25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

202

32 MODAL SAHAM (SAMBUNGAN)

Satu Skim Pilihan Saham Kakitangan Malaysian Resources Corporation Berhad (‘SPSK’ atau

‘Skim’) untuk menggantikan pilihan yang telah luput di atas telah diluluskan oleh pemegang

saham pada sebuah Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 12 Ogos 2002 dan

berkuatkuasa selepas tahun kewangan dalam kajian pada 5 September 2002. Skim baru ini

berkuatkuasa untuk tempoh selama lima (5) tahun bermula dari 5 September 2002.

Butir-butir SPSK adalah terkandung dalam Undang-Undang Kecil dan ciri-ciri utamanya adalah

seperti berikut:

(a) Skim ditubuhkan untuk penyertaan dalam modal saham biasa Syarikat sahaja.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Jumlah saham yang akan ditawarkan di bawah SPSK tidak akan melebihi 10% daripada

jumlah saham biasa Syarikat yang diterbitkan dan berbayar pada sebarang masa

sepanjang tempoh Skim, yang akan berkuatkuasa untuk tempoh selama lima (5) tahun

bermula dari 5 September 2002.

(b) Kakitangan yang layak (termasuk para Pengarah Eksekutif) adalah mereka yang telah

disahkan jawatan sebagai kakitangan dengan perkhidmatan minima selama enam (6)

bulan secara berterusan pada atau sebelum tarikh tawaran SPSK.

(c) Skim ini telah ditadbir oleh Jawatankuasa Pilihan yang terdiri daripada kakitangan

pengurusan kanan yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.

(d) Pilihan yang diberikan di bawah SPSK boleh dilaksanakan oleh penerima dengan

memberikan notis secara bertulis kepada Syarikat sepanjang tahun bermula dari tarikh

tawaran dan berakhir pada 4 September 2007.

(e) Pilihan yang diberikan untuk setiap tahun boleh dilaksanakan sepenuhnya atau dalam

jumlah saham yang lebih kecil dengan syarat bilangan tersebut hendaklah dalam gandaan

dan tidak kurang daripada 1,000 saham.

(f) Harga pilihan bagi setiap saham adalah pada diskaun tidak lebih 10% daripada purata

berwajaran harga pasaran saham Syarikat seperti yang dinyatakan di dalam Senarai Rasmi

Harian yang diterbitkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur untuk lima (5) hari pasaran

terdahulu dari tarikh tawaran dan tidak kurang daripada nilai tara saham.

(g) Kakitangan yang layak hanya boleh menyertai satu SPSK yang dianjurkan oleh mana-

mana syarikat dalam Kumpulan pada satu-satu masa.

(h) Semua terbitan saham biasa baru yang wujud daripada SPSK mempunyai hak yang sama

rata dalam semua segi dengan saham biasa Syarikat yang sedia ada.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!