25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA (SAMBUNGAN)

(i) Hartanah, loji dan peralatan (sambungan)

Hartanah, loji dan peralatan operasi lain disusutnilai berasaskan kaedah garis lurus untuk

menghapuskira kos setiap aset kepada nilai sisa sepanjang anggaran tempoh

penggunaannya pada kadar tahunan seperti berikut:

Bangunan 2%

Loji dan jentera 5% - 20%

Perabot, kelengkapan, peralatan pejabat dan komputer 5% - 33 1/3%

Kenderaan bermotor 20% - 33 1/3%

Hartanah pelaburan yang dipegang sebagai aset dinyatakan pada kos atau penilaian

para Pengarah yang berasaskan kepada penilaian jurunilai profesional pada tahun 1989

menggunakan asas nilai pasaran terbuka, ditolak susutnilai terkumpul.

Para Pengarah telah menggunakan peruntukan peralihan yang dikeluarkan oleh

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (‘MASB’) mengenai penggunaan Piawaian 15

MASB 'Hartanah, Loji dan Peralatan’ yang membolehkan tanah pegangan pajakan dan

bangunan dinyatakan pada penilaian tahun sebelumnya ditolak susutnilai. Oleh itu,

penilaian tersebut tidak dikemaskini.

Tanah pegangan pajakan di bawah hartanah pelaburan dilunaskan sepanjang tempoh

pajakan masing-masing selama antara 66 tahun hingga 99 tahun. Susutnilai dikira

berasaskan kaedah garis lurus untuk menghapuskira kos bagi setiap aset sepanjang

anggaran tempoh penggunaannya. Kadar susutnilai tahunan utama bagi bangunan di

bawah hartanah pelaburan ialah 2%.

Di mana petunjuk kesusutan nilai wujud, nilai dibawa aset berkenaan ditaksir dan

dikurangkan dengan serta-merta kepada nilai yang boleh diperolehinya.

(j) Pajakan kewangan dan sewa beli

Pajakan hartanah, loji dan peralatan di mana sebahagian besar manfaat dan risiko hak

milik dipindahkan kepada Kumpulan dan Syarikat dikelaskan sebagai pajakan kewangan.

Hartanah, loji dan peralatan yang diambilalih di bawah pajakan kewangan dan sewa beli

dipermodalkan dalam penyata kewangan dan disusutnilaikan sejajar dengan dasar yang

tertera dalam Nota 3(i) di atas. Hutang yang belum dijelaskan di bawah pajakan

kewangan dan sewa beli selepas ditolak caj kewangan dinyatakan sebagai tanggungan

dalam penyata kewangan. Caj kewangan diperuntukkan kepada penyata pendapatan

sepanjang tempoh perjanjian masing-masing.

(k) Hartanah pembangunan

Hartanah pembangunan dinyatakan pada kos atau penilaian para Pengarah berasaskan

kepada penilaian jurunilai profesional pada tahun 1989 dan 1995 bagi syarikat subsidiari

berkaitan, menggunakan asas nilai pasaran terbuka dicampur keuntungan yang

disumbangkan ditolak bil berperingkat dan peruntukan bagi kerugian yang dijangka.

Para Pengarah tidak mengamalkan dasar penilaian semula yang kerap ke atas aset

tersebut.

Kos meliputi kos tanah dan perbelanjaan pembangunan yang termasuk kos pinjaman

berkaitan dengan pembiayaan pembangunan sehingga hartanah berkenaan sedia untuk

digunakan.

Laporan Tahunan 2002 Annual Report

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

173

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!