25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA (SAMBUNGAN)

(q) Kontrak pembinaan

Apabila hasil daripada kontrak pembinaan tidak boleh dianggarkan dengan pasti,

perolehan kontrak diiktiraf hanya ke tahap kos kontrak yang ditanggung yang mungkin

dapat diperolehi semula dan kos kontrak diiktiraf sebagai perbelanjaan.

Apabila hasil daripada kontrak pembinaan boleh dianggarkan dengan pasti, perolehan

dan kos kontrak diiktiraf sepanjang tempoh kontrak masing-masing sebagai perolehan

dan perbelanjaan.

Kumpulan menggunakan kaedah peratusan siap untuk menentukan jumlah perolehan

dan kos yang sesuai bagi membuat pengiktirafan dalam tempoh tertentu; peringkat

penyiapan diukur dengan merujuk kepada nisbah kos kontrak yang ditanggung bagi

kerja yang dijalankan hingga kini kepada jumlah kos yang dianggarkan bagi kontrak

tersebut. Apabila wujud kemungkinan bahawa kos kontrak akan melebihi jumlah

perolehan kontrak, jangkaan kerugian diiktiraf sebagai perbelanjaan dengan serta-merta.

Tiada keuntungan diiktiraf di mana kerja kontrak masih di peringkat permulaan atau

sebelum ia mencapai suatu tahap di mana keputusan kewangan daripada kontrak

tersebut boleh ditentukan dengan ketepatan yang munasabah.

Jumlah kos yang ditanggung dan keuntungan/kerugian yang diiktiraf bagi setiap kontrak

dibandingkan dengan bil berperingkat sehingga akhir tahun kewangan. Apabila kos

ditanggung dan keuntungan diiktiraf (ditolak kerugian diiktiraf) melebihi bil

berperingkat, bakinya ditunjukkan sebagai ‘Jumlah hutang oleh pelanggan bagi kontrak’

di bawah penghutang dagangan dan lain-lain. Sebaliknya, apabila bil berperingkat

melebihi kos ditanggung dan keuntungan diiktiraf, baki tersebut ditunjukkan sebagai

‘Jumlah hutang kepada pelanggan daripada kontrak’ di bawah pemiutang dagangan

dan lain-lain.

(r) Peruntukan

Peruntukan dibuat apabila Kumpulan mempunyai tanggungjawab perundangan atau

konstruktif semasa disebabkan oleh peristiwa lepas, apabila berkemungkinan bahawa

aliran keluar sumber diperlukan untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut, dan

apabila anggaran jumlah yang munasabah boleh dibuat.

Manfaat persaraan - pelan manfaat tertentu

Kumpulan mencarum kepada pelan caruman manfaat persaraan tidak bertabung kepada

kakitangan yang layak iaitu mereka yang telah berkhidmat dengan Kumpulan secara

berterusan selama sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun. Kos manfaat persaraan dikira

berasaskan kepada penilaian aktuari menggunakan Kaedah Unjuran Kredit Unit dan

ditentukan oleh sebuah aktuari berkelayakan berdasarkan kepada penilaian yang dibuat

setiap tiga tahun. Penilaian terkini adalah pada 31 Ogos 2002.

Di bawah Kaedah Unjuran Kredit Unit, kos perkhidmatan semasa dikira sebagai nilai

semasa manfaat yang akan terakru dalam tempoh dua belas bulan akan datang selepas

tarikh penilaian (dengan merujuk kepada bilangan kakitangan yang berkhidmat pada

tahun kewangan tersebut dan gaji terakhir yang diunjur).

Nilai semasa tanggungan manfaat tertentu adalah nilai semasa semua manfaat yang

perlu dibayar pada masa hadapan berhubung dengan perkhidmatan yang telah

diberikan atau terakru pada tarikh penilaian berasaskan kepada gaji terakhir yang

diunjur.

Laporan Tahunan 2002 Annual Report

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

175

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!