25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

176

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA (SAMBUNGAN)

(r) Peruntukan (sambungan)

Peruntukan lain

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Kumpulan memperuntukkan jangkaan tanggungan ke atas projek-projek yang masih

dalam proses/tempoh jaminan pada tarikh kunci kira-kira. Peruntukan ini dikira

berasaskan kepada perjanjian kontrak/sejarah lalu.

Kumpulan juga mengiktiraf anggaran yuran konsesi yang perlu dibayar kepada Kerajaan

Malaysia dan Express Rail Link Sdn. Bhd. pada tarikh kunci kira-kira berkaitan dengan

konsesi untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara stesen keretapi pusat Kuala

Lumpur oleh sebuah syarikat subsidiari. Peruntukan dikira berasaskan kepada tarikh

berkuatkuasa seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi.

(s) Bon

Bon yang diterbitkan oleh Kumpulan dinyatakan pada hasil bersih yang diterima semasa

terbitan. Perbelanjaan penerbitan bon-bon tersebut yang mewakili perbezaan antara

hasil bersih dan jumlah pembayaran bon diperuntukkan sepanjang tempoh bon pada

kadar yang seragam daripada nilai dibawa dan dicaj kepada penyata pendapatan.

(t) Tanggungan tertunda

Tanggungan tertunda mewakili kos anggaran bagi rekabentuk dan pembinaan stesen

keretapi pusat Kuala Lumpur pada jumlah yang bersamaan dengan nilai tanah komersil

yang diperuntukkan kepada sebuah syarikat subsidiari sebagai pertimbangan.

Tanggungan tertunda dikurangkan secara berperingkat apabila kos ditanggung

berhubung projek yang dinyatakan di atas.

(u) Cukai tertunda

Perbelanjaan cukai ditentukan berasaskan perakaunan cukai berkesan menggunakan

kaedah tanggungan. Cukai tertunda diikitiraf bagi semua perbezaan masa antara

pendapatan perakaunan dan pendapatan yang boleh dicukai. Kesan cukai bagi

perbezaan masa yang menyebabkan baki debit atau debit kepada baki cukai tertunda

tidak dibawa ke hadapan kecuali terdapat jangkaan yang munasabah bahawa ia boleh

dicapai.

Kemungkinan penjimatan cukai berhubung kerugian cukai dibawa ke hadapan hanya

diiktiraf jika wujud kemungkinan yang mengatasi keraguan munasabah bahawa

pendapatan boleh dicukai masa hadapan akan mencukupi bagi manfaat kerugian yang

akan dicapai.

Cukai tambahan telah diiktiraf ke tahap dividen daripada syarikat-syarikat subsidiari,

entiti yang dikawal bersama dan syarikat bersekutu yang dijangka akan menyebabkan

cukai sedemikian. Tiada cukai diiktiraf bagi pendapatan lain yang tidak diterima kerana

jumlah tersebut dianggap akan dilaburkan semula secara berkekalan oleh syarikatsyarikat

berkenaan.

(v) Permodalan faedah

Faedah daripada pinjaman yang berkaitan dengan pembelian hartanah, loji dan

peralatan dipermodalkan sehingga aset berkenaan sedia untuk kegunaan seperti yang

dikehendaki. Faedah berkaitan hartanah pembangunan dipermodalkan sepanjang

tempoh di mana aktiviti untuk menyedia dan membangunkan hartanah tersebut

dijalankan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!