25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

40 PERISTIWA PENTING SEPANJANG TAHUN KEWANGAN (SAMBUNGAN)

(h) Pada 29 Ogos 2002, Zelleco (M) Sendirian Berhad, sebuah subsidiari 70% milik Syarikat,

telah memeterai sebuah Perjanjian Jual Beli Saham bersyarat dengan Sasaran Bahagia

Sdn. Bhd. bagi pelupusan 70% kepentingannya dalam Zelleco Engineering Sdn. Bhd.

(‘ZESB’) (‘Cadangan Pelupusan’).

Cadangan Pelupusan tersebut melibatkan penjualan 11,983,300 saham biasa bernilai

RM1.00 setiap satu yang mewakili 70% daripada modal saham terbitan dan berbayar

yang diperbesarkan bagi ZESB untuk pertimbangan nominal sebanyak RM1.00 sahaja.

Pertimbangan tersebut dicapai berasaskan kepada persetujuan pembeli-penjual dengan

mengambilkira aset ketara bersih yang tidak diaudit ZESB pada 31 Mac 2002 berjumlah

negatif RM9.42 juta. Sebagai sebahagian daripada Cadangan Pelupusan tersebut, ZESB

mengakujanji akan membayar RM10.5 juta hutang yang perlu dibayar kepada Syarikat

dalam masa tiga tahun.

Cadangan Pelupusan ini adalah tertakluk kepada kelulusan yang berkenaan.

41 PERISTIWA PENTING SELEPAS TARIKH KUNCI KIRA-KIRA

(a) Pada Mesyuarat Luarbiasa yang diadakan pada 12 Ogos 2002, pemegang saham Syarikat

telah meluluskan Skim Pilihan Saham Kakitangan Malaysian Resources Corporation

Berhad (‘Skim’). Skim ini menggantikan SPSK sebelumnya yang telah luput pada 3 April

2001 dan dikuatkuasakan pada 5 September 2002.

(b) Pada 10 September 2002, MRCB Selborn Corporation Sdn. Bhd., syarikat subsidiari 60%

milik Syarikat, telah memeterai perjanjian jual beli dengan Idaman Unggul Sdn. Bhd. bagi

penjualan blok pejabatnya yang dikenali sebagai Menara MRCB untuk pertimbangan

tunai berjumlah RM55.0 juta (‘Cadangan Penjualan’). Cadangan Penjualan tersebut

tertakluk kepada kelulusan yang berkenaan.

(c) Pada 23 September 2002, Milmix Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai MRCB Construction

Sdn. Bhd.), sebuah syarikat subsidiari milik penuh Syarikat, telah memperolehi Perintah

Sekatan (‘PS’) daripada Mahkamah Tinggi Malaya berhubung dengan Seksyen 176, Akta

Syarikat 1965. PS tersebut adalah untuk tempoh selama tiga bulan daripada tarikh PS.

(d) Syarikat telah memohon kepada Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (‘SSM’) untuk

membatalkan pendaftaran beberapa buah syarikat subsidiarinya yang tidak aktif. Syarikat

kemudiannya pada 25 September 2002, telah menerima notis daripada SSM bahawa

syarikat-syarikat tidak aktif berikut telah dibatalkan pendaftarannya selaras dengan

Seksyen 308(4) Akta Syarikat 1965 iaitu General Data Management Services Sdn. Bhd.,

Cheq Point Aero Leisure Sdn. Bhd., Cheq Point (Sarawak) Sdn. Bhd., Cheq Point (Sabah)

Sdn. Bhd., Cheq Point Global Travel Sdn. Bhd., Cheq Point Travel & Tours Sdn. Bhd. dan

CP Postal Marketing (M) Sdn. Bhd..

Laporan Tahunan 2002 Annual Report

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

215

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!