinjauannya akan meliputi perkaraperkara

seperti tindak balas terhadap risiko penting yang dikenalpasti, hasil daripada proses

pemantauan serta perubahan yang dibuat ke atas sistem kawalan dalaman. Ia akan

mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Audit yang turut mengawalselia fungsi

Jawatankuasa Pengurusan Risiko. Selepas itu Jawatankuasa Audit akan membuat laporan

kepada Lembaga Pengarah tentang perubahan penting yang berlaku dalam persekitaran

perniagaan dan luaran yang memberi kesan kepada risiko utama.

Sebagai sebahagian daripada proses pengurusan risiko, beberapa jawatankuasa ad-hoc

ditubuhkan untuk menangani isu-isu penting apabila perlu.

Unsur-unsur Utama Lain

Lembaga Pengarah juga telah menubuhkan Jawatankuasa Tender untuk memastikan ketelusan

dan kewibawaan proses pemberian kontrak.

Unsur-unsur utama lain dalam sistem kawalan dalaman Kumpulan adalah seperti yang

ditunjukkan di bawah:

• Had kuasa dan struktur organisasi yang dibahagikan mengikut bahagian, ditakrif dengan

jelas bagi memantau tatalaku dan operasi unit-unit perniagaan individu

• Pembahagian tanggungjawab secara jelas kepada jawatankuasa Lembaga Pengarah penuh

dan kepada unit-unit operasi, termasuk tahap kuasa bagi semua aspek perniagaan seperti

yang dibentangkan dalam manual kuasa

• Dasar dan prosedur dalaman yang didokumenkan secara jelas dibentangkan dalam satu

siri Manual Operasi Piawai yang kini sedang disemak untuk dipertingkatkan supaya

menggambarkan perubahan dalam struktur dan proses perniagaan.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!