25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENYATA TADBIR URUS KORPORAT (SAMBUNGAN)

36

3. PERHUBUNGAN PELABUR (SAMBUNGAN)

Syarikat menganggap Mesyuarat Agung Tahunan sebagai satu forum untuk berkomunikasi

dengan para pemegang sahamnya. Lembaga Pengarah melalui setiap Mesyuarat Agung

Tahunan membentangkan kemajuan dan prestasi Syarikat dan Kumpulan melalui Laporan

Tahunan. Selepas itu para pemegang saham diberi peluang untuk mengemukakan soalan atau

mendapatkan penjelasan mengenai perniagaan dan prestasi Syarikat dan Kumpulan.

4. LAPORAN KEWANGAN

Para Pengarah beriltizam untuk membentangkan satu penilaian yang seimbang dan mudah

difahami mengenai kedudukan dan prospek Kumpulan dalam pembentangan penyata

kewangan tahunan dan pengumuman suku tahunan kepada para pemegang saham. Ini turut

digunakan kepada laporan awam yang bersifat sensitif harga dan laporan kepada penguatkuasa

peraturan.

5. PENYATA TANGGUNGJAWAB PENGARAH DALAM MENYEDIAKAN PENYATA

KEWANGAN

Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk menyediakan penyata kewangan Syarikat.

Lembaga Pengarah telah memastikan bahawa penyata kewangan tersebut telah disedia

berasaskan kepada dasar-dasar perakaunan yang konsisten dan digunakan sewajarnya, dengan

disokong oleh pertimbangan dan anggaran yang berpatutan dan berhemat, bagi mematuhi

semua piawaian perakaunan yang diterima pakai.

Lembaga Pengarah juga bertanggungjawab untuk memastikan supaya rekod-rekod perakaunan

yang disimpan adalah tepat, dengan margin yang berpatutan, mendedahkan kedudukan

kewangan Kumpulan dengan cara yang benar dan saksama.

Penyata oleh para Pengarah berhubung dengan Seksyen 169(15) Akta Syarikat 1965, berkaitan

dengan penyediaan penyata kewangan dibentangkan di muka surat 157 dalam Laporan

Tahunan ini di bawah Penyata oleh Para Pengarah.

6. PERHUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT

Syarikat menjalin perhubungan yang telus dan sesuai dengan juruaudit Syarikat melalui

Jawatankuasa Audit.

Peranan Jawatankuasa Audit dalam hubungan dengan juruaudit luar dinyatakan di muka surat

46 hingga 55 dalam Laporan Tahunan ini.

7. KAWALAN DALAMAN

Pengenalan

Kod ini menetapkan syarikat-syarikat senarai awam mengekalkan satu sistem kawalan dalaman

yang baik untuk melindungi pelaburan pemegang saham dan harta Kumpulan. Keperluan

Penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur (‘BSKL’) Yang Diperbaharui memerlukan para

pengarah syarikat-syarikat senarai awam supaya memasukkan satu penyata mengenai keadaan

kawalan dalaman mereka dalam laporan tahunan. Penyata BSKL mengenai Kawalan Dalaman:

Panduan untuk Pengarah Syarikat-Syarikat Senarai Awam (‘Panduan’) menyediakan panduan

yang mematuhi keperluan-keperluan ini. Dibentangkan di bawah ini penyata kawalan dalaman

Lembaga Pengarah yang telah disediakan menurut Panduan tersebut.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!